Bab 62

"Hazreen memecut laju meninggalkan perserta lain, kini dia menduduki tempat pertama. Posisi yang sentiasa menjadi tempatnya dalam setiap pertandingan. Sementara itu, peserta lain cuba mengejar Hazreen tetapi sayangnya, dihalang dengan lagi sorang pelumba negara. Khai berjaya melepasi selekoh tajam dan kini dia kekal berada di belakang Hazreen" ujar pengulas sukan.

Pertandingan ini dijalankan lagi sekali di Sepang selepas beberapa bulan pertandingan ini ditangguhkan akibat sebab-sebab tertentu.

Tetamu VVIP dari luar negara juga turut hadir menyaksikan pertandingan ini berlangsung. Beribu-ribu penyokong yang hadir membanjiri stadium.

Di samping itu, ada juga rakan-rakan artis tanah air datang untuk membuat persembahan sebelum pertandingan bermula. Semua penyokong bersorak, memberi semangat kepada pelumba negara.

"Hazreen!!,Hazreen!!,Hazreen!!. Aarrgghhh...." Bersorak Dhian memberi semangat kepada buah hati pengarang jantung.

"Duduk Dhian.." Wadi sudah sakit telinga mendengar jeritan nyaring sepupunya.

Fattah tersenyum girang melihat Dhian gembira. Yan pula sudah menutup kedua-dua telinganya. Mereka duduk di tempat yang sama seperti sebelum ini.

Tugas menjaga Dhian kembali lagi. Dhaneeq pula ditinggalkan di rumah Puan Hizarah untuk sementara waktu.

"Hazreen dah nak menang dah tu" ujar Dhian sambil tangan kanannya dilambai ke arah Hazreen.

"Kau lambai pun dia tak nampak lah." Kata Yan seraya dia mengunyah keropok yang di beli sebentar tadi.

Dia pun dah penat dengar Dhian menjerit. Dhian sorang saje yang bersorak dalam kalangan mereka. Dhian menghempaskan punggungnya untuk duduk. Keropok ditangan Yan dirampas dengan kasar.

"Bak sikit!." Terbuntang mata Yan tatkala Dhian berani merampas keropoknya.

Panas hati Yan bila lihat muka Dhian tiada sikit pun rasa bersalah. Dia ingin bangun mendekati Dhian tapi bahunya ditahan Fattah suruh duduk semula.

Nasib baik Fattah sempat tahan, kalau tidak ada yang menangis Dhian dikerjakan nanti. Suami isteri sama saje menyakitkan hati.

"Abang Wadi!" panggil Dhian. Kepalanya berpaling menghadap Wadi di sebelah kirinya.

"Hmm." Balas Wadi malas.

"Cuba senyum." Ujar Dhian.

"Asal pulak?!." Berkerut dahi Wadi. Dah kenapa pulak nak suruh dia senyum.

"Takde pape. Saje nak tengok, susah nak tengok abang Wadi senyum sekarang." Sayu mata Dhian beralih semula ke track.

"Alasan untuk aku senyum?" tanya Wadi. Memang dia akui semenjak dia sihat, sikit pun tiada benda yang menggembirakan hatinya. Dhian mampu senyum nipis mendengarkan soalan dari Wadi.

"Abang Wadi taknak cari orang baru ke?." Soal Dhian. Takkan dah mati rasa nak bercinta kot..

"Untuk?." Anak matanya dikerling ke arah wanita itu. Dhian orang yang pertama yang menanyakan soalan itu selepas peristiwa yang lalu.

"Untuk lupakan yang sebelum ni?." Lagi bagus cari yang baru daripada dikenang benda yang lama buat sakit hati saje. Lagi pun pasangan tu pun sudah selamat ke jinjang pelamin.

"Cth, cari orang baru untuk lupakan orang yang lama" berdecit Wadi. Dia tak perlukan semua tu.

"At least abang Wadi boleh happy macam dulu." Dia bukannya paksa tapi dia perlu buat sesuatu untuk lihat abang sepupunya ceria balik.

"Ada korang pun aku happy" ujar Wadi. Matanya masih tertumpu ke arah track.

"Cuba cari dekat situ, Dhian nampak ada influencer cantik tadi" kata Dhian sambil tangannya menunjukkan ke arah gadis-gadis cantik yang sibuk selfie tidak jauh daripada mereka.

