Bab 6

Naura:
Abang Hanneef bila nak lamar Naura. Ibu dah tanya.

Abang Hanneef:
Nanti abang datang la lamar Naura tapi Naura kena janji kalau abang lamar, Naura jangan tolak lamaran abang.

Naura:
Mesti la tak. Tapi cepat sikit nanti abang Fazril tu masuk meminang. Naura TAKNAK...!

Abang Hanneef:
Ye dah la abang pergi dulu. Good night.

"Haih...letih jugak nak chat budak ni."

Baik dia tidur awal sebelum kena bebel dengan mama esok. Dia terus betulkan kedudukannya sebelum dia memejamkan mata.

———————————————————

"ASSALAMUALAIKUM SISTUR KU..., KAKAK MU INI SUDAH DATANG!" terpekik Dalisha Nawara memanggil adik kesayangan.

"Apa yang kau terpekik terlolong ni kak oi, nak masuk, masuk je la" tegur Naura dengan kakak sulungnya itu.

Dari dulu sampai sekarang perangai tak ubah. Padahal dah jadi mak budak pun perangai masih sama.

Dalam keadaan marah dia sambut jugak huluran tangan kakaknya itu lalu dia pergi mendapatkan anak buahnya. Syadatul Dahlia.

"Haih Long... kamu sorang mana Ijad?" tanya Puan Zatul akan menantunya. Syarizzat. Selalunya ada jugak la menantunya balik. Ini batang hidung pun tak nampak.Pelik.

"Kerja bu...lagipun along ambik cuti, saje nak jenguk Naura dengan ibu. Bukan selalu jumpa si budak ni" terang Nawara.

Nawara yang perasan ibunya kembali ke dapur. Dia terus mencuit bahu kanan adiknya. Naura yang sibuk melayan Dahlia terasa sakit bahunya dicuit.

Tersengih Nawara selepas dapat satu renungan tajam dari adiknya. Mungkin sakit dia cuit tadi.

"Eh, aku dengar cerita kau kena lamar dengan Fazril anak jiran kita betul ke?."

"Hmm..."

"Kau jangan sombong sangat Naura nanti takde siapa sukakan kau. Melopong la kau jadi andartu." 

"Akak Naura ni bukan sombong tapi hati Naura ni sudah dimiliki seseorang" segan Naura menyatakan. Dia menongkat dagunya dengan tangan kanan. Seakan-akan berangan pujaan hati.

Nawara buat muka menyampah sudah berapa kali Naura mengatakan hatinya sudah dimiliki. Tapi bila ditanya mana gambarnya tidak pulak ditunjuk.

"Naura kalau hati kau tu dah dimiliki, buktikan dekat aku atau ibu mana lelaki tu. Suruh lelaki itu lamar kau. Waktu tu orang tahu kau dah berpunya" perli adiknya.

Naura cuma beriak kosong. Bukan dia tak cuba beritahu Hanneef. Tapi dia takut kalau dia mendesak Hanneef sedangkan lelaki itu tak bersedia lagi.

Hanneef pulak tidak pernah berkongsi gambar dengan dia. Jadi dia tiada bukti untuk ditunjukkan. Mereka berdua sibuk sampai tiada masa keluar dating berdua. Dia berharap Hanneef pegang janji mereka satu tika dahulu.

"DIK! Oi ADIK!

"Ye"

"Kau dengar tak apa aku cakap tadi?" soal Nawara.

Naura menggelengkan kepalanya tanda dia tak peka apa yang kakaknya sebutkan tadi.

"Kau balik sana bila?." Sana yang dimaksudkan rumah Mak Tehnya.

"Tengok la minggu depan rasanya." jawab Naura ringkas.

Nawara pula mengangguk tanda mengerti. Pandangan mereka beralih ke Dahlia yang sedang bermain dengan truck mainannya. Nama je Dahlia tapi perangai macam lelaki. Ikut perangai mak dia la.

——————————————————-

"Ini anak teruna kau ye?."

"Haah, Fateh ni la sorang anak teruna aku yang tinggal" menjawab persoalan kawan lamanya itu.

Sudah lama dia tak berjumpa dengan Fateh kawan sekolahnya. Dia pulak mengajak Hazreen temankan dia sekali. Katanya rindu sangat dengan kawan baik katanya.

Mulanya Hazreen enggan pergi tapi lepas dia gunakan kuasa ibu yang dia ada terus laju je Hazreen mendengar kata.

"Segak anak kau ni Ara mesti ramai yang nak jadikan menantu" puji Puan Fateh terhadap Hazreen.

Hazreen hanya tersipu malu mendengar pujian dari kawan mamanya. Tak sia-sia dia ikut alang-alang balik dapat pujian. Dia hirup air yang dihidangkan oleh Puan Fateh.

"Segak apanya dah hitam bara aku tengok anak aku ni. Dah kalau kerja dekat tengah panas mana maunya" kutuk Puan Zatul.

Dia tak nafikan yang anaknya yang sorang ni memang segak tapi dia lagi kenal Hazreen yang jenis isi bakul angkat sendiri. Lagi ni pulak terima pujian dari orang luar sah sampai ke pagi esok dia akan puji diri sendiri.

Hazreen hanya tersenyum kecil sahaja sebelum dia meminta izin untuk ke tandas.

"Taakan takde siapa yang nakkan anak kau tu Ara?" soal Puan Fateh bingung. Orang punya hensem segak bergaya tipu kalau takde siapa yang minat.

"Buat masa ni takde la, tapi kalau kau ada yang mana sesuai dengan dia kau bagitahu aku. Aku boleh tanya dia kalau dia berkenan."

Puan Fateh berdiam diri. Bibirnya terukir senyuman kecil.

"Aku ni Ara mana ada anak untuk dijodohkan dengan anak kamu. Lagipun kita yang tua ni doa la banyak-banyak semoga dorang bertemu jodoh yang tepat" tutur Puan Fateh lemah lembut.

Puan Hizarah mengangguk faham serta menyokong dengan apa yang dikata Puan Fateh. Mereka berdua menyambung berbual tentang mereka pula.

Sementara mamanya dan Puan Fateh berbual dia melihat lama gambar seorang gadis remaja dengan Puan Fateh. Cantik bertudung dengan berbaju kurung. Mereka kelihatan akrab tak tumpah seperti anak dengan emak.

"Comel" kata Hazreen.

Comment