Bab 48

Wadi membetulkan baju kemeja putihnya. Hari ini hari yang paling bermakna bagi dia. Kotak cincin baldu merah itu diambil lalu dibuka. Tersenyum lebar Wadi melihat sebentuk cincin dengan hiasan batu permata ditengah.

Mesti cantik kalau cincin ini ada di jari manis Seroja. Betul harini adalah hari dia melamar Seroja. Selepas dia ingat semula keberanian Hazreen melamar Dhian seorang diri, dia pun mahu mencuba.

Dia simpan kotak cincin itu dalam poket seluarnya. Wadi melihat lagi sekali penampilannya di cermin. Rambutnya kemas disebak kebelakang. Bajunya putih bersih, kena pula dengan seluar bewarna hitam.

Habis itu, dia keluar dari bilik menuju ke pintu rumah. Kakinya terhenti bila terdengar maknya memanggil namanya.

"Nak pergi mana?" tanya Puan Neeta. Hairan dengan penampilan anaknya, hensem segak bergaya.

Wadi tersenyum malu sebelum dia mengeluarkan kotak cincin lalu ditunjukkan kepada maknya.

"Doakan Wadi tau mak" ujar Wadi, tangan Puan Neeta disalam. Lebar senyuman Puan Neeta, dia terus mencium dahi anaknya. Tak sangka anak terunanya sudah besar.

"Wadi pergi dulu, Assalamualaikum." Dia balas balik ciuman di dahi maknya. Dia meminta diri untuk pergi, kasut kulit dicapai lalu disarungkan.

"Haihh, tak romantik la kalau naik kereta." Wadi bercakap bersendirian sebelum dia ambil keputusan untuk jalan kaki ke rumah Seroja.

Walaupun jauh tapi dia sanggup, untuk buktikan kepada Seroja bertapa besarnya cinta dia terhadap gadis itu. Sampai sanggup letih berjalan kaki semata-mata untuk melamar.

Kini Wadi sudah sampai betul-betul di depan rumah Seroja. Dia lihat ada beberapa buah kereta yang tak dikenali. Mungkin sepupu datang gamaknya.

Wadi memasang telinga mendengar perbualan orang tua Seroja kuat bersembang sebelum dia memutuskan untuk memberi salam.

"Assalamualaikum!" laung Wadi, dia melihat banyak kasut diluar. Memang sah sepupu Seroja datang.

"Waalaikumusalam. Oh..Wadi kenapa datang ni?" tanya Puan Seri, ibu kepada Seroja.

"Saya nak jumpa Seroja sekejap, boleh makcik.." perlahan suaranya. Senyuman manis dilemparkan kepada Puan Seri.

"Seroja ada dekat dalam, kejap ye makcik panggil." Dia masuk ke dalam untuk memanggil anak daranya.

Beberapa minit Wadi menunggu di luar baru, terpacul wajah gadis yang dicintai berdiri di depan pintu. Terkedu Wadi melihat Seroja yang cantik dihiasi makeup, tambah pula gadis itu memakai baju kurung, bersulam bunga warna biru cair.

Seroja mula menghampiri Wadi yang diam. Mata Wadi langsung tak terkalih dari memandang Seroja.

"Wadi..?" tangannya melambai di hadapan muka lelaki itu. Malu dibuatnya bila Wadi pandang dia lama-lama.

"Ehem...ye?" Wadi menelan air liur, baru dia tersedar. Hatinya berdegup kencang.

"Kenapa datang sini?" Seroja mula cemas, matanya mengintai ke dalam takut tetamu yang datang perasan dia dengan Wadi di luar rumah.

"Saya datang sini sebenarnya..."

"Seroja" panggil seseorang. Terhenti tangan Wadi yang mahu mengeluarkan kotak cincin di poketnya apabila dia ternampak satu susuk tubuh lelaki berdiri di depan pintu.

"Siapa ni?" tanya Fazril. Dihalakan jari telunjuknya ke arah Wadi. Bingung Wadi seperti patung tak faham akan situasi sekarang.

"Kenalkan ini Wadi kawan Seroja, Wadi ini Fazril tunang Seroja" segan Seroja memperkenalkan Fazril kepada Wadi.

Tergamam Wadi bila dia dengar status 'kawan' untuk dia dan 'tunang' untuk lelaki bernama Fazril ini.

Fazril mula menerpa ke arah Wadi, dia menghulurkan tangannya untuk berjabat.

"Fazril."

"Wadi." Lama Wadi menyepi sebelum huluran tangan itu disambut dengan baik. Dia tak percaya yang dia terlambat beberapa minit.

"Mari la masuk makan, banyak makanan." Fazril tersenyum manis, dia percayakan Seroja yang lelaki di depannya hanya sekadar kawan.