"Mana?" tanya Yan. Lehernya dipanjangkan, matanya melilau mencari gadis cantik yang dikatakan oleh Dhian.

"Kau bagi je dekat Yan, mesti dia nak." Langsung dia tak melihat gadis yang ditunjukkan Dhian. Buat tambah dosa je.

Dhian menjeling ke arah Yan. Orang tunjuk nak bagi dekat abang Wadi yang sorang ni nak tambahkan lagi list scandal dia.

"Sibuk je Yan ni, orang cakap dengan abang Wadi lah!!." Ditolaknya bahu Yan. Sikit pun lelaki itu tak bergerak.

"Dah kau tunjuk, aku nak tengok jugak...Cantik sangat ke perempuan tu?" kelentong Yan. Fattah disebelah tertawa melihat kemesraan Dhian dan Yan. Mereka berdua bergaduh seperti kawan lama.

"Orang tunjuk nak bagi dekat abang Wadi!!" marah Dhian. Tak serik lagi mamat bernama Yan ni.

"Wadi tak berminat, aku berminat." Terang benderang muka kawannya tak berminat nak berkenalan dengan sesiapa. Yang disuruh lagi kenapa?.

"Ish abang Wadi!!!, macam mana abang Wadi dapat kawan macam ni.." geram Dhian dengan perangai Yan. Baru dia tahu perasaan Hazreen bersemuka dengan Yan. Rasa nak bergaduh saje dengan mamat ni.

"Kawan aku suami kau jugak" jawab Wadi senada. Tersengih-sengih Dhian sambil tangannya menggaru kepala yang tak gatal. Betul jugak suami dia pun salah seorang kawan abang sepupunya.

"Hazreen tak gatal, Yan ni gatal" bisik Dhian di telinga Wadi. Ingat lagi muka Yan waktu pertama kali bersua muka dengannya.

"Persamaannya dua-dua kawan aku" mencebik Dhian dengar balasan dari Wadi. Baru je nak menangkan suami sendiri.

"Wadi!, Dhian!" panggil Yan. Mereka berdua berpaling menghadap Yan. Rupanya Yan suruh bersedia untuk mengambil gambar bersama. Kamera polaroid sudah berada dalam genggaman Fattah.

Mereka bertiga tersenyum bila Fattah mula mendekatkan kamera polaroid itu dimatanya.  Fattah si jurugambar mengambil beberapa keping gambar mereka bertiga. Kalau dia ada sekali dalam gambar, takut dia pulak yang paling terserlah nanti.

Dhian pusingkan kepalanya ke arah Wadi. Suka dia bila Wadi senyum. Lelaki itu hanya memandang sekilas sebelum kepala wanita itu diusap perlahan.

Wadi dah anggap wanita itu adiknya, dia tak mahu hampakan Dhian. Gembira Dhian lihat abang sepupunya kembali tersenyum walaupun hanya sekadar gambar.

"Kita selfie pulak!" ajak Dhian bersemangat. Yan mengeluh seketika. Perempuan kalau bergambar berpisah tiada. Dia mengeluh sebab leceh kalau perempuan bergambar. Tudung tak betul lah, angle tak cantik lah, makeup tak on point lah macam-macam lagi.

Ramai sangat perempuan yang dikenal semua macam tu. Jadi dia dah tahu serba sedikit masalah perempuan.

Dhian mengeluarkan telefon bimbitnya, tadi pakai kamera polaroid sekarang pakai kamera telefon pulak. Senang dia nak buat story nanti.

Dhian cuba memanjangkan tangannya, pastikan semua masuk dalam gambar. Yan,Wadi dan Fattah cuba merapatkan kedudukan mereka dengan Dhian. Kepala mereka ditundukkan sedikit. Payah betul kalau perempuan yang ambil gambar. Sakit leher mereka.

"Tangan kau ni pendek sangat lah." Sakit pulak mata Yan melihat Dhian cuba memuatkan gambar mereka berempat.

Lama pulak tu Dhian nak cari angle yang cantik. Dia dah semakin dekat dengan Dhian, lagi beberapa inci saje bahu mereka nak bersentuh. Kalau Hazreen nampak mesti dia kena tumbuk lagi sekali.

"Biarlah tangan pendek, dari Yan terbantut!!" sindir Dhian. Tergelak Fattah dan Wadi dengar sindiran dari Dhian. Yan tak usah cakap terkejut bukan kepalang. Dia tahu ini mesti ajaran Hazreen.

