Bab 23

"Naura termenung apa tu?." Soal Puan Zatul. Dia melihat anak daranya sibuk termenung di atas buaian di luar rumah mereka. Nampak gayanya sedang memikirkan sesuatu. Dia tahu yang Hazreen sudah melamar Naura kini keduanya menunggu jawapan.

"Ibu, ibu rasa yang Hazreen tu betul ke jodoh Naura?." Lebih baik tanya ibu. Orang yang dah makan garam lama dari dia. Beberapa hari ni dia tak boleh tidur memikirkan jawapan yang dia patut bagi.

"Kenapa la tanya ibu pergi tanya Tuhan sana tu." Di halakan jari telunjuknya ke atas. Puan Zatul tergelak kecil dengar soalan Naura ada pulak tanya dia. Mana la dia tahu jodoh anaknya bukan ditangan dia. Dia melabuhkan diri duduk disebelah Naura.

"Naura rasa, Hazreen jodoh Naura?." Tanya balik Puan Zatul soalan yang sama.

"Entah la ibu." Kepalanya ditundukkan. Kakinya yang terjuntai digerakkan ke kiri ke kanan.

"Cuba Naura fikir berapa kali Naura jumpa atau terserempak dengan Hazreen?."

Naura mula berfikir. Seingat dia banyak kali dia terserempak dengan Hazreen. Mula-mula dekat kubur, lepastu rumah Mak Long time Hazreen ajak dia solat sekali, kemudian dekat rumah Opah Som, kedai ubat, kubur lagi. Haishh banyak sangat dia selalu berjumpa dengan Hazreen.

"Banyak sangat la ibu..." penat dia nak fikir. Hampir semuanya tak dirancang memang terserempak tak pun kebetulan.

"Dari situ Naura nampakkan? yang dia jodoh Naura. Naura, tak semestinya bercinta baru kahwin boleh dikatakan jodoh. Kadangkala, jodoh tu datang tanpa diduga macam cerita Naura dengan Hazreen. Kamu berdua tak plan apa-apa pun. Tapi boleh terjumpa jugakkan?."

Naura angguk mengiyakan pernyataan ibunya tadi. Selama ni dia rasa itu adalah satu kebetulan. Dia selalu fikirkan Hanneef adalah jodohnya. Tapi dia salah.

"Jodoh tu datang sendiri Naura. Jauh macam mana sekalipun dia akan datang jugak dekat kita. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Sekarang dia dah datang tiba masa hati tu terima atau tidak" pesan Puan Zatul. Puan Zatul meminta diri untuk masuk ke dalam rumah.

Naura mula mengangkat kakinya ke atas untuk bersila. Kedua tangannya menongkat dagu. Susah betul buat pilihan.

———————————————————

"Meh Naura masuk, duduk dulu dekat sofa sana tu. Makcik pergi dapur kejap buat air" arah Puan Sariah. Terkejut dia dapat tahu Naura datang ke rumah dia. Dia baru nak sidai kain tadi.

"Terima kasih makcik." Dia duduk di atas sofa. Matanya dipandang sekeliling rumah Puan Sariah. Walaupun berjiran dia mana selalu masuk rumah Puan Sariah. Setakat hantar makanan depan pagar sahaja.

Sedang elok dia memerhati ruang tamu telinganya menangkap bunyi pintu terbuka. Muka Fazril terpacul keluar dari muka pintu. Fazril hanya pandang sekilas sahaja. Sebelum dia mengambil tempat berhadapan dengan Naura.

"Kenapa Naura datang ni?." Ini namanya rezeki atau tak dia pun taktahu la. Tiba-tiba je gadis ni datang rumah dia.

"Naura nak jumpa abang."

'Fuhh halamak dia panggil 'abang' pulak hati tolong bertenang.' Mukanya ditayang riak biasa sedangkan hatinya gembira mendengar ayat Naura tadi. Jarang datang sini jumpa dia selalunya jumpa Puan Sariah je.

"Kenapa?."

"Erk...abang Fazril pernah cakap dekat Naura selagi takde siapa yang pinang Naura, abang tetap dengan keputusan abang untuk jadikan Naura suri rumah abang." Ingat kembali dimana Fazril mengungkap ayat tersebut.