"Kami tak buat besar majlis bertunang, ahli keluarga je yang datang" ujar Fazril. Memang tak ramai tetamu, malas dia nak hebohkan.

"Bertunang?" tanya Wadi hairan.

"Ye. Seroja tak bagitahu ke?" soal Fazril matanya tertancap ke arah tunangnya.

"Oh hahaha saya yang lupa. Eh takpe saya balik dulu, banyak kerja dekat rumah nak kena buat, datang sini nak ucap tahniah dekat Seroja" jawab Wadi. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan emosinya yang berbaur rasa. Marah, kecewa, semuanya ada.

Wadi melihat Seroja sudah tertunduk. Dia pun berpaling melihat Fazril yang dari tadi tersenyum manis. Memang sepadan.

"Tahniah korang berdua, saya balik dulu" pinta Wadi mengundur diri. Tak mahu berlama di sini, retak hati dia melihat jari runcing Seroja cantik disarungkan cincin yang pasti bukan dari dia.

"Nanti kahwin jemput la datang" kata Fazril.

"Insyaallah..." jawab Wadi perlahan. Senyuman manis di bibir Wadi mula hilang saat dia memusingkan badannya. Sikit pun dia tak pandang ke belakang.

"Wadi tunggu!" jerit Seroja sambil berlari ke arah Wadi yang mahu beredar. Bekerut dahi Fazril tatkala Seroja berlari ke arah Wadi. Bukan tadi kata kawan ke?.

Terhenti langkah Wadi apabila Seroja menghalang laluannya. Wadi menayangkan riak wajah kosong, tak ada lagi Wadi yang manis dengan Seroja.

"Tepi Seroja" senada sahaja suara Wadi.

"Seroja nak cakap dengan Wadi sekejap" kata Seroja termengah-mengah mengatur nafas.

"Saya tak ada masa nak bercakap dengan tunang orang" kata Wadi tegas, dia cuba menahan amarahnya. Kaki Wadi ingin beredar tapi Seroja menghalang laluannya lagi sekali.

Wadi menarik nafas dalam-dalam, kalau di depannya ini lelaki dah lama dia terajang jauh-jauh.

"Wadi marah Seroja?" soal Seroja. Dia tak mahu Wadi membencinya.

"Kenapa saya nak marah?" soalan dibalas dengan soalan.

"Sebab Seroja cakap Wadi 'kawan'..."

"At least that part was real."

"Seroja tahu Wadi sukakan Seroja" dikuis-kuis baju kurungnya.

"Cinta" potong Wadi. Seroja memandang tepat anak mata Wadi.

"Saya cintakan awak Nurul Seroja" luah Wadi. Terkedu Seroja dengar luahan cinta dari Wadi.

"Seroja cuba cintakan Wadi, tapi...tapi Seroja tak boleh.." ada titisan jernih yang keluar dari matanya jatuh ke pipi. Dia tahu Wadi sukakan dia, tapi dia suka kan orang lain.

"Is it too hard to love me back?."

Seroja diam, air matanya tak berhenti mengalir. Dia tak kisah lagi tentang makeup.

"Stop crying Seroja people will think I hurt you."

"No, I'm hurting you." bangkak Seroja.

"I deserve this Seroja, I deserve that you are not mine" sayu suara Wadi.

"Wadi..tsk..tsk.."

"Saya balik dulu. Assalamualaikum" tutur Wadi. Dia tak sanggup melihat Seroja nangis, dia pun tak boleh nak buat apa. Lagi bagus dia pergi dari sini. Wadi mula meninggalkan Seroja bersendirian.

Hujan turun lebat membasahi bumi, perlahan kaki Wadi berjalan, baju putih yang basah dibiarkan sahaja. Sejuk sampaikan dia tak berdaya lagi untuk berjalan.

Wadi terdengar bunyi motor yang berhenti disebelahnya. Motor kawannya Fattah. Dia berhentikan langkahnya, sikit pun dia tak pandang Fattah disebelah.

"Fattah, kenapa tak ada pelangi?" ujar Wadi.

"Fattah, kenapa hujan turun? harinikan Seroja bertunang kenapa tak ada pelangi?" soal Wadi, Fattah yang faham perasaan Wadi terus turun dari motor dan ajak Wadi balik.

"Kenapa hujan turun Fattah?, kenapa dia ikut perasaan aku. Patutnya dia ikut perasaan Seroja. Seroja bahagia..." tak mampu Wadi nak menghabiskan ayatnya.

Fattah mahu memeluk Wadi tapi lelaki itu menepis tangan Fattah. Dia tak suka di peluk, dia benci.

"TEPI LA FATTAH!!!" mengamuk Wadi bila Fattah ingin memeluknya lagi sekali. Terjatuh Fattah ke tepi tapi dia bangun semula mendekati Wadi.

