Bab 34

"Lama lagi ke Dhian dah tiga jam kita mengemas ni..." rungut Hazreen yang sudah duduk di atas motor kapcai birunya. Kalau tak disebabkan Dhian yang nak mengemas dekat rumah arwah Mak Teh dia dah lama sambung tidur dekat rumah.

"Sikit lagi, abang tolong angkat kotak ni berat" pinta Dhian. Hazreen mengeluh berat dengan permintaan Dhian yang menyuruhnya angkat kotak. Hazreen turun dari motor dan pergi ke arah Dhian yang berdiri di sebelah kotak tadi. Diangkatnya kotak itu lalu bawa ke arah motornya. Kotak itu diletakkan di atas bakul motor depan. Tak muat kotak itu kalau nak letak di dalam bakul.

Tanpa menunggu lama Hazreen sudah menaiki motornya lalu pantas dia menghidupkan motor. Dia memerhati sahaja Dhian sedang mengunci pintu pagar. Sesudah Dhian mengunci pagar rumah dia terus membonceng belakang suaminya. Dulu kena berjalan kaki berdua sekarang boleh naik motor sekali. Hazreen yang sudah siap sedia, menaikkan tongkat motor itu lalu menunggang balik ke rumah.

"Abang bila abang nak tukar motor kapcai biru ni?" soal Dhian memecahkan kesunyian antara mereka berdua yang hampir 10 minit diam di atas motor.

"Motor kapcai ni arwah abah punya. Dulu arwah abah selalu bawak abang dengan adik naik motor ni round satu kampung." Bukan dia tak nak tukar motor biru ini tapi ini sahaja peninggalan arwah abah yang ada. Dia selalu gunakan motor ini pergi ke mana sahaja, sekolah, pekan, surau, rempit dengan Khai pun ye juga. Ramai sahaja kawan sekolahnya tertawakan dia yang masih gunakan motor buruk ini. Dia tak heran, dia hanya pekakkan telinga sahaja. Macam orang dulu kata masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Dhian yang mendengar penjelasan Hazreen hanya mengangguk perlahan. Patut la suaminya tak mahu tukar rupanya peninggalan bapa mertuanya.

"Abang!."

"Ye."

"Bila abang nak bawak Dhian pergi kubur arwah abah?." Dah lama Dhian mahu bertanya soalan ini kepada Hazreen tapi tak ada masa.

"Dhian nak pergi ke?." Siapa la Hazreen kalau tak bertanyakan soalan semula.

"Mesti la nak!" jawab Dhian penuh teruja. Walaupun dia hanya boleh melawat pusara sahaja tapi dia nak jugak melawat.

"Nanti abang bawak, tak jauh pun belakang surau je tempat kubur arwah abah." Arwah abahnya dikebumikan di kampung manakala arwah Hanneef dikebumikan di KL. Dia akan kerap ke pusara mereka tapi yang lebih kerap melawat pusara arwah Hanneef mungkin sebab mereka kembar dan dia selalu rindukan adiknya.

Skreekk...

Terhenti motor Hazreen apabila dia perasan ada motor lain yang menghalang laluan mereka. Terkejut Dhian tatkala Hazreen memberhentikan motor secara tiba-tiba. Dia lihat muka Hazreen di cermin sisi motor itu sudah menayangkan wajah bengis. Hazreen mengetap rahangnya, apa pulak kali ini...

"Halo sweet couple!" sapa Yan kepada pasangan sejoli di depannya sekarang ini. Hazreen sudah buat muka menyampah sebelum dia lihat dikirinya ada Wadi dan juga Khai, disebelah kanan pula ada Fattah. Semua mereka menunggang motor masing-masing.

"Apa korang nak?." Orang nak balik time ni la kawan-kawannya nak mengacau. Belakangnya sudah sakit mengemas dengan Dhian tadi. Dia baru impikan katil yang empuk dengan kipas yang terpasang sejuk. Fuh nikmat dunia.

"Alang-alang kau ada dekat sini kitaorang nak ajak kau race. Awal ada beran?" ternaik sikit kening Yan. Tangannya disilangkan di dada, terukir senyuman sinis seakan-akan mencabar Hazreen.

