Bab 59

"Reverse card."

"Dhian jalan" ujar Dhian semangat.

"Asal pulak kau jalan, tadi kan aku dah skip kau. Aku lah jalan" kata Yan. Di tangannya tinggal lagi lima kad sahaja.

"Ye lah tadi kan Yan dah skip Dhian, lepastu Yan letak reverse card. Dah tu Dhian lah pulak jalan." Terang Dhian semula kepada Yan. Dia tak boleh kalah dengan lelaki di depannya ini. Sekarang tinggal mereka berdua sahaja yang bermain.

"Eh aku ni cikgu!, kau tak payah nak ajar aku main game ni!" bengang Yan. Ingat dia bodoh sangat ke main kad. Pandai-pandai je Dhian ni nak mengajar dia.

"Eh main Uno pun nak bergaduh ke?!!" celah Wadi. Dari tadi lagi dia tunggu dua orang ni habis main game. Mereka semua ada di luar rumah Wadi. Di atas pangkin berhadapan dengan sawah padi.

Fattah tengok saje pergaduhan antara Yan dengan Dhian. Hanya gerak mulut saje dah membuktikan mereka sedang berperang mulut. Telinganya sudah lama tertutup dengan headphone. Langsung dia tak dengar apa yang mereka gaduhkan. Layan lagu lagi bagus.

Mereka tunggu game habis memandangkan Fattah menang terlebih dahulu dan diikuti pula Wadi. Tinggal Yan dengan Dhian sahaja yang bermain. Kalau main dengan Yan memang dia sorang saje nak menang. Sama lah perangai macam Hazreen.

Nasib baik Dhian boleh berbincang lagi, kalau tinggal Yan dengan Hazreen dah bertumbuk dua ekor tu gaduh siapa yang menang dulu.

Pada masa yang sama ada dua jejaka yang baru sampai ke rumah Wadi dengan menggalas beg masing-masing.

"Aku takut lah Khai..." ujar Hazreen. Dia sebenarnya takut nak berjumpa dengan Dhian. Takut kalau Dhian marahkannya.

"Apa benda yang kau nak takut sangat. Bukannya kau jumpa hantu pun." Apa lah yang Hazreen nak takutkan sangat nak jumpa isteri je.

"Kau apa tahu, ini kalau marah lagi seram dari langsuir. Tu siap hari bulan langsuir pun hilang job tau.." merapu Hazreen. Khai di belakang menggelengkan kepala. Merepek je kawan dia ni.

Sekilas saje Dhian melihat Hazreen dengan Khai berdiri di tepi kereta. Kali kedua dia pandang semula dia nampak kedua-duanya membawa beg. Nak pergi mana pulak ni?.

"Mai dah, mai dah...." Hazreen dah cuak bila Dhian mula menghampiri mereka. Walaupun Dhian jalan perlahan tapi aura seram sudah dapat dia rasa. Menggigil kakinya.

"Tu langsuir kau dah datang." Khai tambahkan lagi rasa risau yang selubung di hati Hazreen.

"Abang nak pergi mana?." Hairan tiba-tiba je suaminya bawa beg. Rasanya dia takde buat salah, takkan nak merajuk lagi.

"Erkk..hiking dengan Khai." Pantas tangan Khai mengetuk kepala Hazreen. Kenapa nak menipu depan isteri. Dhian dah kerutkan dahi. Apa yang Hazreen cuba sampaikan.

"Abang..." Hazreen dah mula berpeluh. Dhian dah pandang dia semacam lagi lah dia takut.

"Abang..?" ulang Dhian.

"Abang kena pergi Australia."

"APA??!!!" jerit Dhian. Suaranya yang lantang menarik perhatian Yan dan Fattah. Wadi pun turut menghampiri mereka. Apa yang bising sangat?.

"ABANG TAK BAGITAHU DHIAN PUN SEBELUM NI!!."Takde pulak Hazreen bagitahu dia apa-apa. Senyap saje.

"Yang kau tak bagitahu dia kenapa setan.." bisik Khai ditelinga kanan Hazreen. Patut lah member ni takut nak cakap rupanya tak bagitahu lagi.

"Abang tahu kan due date Dhian dah nak dekat." Lagi beberapa minggu Dhian nak bersalin kata doktor. Tiba-tiba dapat tahu Hazreen nak pergi jauh. Isteri mana tak mengamuk.

"Tahu tapi..." Hazreen dah menggaru kepala. Suasana tambah kusut bila Fattah dan Yan sudah berdiri di sebelah Khai.

"TAPI APA!!??" tengking Dhian. Alasan apa lagi Hazreen ni nak bagi. Kalau ye pun nak merajuk lagi tak payah sampai pindah negara pulak.