Fazril mengangguk kepalanya. Dia masih ingat ayat itu. Ayat yang memberi semangat kepadanya untuk terus memikat hati Naura.

"Ada orang lamar Naura."

"Jadi?."

"Naura terima lamaran dia." Walaupun dia tak bagitahu lagi Hazreen tapi dah alang-alang rumah Fazril ni terus je la bagitahu jejaka ini supaya Fazril berhenti berharap kepadanya.

"Kenapa Naura bagitahu abang?." Niat dihati tolong la plot twist yang orang itu adalah dia. Dia pun pernah lamar Naura.

"Sebab nak minta maaf selama ni Naura cakap kasar dengan abang. Naura tahu Naura kejam dengan abang, layan abang teruk walaupun abang layan Naura baik sangat." Dia tak nafikan yang Fazril memang baik. Fazril masih mendengar setiap bait bicara Naura.

"Tapi hati Naura tak boleh terima abang, Naura anggap abang hanya jiran perumahan tak lebih dari tu. Naura cintakan orang lain." terang Naura lemah lembut. Dia taknak satu hari nanti lelaki di depannya ini masih berharap kepada dia.

"Mari minum, ni makcik ada buat air sirap bandung. Sedap ni!." Puan Sariah datang dengan membawa dulang diatasnya jag air dan beberapa gelas.

Fazril hanya diam menyepi. Taakan la dia tak terkesan langsung dengan ayat Naura tadi. Tapi dia tak boleh paksa ini juga melibatkan masa depan perempuan itu. Naura berhak memilih siapa yang dia inginkan untuk dijadikan pasangan hidup. Dia mencapai gelas yang sudah diisi air sirap itu dihulurkan kepada Naura.

"Nah, minum la" ujar Fazril.

"Terima kasih" jawab Naura.

Lama mereka berbual kosong Fazril dan Puan Sariah menghantar kepulangan Naura. Fazril hanya memandang sepi lalu memusingkan badannya ke belakang. Dia melihat maknya sudah tersenyum manis ke arahnya.

"Terima Fazril, ikhlaskan hati tu." Selepas mendengar ayat itu air mata Fazril bergenang lalu dia memeluk Puan Sariah. Pelukan Fazril dibalas Puan Sariah seakan-akan bagi semangat kepada anaknya untuk terima kenyataan.

"Maafkan Fazril mak. Fazril tak dapat nak bagi mak menantu." ucap Fazril air matanya jatuh jua. Dia sayangkan Naura tapi Naura ada pilihannya sendiri.

"Takpe Fazril, mak faham." ditepuk-tepuknya bahu Fazril lembut.

——————————————————-

Sudah masuk tiga minggu Hazreen menunggu jawapan Dhian. Hampir setiap hari dia menelefon Wadi untuk tahu jawapan Dhian. Bila dia tanya Wadi kawannya kata Dhian sudah lama tak berhubung dengan dia.

Dia rasa dirinya tak cerdik kenapa dia suruh Dhian bagi jawapan dalam masa 3 minggu, sekarang tengok dia yang resah fikirkan apa la jawapan Dhian. Mungkin diterima atau pun tidak.

TOK,TOK,TOK.

"MAN, BANGUN JANGAN TIDUR LEPAS SUBUH!!!." jerit Opah Som dari luar bilik. Dia baru je habis solat subuh, tahu je opah yang sekarang ni dia dah nak terlelap.

"YE OPAH MAN TAK TIDUR!!" balas Hazreen dari dalam. Cakap je nanti dibuat jugak. Matanya mula tertutup perlahan. Baru beberapa minit dibuai mimpi pintu biliknya diketuk sekali lagi.

TOK,TOK,TOK.

"Ye opah Man tak tidur..." ditariknya bantal panjang lalu dipeluknya. Malas la dia nak keluar sambung tidur lagi bagus.

TOK,TOK,TOK.

"Ye opah nanti Man mandi la...!!" ujar Hazreen sedikit kuat. Kejap lagi la bagi dia masa sikit nak tidur. Penat memandu semalam tak habis lagi. Dari tempat kerja dia terus balik ke kampung. Memang hujung minggu dia ke sini. Mamanya pun dah biasa.