"Taknak aku, lagipun belakang ada Dhian..."

"JOM!" jerit Dhian teruja di sebelah telinga Hazreen. Lelaki itu sudah tutup telinganya menggunakan sebelah tangan. Boleh pekak dengar Dhian menjerit. Hazreen memusingkan kepalanya. Muka isterinya dipandang dengan penuh riak wajah pelik. Gila ke apa bini dia nak race pulak.

"Tak nak la abang penat" kata Hazreen. Dahinya sudah dikerut tanda dia tak mahu tapi bahunya disentuh perlahan oleh Dhian.

"Boleh la abang, Dhian nak jugak rasa macam mana merempit" pujuk Dhian. Wadi dengan yang lain hanya tersenyum sahaja melihat Dhian yang semahu-mahu memujuk Hazreen untuk merempit sekali dengan mereka.

"Jangan Dhian bahaya tau merempit ni boleh bawa maut." Hazreen memesankan kepada Dhian seperti Opah Som memesannya, tapi Hazreen mana dia nak dengar cakap. Mungkin apabila Dhian mendengar nasihatnya boleh berubah fikiran.

"Sejak bila pulak Hazreen Luqman pemain motogp yang paling terkenal di seluruh negara takut nak merempit?" perli Yan. Khai, Fattah dan Wadi sudah gelakkan Hazreen. Tak pernah mereka lihat Hazreen menolak tawaran merempit dari mereka. Selalu dia yang paling bersemangat sebab dia tahu akhir sekali dia akan menang.

"Kau cabar aku?" Hazreen sudah tersenyum sinis. Berani sungguh Yan kawannya ini mencabar dia. Dipandang tajam wajah Yan yang jelas mencabarnya.

"Haah aku cabar, asal goyang ke?" Yan masih tak puas hati kalau Hazreen tak terima cabarannya tadi. Taakan dah ada bini dah insaf?.

"Jom la abang, nanti Dhian bagi abang hadiah lagi..." seksi suara Dhian berbisik ditelinga Hazreen. Dikerling sebentar ke arah semua wajah kawan Hazreen. Dhian berharap semua kawan Hazreen tak mendengar ayat yang diungkapkan kepada Hazreen tadi.

Bulu roma Hazreen sudah mencanak naik. Dia tak boleh lepaskan peluang dengan tawaran dari Dhian. Tawaran Dhian lagi besar dari cabaran Yan.

"Ok aku join" ujar Hazreen dia sudah siap sedia untuk berlumba. Kotak yang ada di hadapannya dibetulkan sedikit. Dia menarik sikit tangan Dhian untuk memeluknya lebih erat.

"Canteek...Khai!" laung Yan sebelum dia mula menunggang motornya untuk bersiap sedia, dia mengambil tempat di sebelah Fattah. Dia melihat sebelah kiri, mereka sudah berbaris mengambil tempat masing-masing.

"Ok semua pay attention!! kita akan race dari sini sampai pantai. Lalu jalan belakang ingat jangan main tipu. Last point kita dekat warung Cik Cah. Siapa lambat sampai sana kena belanja makan" terang Khai dengan atur cara pertadingan yang tak berfaedah ini.

"Asal dekat warung Cik Cah?" soal Wadi tak ada pulak dia orang bagitahu tadi berhenti dekat mana.

"Sebab aku lapar" ringkas sahaja jawapan dari Khai.

"Faham semua?!" jerit Khai. Mereka semua hanya mengangguk sahaja tanda mereka mengerti dengan cara pertandingan. Masing-masing sudah memanaskan ekzos motor, sekarang tiba masa untuk tunggu sahaja perlumbaan bermula.

"Ready, set one, two,..."

"dua setengah.."

"Weh banyak main-main ahh, cepat la!!" tempik Hazreen kepada Khai yang melambatkan ayatnya.

"Go!." Dengar sahaja perkataan mula terpacul keluar dari mulut Khai laju sahaja masing-masing memecut dan meninggalkan Hazreen di belakang.