"Seroja bahagia Fattah... Aku cintakan Seroja..." Wadi menundukkan kepalanya, dia tak mahu Fattah melihat dia menangis. Ye dia lemah disebabkan seorang perempuan.

Fattah buntu dia tak tahu nak buat apa. Dia memegang bahu Wadi seraya menepuk tempat duduk motosikalnya. Hari yang memenatkan untuk insan yang bernama Aswadi, dia pun duduk membonceng Fattah.

Fattah menghantar Wadi sampai ke rumah. Dia memapah Wadi pergi ke Puan Neeta. Berlari Puan Neeta melihat anaknya lemah tak bermaya.

"Terima kasih Fattah hantarkan Wadi." Fattah mengangguk perlahan kemudian dia terus menunggang motornya dan pulang ke rumah.

Tak kuat kaki Wadi berjalan, dia terjatuh di depan Puan Neeta. Puan Neeta juga turut terjatuh duduk di hadapan anaknya. Sayu hati Puan Neeta melihat anaknya seperti ini.

Dia mengangkat muka anaknya yang dari tadi membenamkan wajah dibahunya. Puan Neeta usap muka Wadi yang tak berperasaan. Hujan semakin lebat, kedua baju mereka sudah basah.

"Cerita dekat mak Wadi apa yang jadi?" sedih dia melihat Wadi yang siang tadi ceria, tersenyum gembira tapi kini hilang semuanya.

"Wadi sakit mak. Sakit sangat..." jawab Wadi lemah. Kepalanya dia letakkan semula di bahu maknya.

"Cerita dekat mak sayang..." sebagai ibu dia risaukan anaknya. Hati ibu mana tak luruh kalau anaknya lemah tak bermaya. Rambut Wadi yang basah disebakkan kebelakang.

"Nama Wadi tak ada dalam doa dia..." Dia tak kuat untuk menahan air matanya keluar. Bahunya terhinjut-hinjut. Puan Neeta rasa bahunya basah bukan disebabkan hujan lagi tetapi air mata anaknya.

"Wadi sakit mak...Kenapa Wadi sakit mak?..." Dia memeluk Puan Neeta kuat, seperti tak mahu dilepaskan. Puan Neeta pun turut sama mengalirkan air mata. Dia membalas pelukan anaknya memberi semangat.

"Jangan macam ni nak..., cukup Wadi tahu yang mak sayangkan Wadi" belakang badan anaknya diusap lembut.

"Besar ke permintaan Wadi mak, sampai tuhan uji Wadi macam ni." Puan Neeta menggelengkan kepala.

"Wadi nak hidup bahagia dengan dia tapi sekarang...Wa...tsk...Wadi... mampu tengok dia bahagia.."

"Macam ni ke mak rasa waktu ayah tinggalkan mak?." Lagi banyak air mata Puan Neeta mengalir. Dia semahu-mahu taknak Wadi tahu pasal perkahwinan dia. Tak ada apa yang indah untuk dikenangkan lagi.

"Mari masuk Wadi..tak baik duduk luar lama-lama. Hujan lebat ni" Puan Neeta memaut lengan Wadi untuk berdiri. Dia memapah anaknya masuk ke dalam rumah.

Mereka menuju ke bilik air, Wadi duduk diam di mangkuk tandas. Puan Neeta menyiramkan badannya yang masih berbaju. Rambut Wadi disyampu seperti budak kecik.

Puan Neeta tak berhenti menangis, sedih dia melihat anaknya diam tak berkutik. Wadi biarkan sahaja rambutnya dicuci Puan Neeta.

Selesai sahaja Puan Neeta mencucikan rambut anaknya, dia keluar mencari tuala dan kain pelikat Wadi.

"Wadi mandi dulu, dah habis mandi keluar makan. Wadi nak makan apa?, mak masakkan untuk Wadi." Air matanya dihapuskan secepat mungkin, dia cuba beriak biasa dan tersenyum ke arah anaknya. Dia tak boleh bersedih sekali.

"Apa yang mak masak Wadi makan." Itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut Wadi.
Sejurus itu Puan Neeta tinggalkan Wadi di dalam bilik air. Pintu ditutup rapat biarkan Wadi mandi membersihkan diri. Dia berdoa yang Wadi tak buat benda bukan-bukan yang menjangkau pemikirannya.











Tiba-tiba syampu kepala😂
Sedih? boleh la.. Saya pernah cakap yang Fazril bahagia tapi saya tak cakap Wadi bahagia. Hahahahaha. So chapter lepas ni semua sedih-sedih...Jangan marah memang plot cerita sebegitu rupa hahaha🕊🌹

Comment