"Fine, takpe kau menang kali ni." Yan biarkan Dhian menang, kalau ada masa dia akan balas balik.

"Tak cantik lah, Yan tolong...." Dhian menghulurkan telefon bimbitnya ke arah Yan.

"Ceh, perempuan. Nak bergambar je mintak tolong baik-baik." Yan menyambut huluran telefon bimbit itu. Dia mengangkat tinggi telefon itu ke udara. Kali ini, semua masuk sekali dalam kamera.

"YAAAAHHH DISITU HAZREEN LUQMAN!!!!, MEMENANGI TEMPAT PERTAMA!!!!. HAZREEN LUQMAN MENGEKALKAN STATUS JUARA TERUNGGUL PELUMBA MOTORGP NO 1. DI DUNIA!!!. Bergema sorakan dari pengulas dan juga penonton di stadium Sepang.

Pelumba negara yang di harapkan berjaya memenangi hati peminat. Semua tetamu VVIP memberi tepukan gemuruh untuk para pemenang.

"HAZREEN MENANG!!!." Terkejut mereka bila Dhian tiba-tiba bangun dari tempat duduknya. Yan dan Fattah cuba menyelamatkan telefon Dhian. Kelam kabut mereka mendepakan tangan untuk menyambut telefon yang terlepas di tangan Yan tadi.

Nasib baik telefon tersebut selamat sampai ke tangan Yan semula. Yan menghembuskan nafas lega, telefon ditangan di dekatkan di dadanya.

"YEAYYY HAZREEN MENANG!!, HAZREEN MENANG!!!HAHAHA..." Dhian gembira sambil bertepuk tangan. Terloncat-loncat Dhian sebelum dia berlari turun mendapatkan Hazreen.

"Dhian tunggu!!" laung Wadi dari belakang. Budak ni buat hal lagi. Wadi menepuk peha Yan suruh ikut Dhian.

"Letih betul lah jaga budak ni!.." merungut Yan. Anak murid dia pun reti dengar cakap. Fattah memaut lengan Yan untuk bangun. Lelaki itu terus berdiri mengejar Wadi dan Dhian di depan.

"Abang!!!" Dhian terus memeluk tubuh tegap itu tanpa menghiraukan orang sekeliling.

"Dinda!!" Hazreen membalas balik pelukan dari isterinya. Kecil sungguh isterinya sampai dia terpaksa menundukkan badannya sedikit. Termengah-mengah Yan di belakang Fattah.

Wadi menghampiri Dhian dan Hazreen. Wadi memberi pujian terbaik kepada kawannya, bahu lelaki itu ditepuk perlahan.

"Dinda nampak tak abang lumba tadi?!!. Abang yang paling depan sekali." Tanya Hazreen dengan perasaan teruja. Gembira tak terkata dia bila Dhian mengangguk.

Wadi di sebelah mencebik. Nampak sangat Dhian menipu, mana ada tadi sepupunya menonton bahagian akhir perlumbaan. Sibuk minah ni borak dengan dia cari orang baru. Tahu-tahu je dah menang Hazreen.

"Yan!!, kau nampak tak tadi??!!. Aku belakang Man!!" Khai menjerit menanyakan Yan yang tidak jauh dari dia.

"Sama je. Takde beza tempat kedua jugak." Yan menyilangkan tangannya ke dada dan berjalan mendekati Khai yang duduk di atas motor berkuasa tinggi itu.

Fattah hanya membontoti Yan di belakang sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Memang ahh, tapi tadi lagi sikit je nak dapat no 1" bersemangat Khai bercerita. Kawan-kawannya mampu pasang telinga je.

"Sudah lah!!, kau memang tak boleh lebih dari aku." Ujar Hazreen kuat, memandangkan keliling mereka dipenuhi banyak orang.

Fattah tertawa bila dia lihat bibir Khai terkumat-kamit menyumpah kata-kata kesat kepada Hazreen.
Fattah berpaling seketika apabila dia rasakan bahunya disentuh seseorang.

"Nǐ hǎo, shuàigē" (hai hensem) tegur seorang gadis cina dengan nada yang manja. Tangannya melambai-lambai ke arah Fattah.