"Kurang ajar!!" dengus Hazreen lalu memulas bahagian minyak dengan kuat. Dia tak boleh kalah, dia tak rajin nak belanja mereka semua. Dhian yang dari tadi tenang, terkejut dia apabila Hazreen memecut laju. Badannya pula kebelakang sedikit. Baju Hazreen digenggam kuat. Tudungnya sudah tak terurus ditiup angin, kalau tak pakai pin sekarang ini mungkin hilang tudungnya.

Wadi sekarang di kedudukan yang pertama, dilihat kawannya semua dibelakang melalui pantulan cermin sisi. Topi yang dipakai dipusingkan kebelakang. Terukir senyuman bangga di bibir merahnya.

Yan mendengus kasar tatkala dia dari tadi dibelakang Khai dan Fattah. Nak pecut mereka berdua menghalang laluan. Kalau dia ikut jalan yang arah bertentangan takut ada kenderaan lain. Maklum la jalan belakang banyak juga kenderaan yang keluar masuk.

"Wooohhoo...!!" jerit Dhian bersemangat. Motor Hazreen memecut melepasi tiga motor dibelakang, dia sekarang menggunakan jalan yang arah bertentangan. Wadi sudah berubah cuak, takut kalau Hazreen dapat memecut dia sekarang ini. Renungan mata Hazreen buat dia cemas dia tak boleh kalah dengan Hazreen.

Hazreen menunggang motor itu bersebelahan dengan motor Wadi. Kedua mereka sudah fokus untuk sampai ke destinasi akhir perlawanan. Tiga orang itu sudah jauh di belakang. Dhian teruja sambil berdiri di atas motor, bahu Hazreen dipaut erat. Tudungnya yang serabai dia biarkan sahaja ditiup angin.
Matanya terpejam merasakan dirinya sekarang ini berterbangan seperti burung terbang bebas.

Tanpa disedari ada satu lori pasir menghala ke arah mereka, bertentangan dengan motor Hazreen. Ketiga-tiga jejaka sudah panik dengan kehadiran lori datang dari arah jalan yang dilalui Hazreen. Hazreen masih fokus memerhati Wadi disebelah dia tak perasan ada lori dihadapannya.

"MAN JAGA-JAGA ADA LORI DEPAN KAU!!!" laung Khai dari belakang, dia berharap Hazreen mendengar dan sempat elak dari dilanggar. Dhian yang perasan ada lori terus duduk, bahu Hazreen ditepuk kuat, jari telunjuknya menunjuk ke arah lori pasir yang sudah menghala ke arah mereka.

"ABANG LORI!!" ujar Dhian panik. Boleh mati kalau tak sempat elak. Hazreen yang memerhati lori itu menghampiri mereka sempat dia membelok ke kiri, dipulasnya kuat minyak untuk memecut laju dicelah-celah motor Wadi dan lori. Dhian sudah tertunduk matanya dikatup rapat dia tak mahu lihat aksi berbahaya dari Hazreen. Dalam hati hanya berdoakan mereka selamat sahaja. Tercabut satu cermin sisi motornya di sebelah kanan.

Wadi dan yang lain memberhentikan motor masing-masing seraya mata semua melihat lori itu melepasi mereka. Wajah mereka sudah bertukar riak risau dengan nasib Hazreen dengan Dhian sekarang. Bila mereka lihat satu susuk tubuh yang mereka kenali sudah memberhentikan motor tidak jauh dari mereka. Jejaka itu sudah terbatuk-batuk sambil tangan kanan memegang dadanya.

Mereka semua bergerak ke arah Hazreen dengan Dhian. Pantas empat jejaka itu turun dari motor mahu melihat keadaan pasangan itu tadi. Kaki Wadi dan Fattah sudah melangkah ke arah Dhian yang menggosok mata bundarnya menggunakan tudung mungkin ada pasir yang masuk.

"Eh sengal kau kalau nak mati sekalipun, mati sorang-sorang tak payah bawak Dhian sekali!!!" jerkah Khai, bahu Hazreen ditolak kasar. Nasib baik budak Man ni sempat elak, kalau tak dah arwah kawannya ini.