"Dinda jangan lah macam ni..." Hazreen menjatuhkan beg yang digalas tadi ke bawah. Dia pegangnya bahu Dhian dan bawa isterinya ke tepi. Lagi bagus dia berbincang berdua dengan Dhian sahaja. Jauh dari semua orang. Mulut Dhian dah memuncung.

"Sebenarnya competition abang awal bulan depan tapi boss abang call suruh turun sebab pertandingan dipercepatkan." Entah kenapa pulak game dia kali ni dipercepatkan. Lepastu bukannya dekat nun dekat Australia sana tu.

"Kenapa tak hantar abang Khai je yang wakilkan?." Setahu Dhian, Khai juga pemain berkebolehan. Kalau tak takkan sampai boleh wakilkan Malaysia sama macam Hazreen.

"Khai tu tak reti main. Dorang panggil abang jugak." Boleh je boss panggil Khai tapi nak jugak panggil dia. Katanya pertandingan kalini penting, ramai tetamu VVIP yang datang.

"Kau tu kalau pergi Australia hati-hati. Kalau dorang bagi wine tolak, bagi perempuan ambik." Kata Yan kepada Khai. Pergi tempat orang kena berjaga-jaga.

"Kau ingat aku macam kau ke?!." Yan ingat dia tu ada masa nak layan perempuan. Dia pergi sana pun sebab kerja takde masa dia nak cari awek.

"Aku tak suruh bawak balik untuk kau. Ni bagi dekat aku. Mana tahu ummi aku berkenan." Apa lah salah dapat isteri kacukan. Mesti lawa anak-anak dia nanti.

"Sudah lah kau" ujar Khai seraya matanya menjeling ke arah Yan. Tak kuasa dia nak layan perangai Yan. Gatal je memanjang.

"Dinda jangan risau habis je game, abang balik cepat-cepat. Ok sayang?." Selesai dia memujuk isterinya. Bahu Dhian dipegang bawa semula ke depan.

"Lain kali bagitahu awal-awal" pesan Dhian. Nasib baik Hazreen pandai pujuk. Kalau tak baru di nak merajuk macam Hazreen haritu.

"Sorry." Hazreen memapah Dhian pergi ke arah kawan-kawannya. Semua kawannya menunggu dia dengan Dhian selesai berbincang.

"Wadi jaga Dhian, apa-apa call aku." Wadi saje yang dia boleh harapkan sebagai keluarga terdekat. Sebelum pergi tadi pun dia ada pesan dekat Opah Som. Wadi hanya mengangguk. Kalau Hazreen takde dia lah orang yang menjaga keluarganya semua.

"Korang pun sama tolong tengok-tengokkan isteri aku." Dia pesan pula kepada Yan dengan Fattah. Takkan nak harapkan Wadi seorang.

"Kau buat kitaorang macam pengasuh budak kan?."Suka hati je suruh jaga bini dia. Kalau bayar takpe jugak ni free je. Baik dia je jadi suami Dhian.

"Kau kan selalu dengan budak-budak." Macam tak biasa pulak Yan ni. Bukannya susah nak jaga Dhian. Isterinya bukan budak kecik. Fattah tak cakap apa-apa, budak pendek ni je lebih.

"Aku mengajar bukan menjaga" mencebik Yan. Fattah siku sikit lengan Yan. Takut Dhian terasa dengan apa yang Yan cakap tadi.

"Abang pergi dulu." Hazreen mula mencium kedua pipi dan dahi Dhian. Langsung dia tak hiraukan pandangan kawan-kawannya.

"Eeeeuuww..." ejek Yan, Khai dan Wadi. Mereka bertiga semua buat muka jijik. Fattah pun sekali buat muka. Pipi Dhian sudah membahang. Selamba badak je Hazreen ni cium pipi dia.

"Apa!!??. Biasalah tu suami isteri. Korang apa tahu!!." Hazreen menghulurkan tangan kanan ke arah Dhian. Dhian menyalami tangan suaminya.

"Tahu lah tapi tak payah depan kitaorang." Getus Yan. Tak hormat langsung.

"Tak payah nak geli sangat. Nanti kahwin korang buat jugak." Cakap geli macam nanti dorang tak buat pulak.

"Balik cepat. Dhian tunggu abang." Dhian melambai tangannya ke arah Hazreen. Khai dan Hazreen sudah pun naik ke dalam kereta. Mereka berdua perlu pergi ke lapangan terbang. Boss dan crew semua tunggu di sana.

Dhian menghantar pemergian Hazreen. Bila kereta Hazreen hilang dari pandangan matanya, wajahnya terus bertukar sedih. Harap Hazreen pulang sebelum dia bersalin.