TOK,TOK,TOK.

'Weh sabar weh, apa yang tak dengar sangat Opah Som ni. Dia dah cakap kejap lagi, ni mesti nak ajak suruh temankan dia pergi pekan la ni.' Hazreen bangun jugak akhirnya dari katil kesayangan. Bantal yang dipeluk dicampakkannya ke tepi. Dia membetulkan kain pelikatnya. Kain pelikat itu dibawa ke mulut lalu digigitnya. Malas dia nak ikat kemas-kemas sangat.

Kakinya berjalan perlahan menuju terus ke pintu biliknya seraya itu tombol pintu itu dipulas. Matanya masih terpejam rapat. Rambut yang serabai tak dihiraukan lagi. Opah Som je yang nak tengok.

"Ye opah kenapa nak ajak pergi mana pulak lepa......"

"Saya terima lamaran awak."

"AARRGGGHH!!!."

"AARRGGHHH!!!." Mata Naura ditutup rapat dengan telapak tangannya. Terkejut dia melihat kain pelikat Hazreen terjatuh. Dia terus memusingkan badannya membelakangi Hazreen.

Hazreen yang malu laju mencapai kain pelikatnya dari terus terjatuh ke lantai. Badannya dipusingkan ke belakang. Dia ikat kemas-kemas kali ni kain pelikatnya. Disebakkan rambutnya ke belakang. Hazreen mengetuk kepalanya dengan tangan yang sudah digenggam seperti penumbuk.

"AWAK NI MEMANG TAK TAHU MALU EH!!" marah Naura. Mana taknya pagi-pagi si Hazreen ni buat hal.

"EWAH,EWAH CIK ADIK. SIAPA YANG TAK TAHU MALU MASUK RUMAH ORANG TAK BAGI SALAM TERJAH KETUK BILIK ANAK TERUNA TIBA-TIBA TAKDE A TAKDE B TO Z TERUS. HAH SIAPA?!!." Bengang pulak dia si budak Dhian ni. Main redah je ketuk bilik dia. Dia taktahu ke bilik anak teruna bersepah. Nasib baik dia masih pakai singlet bewarna putih dan seluar pendek kalau tak putih terus mata Dhian.

"APA YANG TERPEKIK SANA SINI NI MAN?!!!." Opah Som datang menghampiri mereka berdua selepas dengar ada pergaduhan di depan. Dia di dapur baru nak bancuhkan kopi untuk dihidangkan sarapan pagi.

"HAH OPAH TENGOK LA SI BUDAK DHIAN NI,  KETUK BILIK ANAK TERUNA LEPASTU BAAAMM SAYA TERIMA LAMARAN AWAK!!." Tajam matanya ke arah Dhian yang masih membelakangi dia.

"Kalau ye pun tak payah la nak terjerit, Dhian tu tak pekak lagi." Hazreen buat muka menyampah memang la Dhian tu tak pekak tapi perangai Dhian tadi tu buat dia marah. Malu tujuh keturunan mana dia nak letak muka. Kalau opah tahu apa jadi mesti opah gelakkan dia.

"Memang dia ada bagi salam tadi nak jumpa dengan kamu. Opah cakap yang kamu tu ada dalam bilik pergi la ketuk pintu tu." Terang Opah Som. Kesian pulak dia dengan Dhian sedangkan dia yang suruh ketuk pintu bilik Hazreen. Dhian yang kena marah.

Sesudah itu, Opah Som beredar pergi ke dapur sambung balik kerjanya yang tergendala tadi.

"Kau cakap apa tadi?" soal Hazreen. Dia lihat Dhian masih tak pandang dia. Takut lagi la tu kena marah.

"Saya cakap...saya ter...terima lamaran aw...ak." Tersangkut-sangkut ayat Naura.

"Pandang sini Cik Adik..." arah Hazreen tegas walaupun panggilan itu dileretkan panjang. Tengok sana buat apa baik tengok dia kacak walaupun masih tak mandi.

Ragu-ragu Naura nak pusingkan badannya menghadap Hazreen. Tapi dia tetap pusingkan badannya juga. Matanya hanya perhatikan dahi Hazreen sahaja. Tak berani dia nak pandang tempat lain. Mata apatah lagi dia nak pandang.