"Entah kau ni Man, bawak macam tak fikir keselamatan Dhian pulak. Ingat sikit kau tu bukan bujang lagi, kau dah ada isteri. Kalau kau mati tadi macam mana? , kan payah Dhian nak kena kahwin dengan aku." Hazreen sudah menjeling ke arah Yan. Baju Yan ditarik kasar tangannya pula sudah dikepalkan menjadi penumbuk.

"APA KAU NAK KAHWIN DENGAN DHIAN?. KAU ULANG LAGI SEKALI. EH KALAU AKU MATI SEKALIPUN MEMANG TAK AKU NAK BAGI DHIAN KAHWIN DENGAN KAU. MUKA BABYFACE PERANGAI PLAYBOY. DARIPADA AKU BAGI KAU BETTER AKU SURUH FATTAH JAGA" tengking Hazreen. Suka hati mak nenek je nak ambik Dhian dari dia. Kalau tak disebabkan kawan dah lama lebam biji mata Yan.

"OH KAU NAK LAWAN MEH LA INGAT AKU TAKUT KE?!! MEH SINI" ditepuknya pipi kanannya. Kedua tangannya sudah dibentuk seperti penumbuk. Luar berani tapi dalam hati berharap yang Man tak tumbuknya. Siapa je tak kenal Hazreen pantang dicabar. Sekali dia buat dia buat betul-betul.

"KAU MEMINTA? AKU PANTANG BETUL ORANG MEMINTA. KAKI PENDEK TAK CUKUP ZAT ADA HATI NAK LAWAN DENGAN AKU. LAI LA MEH AH SINI PENDEK." Tangannya yang dibuat penumbuk itu sudah dinaikkan diudara. Hazreen sedia untuk memberikan satu penumbuk ke muka Yan tetapi ada tangan lain yang menghalang lengannya.

"SUDAH LA KORANG NI MACAM ANJING DENGAN KUCING KALAU JUMPA JE GADUH, TENGOK DHIAN TU MAN" jari Khai menghala ke arah Dhian yang masih menggosok matanya. Terhenti niat Hazreen yang hendak menumbuk Yan. Tongkat motor diturunkan, dia turun dari motor dan lihat keadaan isterinya. Semua sudah mengerumuni Dhian yang masih duduk di atas motor.

"Dhian ok?" lembut suara Hazreen bertanyakan keadaan Dhian sekarang. Risau dia kalau apa-apa jadi dekat isterinya. Yan dibelakang hanya mencebik sahaja, reti pulak nak cakap baik-baik.

"Dari tadi dia gosok mata" ujar Wadi. Dia cukup risau dengan sepupunya sorang ini. Wadi risaukan Dhian seperti adik sendiri.

"Dhian bukak mata, pandang abang sini" arah Hazreen, dia menarik tangan Dhian untuk menyuruhnya berhenti menggosok mata.

"ABANG, THAT'S SO AWESOME!!!" jerit Dhian gembira. Dia tak sangka dia masih hidup dan dia teruja sebab dia dapat pengalaman yang mencabar itu tadi. Selalu dia dapat lihat dekat filem aksi sahaja. Tak sangka dia dapat lihat depan mata.

Mereka semua hanya tersenyum lega melihat Dhian yang tidak apa-apa. Risau mereka semua kalau terjadi apa-apa yang tidak diduga menimpa Dhian.

"KITA BUAT LAGI NAK TAK ABANG?" soal Dhian. Bahu Hazreen digoncang perlahan.

"NO!" serentak semua lelaki yang ada disitu bersuara kecuali Fattah hanya menggelengkan kepala sahaja. Membulat mata Dhian tatkala mendengar jawapan dari semua kawan Hazreen.

———————————————————————

Mereka kini sudah tiba diwarung Cik Cah. Mereka semua memesan bihun sup dan mi sup. Sedap makan waktu petang sambil melihat pemandangan laut yang biru.
Tengah sedap semua makan Wadi menjerit nama seseorang yang dicintai.

"Seroja!!" Wadi terus beredar meninggalkan kawannya yang masih menjamu selera. Seroja perasan akan kehadiran Wadi hanya melambaikan tangannya sambil tersenyum manis ke arah lelaki itu.