"Jom Dhian main game balik" ajak Yan. Lagi bagus dia menggembirakan hati wanita itu. Tak mahu Dhian bersedih. Dia senyum lebar bila Dhian memusingkan badannya dengan tersenyum riang.

Wadi tolong Dhian duduk balik di atas pangkin. Aktif betul Dhian waktu mengandung ni. Mereka bertiga duduk balik sambung semula game yang terhenti tadi.

Lama mereka bermain permainan kad itu dan akhirnya Yan terima kekalahan lima kali berturut-turut. Dan yang sentiasa menang adalah Fattah.

Dhian dah mula bosan, dia lihat ada satu buah mempelam jatuh. Lantas dia turun dari pangkin dan berlari mendapatkan buah mempelam itu. Teringin pulak nak makan. Dhian baru membuka mulut ada tangan lain yang merampas buah itu.

"Kotor lah Dhian. Tak mo makan" ujar Yan baik. Dia kejar Dhian tadi, terkejut dia lihat Dhian hilang dan berlari menuju ke pokok mempelam.

Tak lama lepas itu ada sebuah kereta masuk ke dalam perkarangan rumah Wadi. Pelik sebab kereta ini, bukan kereta Hazreen. Bila pintu kereta dikuak dari dalam, terpacul gadis berambut perang keluar dari kereta tersebut. Pakaian gadis itu tak payah nak cakap terdedah seperti tak cukup kain.

"Haiyan!!." Perempuan itu memanggil Yan dengan perasaan marah seraya pintu kereta tadi dihempas dengan kuat.

"Aurelia?" teka Yan. Dhian di tepi sudah menggaru kepala. Mamat ni kenal ke minah seksi ni?. Yan menghampiri gadis yang bernama Aurelia tadi. Dhian ikut saje langkah Yan di belakang.

"Macam mana u jumpa i dekat sini?." Mati lah dia kalau perempuan ni tahu siapa dirinya yang sebenar.
Perempuan ni tahu ke dia tipu selama ni.

"Siapa perempuan ni?!!! Isteri u???. Dengan bertudung kolotnya." Dhian perasan Aurelia menjeling ke arahnya. Geram pulak Dhian, suka hati je minah ni tuduh dia isteri Yan. Suami dia lagi hensem.

"Eh excuse me miss, sedap mulut kau je cakap aku kolot kan!!. Ni lagi satu tak payah nak jeling aku sangat lah. Mata pun pakai contact lens ada hati nak jeling orang!" sindir Dhian sambil mencekak pinggang. Ni semua ajaran Hazreen sindir menyindir ni.

Fattah jatuhkan headphonenya baru dia tersedar Yan dengan Dhian tiada dengan dia. Laju dia menyarungkan seliparnya. Bila dia lihat Dhian seperti mengamuk dengan seseorang. Fattah tak nampak sebab Yan menghalang orang itu.

"I'm not talking to u. Idiot!!." Aurelia menolak badan Dhian kuat sampai wanita itu terjatuh ke tanah. Tergamam Yan dengan tindakan Aurelia. Tak sangka Aurelia sanggup menolak Dhian yang tengah sarat mengandung.

Terbeliak mata Fattah bila dilihat Dhian sudah menyembah bumi. Dia terus mendapatkan Dhian yang tengah meraung kesakitan.

"APA MASALAH U NI AURELIA?!!!" mengamuk Yan. Dia mula menolak tubuh ramping itu kasar. Kalau marahkan dia jangan libat orang lain. Ini dia libatkan perempuan mengandung pulak tu.

"MASALAH I, U HAIYAN!!. SANGGUP U TIPU I." Takde maknanya dia datang sini semata-mata sebab perempuan ni. Mesti sebab Haiyan. Dia baru tahu Yan menipu dia selama ni.

"U CAKAP, U ADA COMPANY BESAR JAWATAN TINGGI TAPI RUPANYA.U KERJA CIKGU PRAKTIKAL JE. DEKAT KAMPUNG PULAK TU!!." Dia tahu pun sebab dia suruh orang-orangnya untuk ekori Yan. Tergamak Yan menipunya bila dia dah mula sayang dengan lelaki itu.

"YANG KAU NAK KECOH SANGAT ASAL??. AKU ADA AMBIK DARA KAU KE?, SAMPAI KAU NAK MENGAMUK TAK TENTU PASAL NI!!!!" tengking Yan. Memang dia akui dia menipu tentang pekerjaannya. Tapi dia takde lah nak perkosa semua perempuan yang dia kenal. Playboy di mulut sahaja.

Ingat dia nak sangat ke kenal dengan perempuan ni. Dia kenal pun sebab termatch dekat aplikasi dating. Perempuan ni je yang beria.