Fattah dah bingung, keningnya terjongket sedikit. Dia kenal ke minah ni?. Ada tiga orang perempuan seksi termasuk gadis itu berdiri sekeliling Fattah.

"Nǐ yīgè rén ma?" (awak sorang?) tanya perempuan itu tadi.

Lelaki itu menghadiahkan senyum gugup. Rasanya dia tahu kenapa tiga orang perempuan ni tegur dia. Mesti sebab nak berkenalan tak pun sebab muka dia hensem.

Kenapa lah dia kena hadap situasi macam ni. Fattah berganjak sedikit daripada mereka. Perempuan itu bergerak lagi ke hadapan mendekati Fattah. Nampak sangat Fattah tak selesa.

Lagi Fattah berundur, lagi perempuan itu menghampirinya. Belakang lehernya diusap perlahan. Matanya dipejamkan, dalam hati dah berselawat. Tolong sesiapa selamatkan dia sekarang...

"Xiàng nǐ zhème shuài de rén bù kěnéng yīgè rén lái." (Tak mungkin orang hensem macam awak datang sorang). Perempuan cina itu betul-betul berdiri di hadapan Fattah yang masih pejamkan mata.

Naik sikit hujung bibir itu bila dia lihat mata Fattah masih tertutup. Jarang dia jumpa lelaki hensem macam Fattah diam tak bersuara. Selalunya ada saje nak mengayat.

"Dàn rúguǒ nǐ yīgè rén lái yě hěn hǎo" (Tapi kalau awak datang sorang lagi bagus) perempuan cina itu berbisik di telinga kanan Fattah dengan suara yang menggoda.

Lagi banyak selawat yang diucap di dalam hati. Fattah menarik nafas, supaya dia tak mudah tergoda dengan bisikan syaitan.

Dua orang kawan perempuan itu sudah menahan ketawa. Kelakar mereka lihat Fattah sedaya upaya menahan diri.

"Nǐ de míngzì shì shénme?" (Nama awak siapa?). Menggigil badan Fattah apabila dadanya berlaga dengan dada perempuan itu.

Urat sarafnya seperti tak berfungsi untuk menolak perempuan itu. Dia perlu berfikir ke hadapan. Kalau dia tolak apa nanti orang akan fikir. Dia tak mahu berkasar dengan perempuan.

Perempuan itu hairan kenapa Fattah tak mahu bercakap dengannya. Bukannya dia guna bahasa melayu sampai semua orang boleh faham. Dia bertutur dalam bahasa mereka. Bahasa cina.

Baru sekejap tangan kecil itu naik melingkar di batang leher Fattah. Datang pula Yan menepis tangan jijik itu dengan botol airnya.

"Woooo..,wooo don't touch him with your disgusting hands. Biatch!." Fattah menghembuskan nafas lega, dia tepuk dadanya berkali-kali.

Perempuan itu mengadu sakit, tangannya diusap bagi mengurangkan sakit di tempat yang dipukul Yan tadi. Dua orang gadis seksi mendapatkan kawannya.

"What is wrong with you?!!." Marah perempuan cina tadi.

"Sorry miss, let me introduce myself my name is Haiyan. And you are??..." ujar Yan. Botol tadi yang dipegang dihalakan ke muka bengis gadis itu.

"I'm not asking your name, i ask him!!" menyampah betul baru dia nak goda lelaki tadi. Datang pulak mamat pendek ni penyibuk.

"Unfortunately, he doesn't want to talk to you." Tanya dengan orang bisu sampai mati pun dia tak jawab.

"So, why don't you just talk to me. I can answer your questions and we can know each other more deeply." Perempuan itu terus buat muka geli. Mereka bertiga berundur beberapa tapak ke belakang.

"Méiguānxì, wǒ méi xìngqù hé nǐ zhème ǎi de rén yuēhuì. Tā méiyǒu yìshí dào zìjǐ zhème ǎi" (Takpelah saya tak berminat nak berkenalan dengan orang pendek macam awak. Dia tak sedar, dia sependek ini.). Gadis itu memerli tinggi Yan dalam bahasa cina. Dia menunjukkan yang tinggi Yan hanya paras bahunya sahaja.