"Seroja buat apa dekat sini?."
"Wadi buat apa dekat sini?."

Serentak mereka bertanyakan soalan yang sama. Tertunduk malu mereka bila tahu soalan yang mereka tanya adalah sama.

"Wadi dulu" pinta Seroja malu-malu.

"Eh tak Seroja la dulu." Belakang lehernya diusap berkali-kali. Janggal pulak rasanya.

"Seroja jalan-jalan dekat sini saje nak tengok sunset. Wadi pulak?" mereka mula berjalan seiringan disepanjang pantai. Pandangan orang lain tak dihiraukan lagi.

"Wadi dengan kawan semua makan dekat warung Cik Cah. Nampak pulak Seroja dekat sini itu yang Wadi tegur tu" tangannya sudah diletakkan dibelakang badan.

"Seroja jom main layang-layang" ajak Wadi. Dia lihat budak kecil di sini gembira bermain layang-layang. Tak salah nak ajak Seroja bermain layang-layang bersamanya.

"Boleh jugak" terima sahaja jawapan positif dari Seroja, Wadi terus menuju ke arah pakcik yang menyewakan layang-layang untuk bermain di pantai ini. Habis sahaja membayar duit Wadi terus membawa layang-layang itu jauh dari kawasan orang ramai, dihujung pantai.

Wadi mula menerbangkan layang-layang itu ke udara. Dengan bantuan angin yang kencang layang-layang itu terbang tinggi ke udara. Seroja yang memerhati layang-layang mereka terbang tinggi ditiup angin. Wadi hanya memandang sahaja Seroja yang tersenyum manis memandang layang-layang itu.

"Nah pegang ni." Wadi menghulurkan batang plastik yang sudah digulungkan tali layang-layang itu ke arah Seroja. Gadis itu menyambut huluran batang plastik itu tadi. Lagi gembira Seroja dapat bermain layang-layang. Wadi tersenyum lalu memegang tali layang-layang yang sudah tegang itu sedikit.
Tersenyum bahagia mereka berdua tanpa perasan ada orang lain yang memerhatikan mereka saat ini.

"Hensem pulak aku tengok Wadi tu" puji Khai. Dia dari tadi memerhati Wadi bermesra dengan Seroja. Kuah mi sup itu dihirup perlahan.

"Wadi memang hensem. Bukan macam orang tu muka tak berapa nak helok tapi berlagak kononnya dia yang paling helok dekat kampung ni. Puihh" perli Yan matanya sempat menjeling ke arah Hazreen. Fattah disebelah hanya tersenyum sahaja. Penat dia nak layan dua orang kawannya yang tak habis berperang mulut.

"Kalau muka aku tak helok sekalipun at least aku dapat sorang, kau muka cikai-cikai sorang pun tak ada yang melekat" lawan Hazreen balik. Air sirap limau diteguknya.

"Abang nak tisu." Dhian tak sampai nak mencapai kotak tisu disebelah sana. Malas dia nak dengar pergaduhan suaminya dengan Yan.Hazreen terus ambik sehelai tisu lalu dilapnya tepi bibir Dhian yang comot terkena kuah bihun sup.

"Nak sweet-sweet pergi dekat rumah bukan dekat sini!" marah Yan gelas kaca dihempaskan kuat di atas meja plastik itu. Terhinjut bahu Khai dengan Fattah mendengar meja dihempas kuat.

"Kalau jealous tak payah nak hempas meja. Kalau pecah meja ni kau nak ganti?." Fattah mengusap belakang badan Yan yang dari tadi mencerlung tajam ke arah Hazreen. Baru sahaja dia ingin membuka mulut nak balas balik tapi Khai sudah menghalangnya.

"Sudah Yan..." tegas suara Khai supaya dia memberhentikan pergaduhan antara mereka. Yan berpeluk tubuh mukanya bengang dengan perangai Hazreen. Tak apa kali ini Hazreen menang.

Sweet kan Seroja dengan Wadi. Hahahaha Another sweet couple. Saya suka, saya suka!!.🕊🌹

Comment