Fattah memangku kepala Dhian. Dia bawa kepala gadis itu dekat dengannya. Fattah lihat ada cecair merah yang mengalir banyak di celah-celah seluar Dhian.

"Sakit Fattah..." Dhian memegang lengan baju Fattah kuat, Fattah pula tak tahu nak buat apa. Dia pusing kepalanya melihat Yan dan perempuan itu masih bergaduh. Wadi pula ada di dalam rumah.

Fattah buntu dia nak memanggil Wadi tapi dia tak mampu. Dia cuba menenangkan Dhian dengan mengusap kepala wanita itu. Mukanya berubah cemas. Apa dia nak buat?.

"Abang Wadi!!.." jerit Dhian lemah. Dia tahu Fattah nak tolong tapi lelaki itu tak boleh. Suaranya tak mampu lawan suara Yan yang semakin lama semakin kuat.

Fattah menggelengkan kepalanya ke arah Dhian. Dia tak mahu Dhian gunakan tenaganya disebabkan dia tak mampu nak memanggil Wadi. Fattah merapatkan lagi badan Dhian dengan dia. Dia tak nak apa-apa terjadi kepada Dhian.

"ABANG WADI!!!!!." Dhian terpaksa jerit sekuat hati untuk panggil abang sepupunya di dalam. Beberapa minit lepas itu Wadi keluar dari rumah bila dia dengar suara Dhian memanggilnya.

"Ya Allah Dhian!.." Wadi menyarungkan seliparnya dan terus berlalu mendekati Dhian yang sudah berada di dalam dakapan Fattah. Wadi terpandangkan seluar Dhian yang habis penuh dengan darah.

"Cepat angkat Dhian, bawa masuk dalam kereta." Fattah akur dia mencempung Dhian bawa masuk ke dalam kereta Wadi. Rasa nak tercabut lengan dia bila Dhian mengenggam lengan dia kuat. Mesti wanita itu menahan sakit.

"Mak Dhian dah nak bersalin, call Man mak!!" laung Wadi dari luar. Pantas Puan Neeta mengambil telefonnya di dalam.

"Yan cepat lah!!" panggil Wadi. Dhian dan Fattah sudah berada di tempat duduk belakang. Tak tahu pulak dia ada tetamu. Perempuan pulak tu. Lama sangat tadi dia di dalam.

"EH PERANG!! SEKARANG AKU DAH TAK SUKA KAU. KAU BOLEH BERAMBUS!!." Dia berlari masuk ke dalam kereta Wadi. Yan buat pekak je bila namanya dipanggil perempuan itu. Mereka berempat sudah selamat masuk ke dalam kereta.

"Sakit..." ucap Dhian lemah. Dahinya berkerut hebat menahan sakit. Dahinya sudah berpeluh.

"Kejap aku call Man" kata Wadi. Telefon bimbitnya dirampas Yan yang duduk di sebelahnya. Bengang Wadi tiba-tiba pulak kawannya ini merampas telefon dia.

"Jangan lah call Man, nanti dia marah macam mana sebab kita tak jaga Dhian elok-elok." Baru beberapa jam tadi Hazreen pesan supaya jaga Dhian. Kalau lelaki itu dapat tahu Dhian jadi macam ni mesti dia mengamuk.

"HEH INI ANAK DIA LAH!!, MESTI LAH KENA BAGITAHU DIA!!" tengking Wadi. Orang tengah serabut time ni lah nak fikir lelaki itu marah lah mengamuk lah...Dia rampas semula telefonnya ditangan Yan.

Tak tahu kenapa Yan takut kalau Hazreen tahu keadaan Dhian sekarang. Hazreen dah lah baran dengan kawan-kawannya.

Fattah dibelakang cuba selawat di dalam hati. Dia kena tenang dalam situasi begini. Kepala Dhian di atas pehanya diusap perlahan. Nasib baik Dhian pakai tudung. Dhian menarik nafas dan menghembuskannya semula. Walaupun sakit dia pun perlu bertenang.











































Dalam situasi begini Dhian bukan gatal ye nak rapat dengan Fattah. Dan Fattah pun tak kuasa nak sentuh isteri orang. Fattah terpaksa sebab kecemasan...Kenapa tak suruh Puan Neeta?. Dia pun tak tahu apa-apa. Dia tahu pun sebab Wadi suruh call Hazreen. Lagi satu memang mereka bertiga yang kena jaga Dhian. Jadi jangan nak salahkan sape-sape..

Terima kasih sebab tunggu. Maaf lah kito ada exam awak..Next chapter Cik adik rasa sape yang hidup sape yang mati?🕊️🌹.

Comment