"Saya cakap saya terima lamaran awak." ujar Naura semula jawapannya tadi.

"Ulang balik." Badan Hazreen sudah membongkok separas dengan ketinggian Dhian. Dia dekatkan wajahnya dengan muka bersih Dhian. Saje nak mengusik.

"Saya terima lamaran awak Hazreen Luqman!." Dikuatkan suaranya sedikit. Apahal mamat ni dekat-dekat pulak.

"Ulang balik" pinta Hazreen lagi sekali.

"Apa yang awak pekak sangat ni. Saya cakap saya teri..." Terhenti ayatnya apabila dia dapati jari telunjuk Hazreen sudah ada didepan mukanya sekarang.

"Ssshhh..., cukup sampai ayat saya terima." Dia dekatkan lagi wajahnya ke telinga kanan Dhian.

"Nanti aku sambungkan time hari akad nikah nanti ye Cik Adik." bisik Hazreen sambil tersenyum senget. Dia suka usik Dhian sebegitu biar Dhian malu. Tadi Dhian buat dia malu boleh pulak. It's revenge time.

"Saya balik dulu." Pantas kaki Naura menjauhkan kedudukan mereka. Tak kuat lututnya berdiri dekat dengan Hazreen. Naura terus membawa diri keluar dari rumah itu. Dia perasan yang Opah Som tengah sapu laman terus dia salam dan meminta izin untuk pulang.

Opah Som yang sudah siapkan sarapan pagi terus keluar menyapu daun gugur. Itulah setiap hari rutin hariannya. Nak tunggu Hazreen bangun makan lebih baik dia sapu laman dulu.

Hazreen hanya memerhati sahaja Dhian dari jauh sudah melangkah pergi meninggalkan kawasan rumah Opah Som. Opah Som yang berdiri disebelah tangga melihat wajah Hazreen yang tersengih melihat gadis itu.

"Suka la tu lamaran diterima" perli Opah Som. Dia bahagia cucu yang dijaga akhirnya mendapat kebahagiaannya sendiri.

"Opah dengar tak apa Dhian cakap tadi?" soal Hazreen bibirnya mengukir senyuman lebar. Tadi kenakan Dhian ni opah pulak.

"Dia cakap dia terima lamaran kamu." Terhenti tangannya menyapu halaman rumah. Tangannya diletakkan dipinggang dengan dahinya dikerutkan. Pekak la si budak Luqman ni.

"Bukan macam tu la. SAYA TERIMA LAMARAN AWAK HAZREEN LUQMAN..." Dia tiru suara Dhian yang mengungkap ayat itu tadi. Dikepitkan kakinya berjalan terkedek-kedek ke arah Opah Som di bawah. Dia menutup mukanya dengan telapak tangan pura-pura malu.

"Opah ada? opah takde kan... Itu la ada Pak Leman duda anak lapan tak mahu." Perli Hazreen. Ada yang nak opahnya tolak.

"Aku bukan macam kamu ambik orang punya." Setepek Opah Som balas balik perlian Hazreen tadi. Tak hingin dia nak kahwin dengan Leman duda anak lapan tu.

"Dhian bukan orang punya. Duda pun bukan orang punya. Opah je selek sangat" mencebik muka Hazreen. Dia tahu la Dhian bukan orang punya.

"Dah tu pergi mandi sana. Menyemak je dekat sini kalau nak tolong takpe jugak!."

"Saya terima lamaran awak Hazreen Luqman..." diulang lagi ayat itu didepan muka Opah Som. Bahagia dia saat ini lamarannya diterima tak sia-sia dia hias daun gugur haritu.

Dia membawa diri beredar masuk ke dalam rumah dengan terloncat-loncat. Digenggamnya  kuat kain pelikat dari tadi nanti jatuh pulak karang.

Opah Som menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku Hazreen yang dah macam terencat terlompat sana sini.

"Macam mana la budak Dhian tu boleh terima kamu Luqman. Aku pun tak sanggup nak jaga lagi." Mengeluh Opah Som lalu menyambung semula tugasnya tadi.

Tq for reading Cik Adik semua!. Jangan risau Fazril akan bahagia jugak nanti.

Comment