"Duìbùqǐ xiǎojiě, nǐ bùbì píngpàn wǒ de shēngāo. Rúguǒ nǐ xiǎng píngpàn yīgè rén, qǐng xiān cóng shàng dào xià shěnshì yīxià zìjǐ. Yīnwèi nà shuāng gāogēnxié, nǐmen xiànzài dōu zhǎng gāole!!!"(Excuse me, kau tak perlu nak judge ketinggian aku. Tolong pergi cermin diri dari atas sampai bawah sebelum nak judge orang. Korang tinggi pun sebab pakai kasut tinggi je lah!!) balas Yan dalam bahasa cina.

Terlopong mulut ketiga-tiga perempuan itu. Tak sangka yang lelaki mereka kutuk itu, boleh faham bahasa cina. Yan tersenyum bangga dapat diamkan mulut busuk dorang ni.

Banyak mata-mata memandang mereka. Fattah menggaru kepalanya. Walaupun orang di situ tak faham tapi orang mesti tertanya-tanya apa yang berlaku selepas dengar suara Yan.

Khai menjenguk kepala, mahu melihat apa yang terjadi di tengah-tengah track. Kedengaran seperti suara orang bergaduh.

Bunyi suara seperti kawannya. Laju dia menghampiri Yan dengan seorang gadis cina itu.

"Sorry ladies, we have to go now" pinta Khai lembut ke arah tiga gadis cina itu. Khai memegang bahu Yan, pada masa yang sama tangan sebelah memaut lengan Fattah untuk beredar dari situ.

Baru sekejap dia minta diri untuk ambil air, datang Yan buat kecoh tengah-tengah orang ramai. Dia ingat ni pasar ke?.

"Nǐ hái jìdé wǒ de péngyǒu xiǎng yào qù zhǎo xiàng nǐ zhèyàng de rén ma?!! Tóufǎ xiàng jiù zhǐjiǎ yīyàng shēng xiù. Xiōngkǒu bìhé yīdiǎn, shì bùshì xiàng jīxiōng ròu yīyàng piàoliang!!." (Kau ingat kawan aku nak ke orang macam kau??!!. Rambut pun karat macam paku lama. Dada tu tutup sikit bukannya cantik pun macam dada ayam!!.)

Khai menutup mulut Yan yang tak henti-henti bercakap. Fattah hanya ikut saje Khai seperti budak kecik. Khai membawa Fattah dan Yan pergi ke arah Hazreen, Wadi dan Dhian yang jauh dari orang ramai.

"Kau gila ke Yan bergaduh depan orang ramai!!. Dah lah tu bergaduh dengan perempuan tak tahu malu ke?!!." Khai menolak Yan kasar.

Hazreen membawa Dhian ke dalam pelukannya. Telinga wanita itu ditutup sebelah.

"Eh bodoh!!, aku tak start dulu kalau minah tu tak kutuk aku!!" Fattah menundukkan kepalanya. Masalah kecil jadi masalah besar pulak.

Yan menyilangkan tangannya ke dada. Ingat dia nak sangat ke bergaduh dengan orang gila.

"Rúguǒ nǐ xiǎng màrén jiù bùyào zài Dhian miànqián shuō" (Kalau nak mencarut jangan cakap depan Dhian) kata Wadi tegas.

"Rúguǒ wǒmen yòng zhè zhǒng yǔyán shuōhuà tā jiù tīng bù dǒng, duì ma?" (Kalau kita cakap dalam bahasa ni dia takkan faham kan?) Yan menayangkan senyum sinis ke arah Wadi.

Semua di situ diam. Dhian sorang saje yang tak faham apa yang dikatakan Yan.

"Jom balik" arah Khai. Malas nak bertengkar lagi.

"Yan boleh cakap cina?" soal Dhian perlahan. Dia tanya selepas semua kawan Hazreen sudah jauh daripada mereka.

"Kitaorang semua boleh cakap cina."

"Wahh!!, mana abang belajar?." Tak sangka dia mereka semua boleh bertutur dalam bahasa lain.

"Dengan apek cina jaga kedai ubat dulu." Alang-alang beli aiskrim belajar sikit bahasa cina.

"Dhian nak belajar jugak!!."

"Tak payah. Nanti Dinda tahu apa kitaorang cakap." Mereka selalu guna bahasa cina untuk mengutuk sesiapa tak pun mencarut. Cemberut muka Dhian. Benci betul.





























Saya guna sepenuhnya google translate. Kalau ada yang tak betul salah kan pakcik google.
🕊️🌹.

Comment