Bab 32

Dhian memerhati sahaja Hazreen yang duduk di bawah pondok kayu di halaman rumah Opah Som. Sejak petang tadi Hazreen langsung tak mahu bercakap dengan dia. Kalau ditanya jawab sepatah sahaja atau diam tak jawab langsung. Hari sudah malam dia masih duduk di luar dengan bertemankan lampu pelita ayam.

"Dhian!" Opah Som memanggil nama cucu menantunya sambil berjalan menuju ke gadis itu yang sedari dari tadi mengintai sesuatu di luar jendela. Opah Som yang terbongkok-bongkok membawa secawan kopi sudah berdiri di sebelah Dhian. Kain langsir diselakkan ke tepi.

Dilihatnya Hazreen masih duduk di pondok kayu dengan kakinya digoyangkan ke depan ke belakang. Opah Som memusingkan kepalanya melihat wajah Dhian semula yang penuh rasa kesal. Mesti ada sesuatu yang terjadi antara mereka berdua. Tapi bukan urusan dia untuk mengetahuinya.

"Nah pergi bagi kopi ni dekat dia, Man mintak opah buat tadi." Cawan kopi itu dihulurkan kepada Dhian. Dhian hanya menyambut huluran Opah Som dengan penuh berhati-hati.

"Opah masuk tidur dulu. Jangan lama sangat merajuknya, tak baik suami isteri bermasam muka." Nasihat Opah Som sebelum dia beredar memboloskan diri masuk ke dalam biliknya. Biar suami isteri itu selesaikan masalah mereka.

Dhian mengaturkan langkah untuk menghantar kopi ke arah Hazreen. Tangga rumah dituruni satu persatu sebelum selipar disarungnya. Suasana malam sejuk bertemani pula dengan bunyi cengkerik. Hanya satu lampu jalan sahaja yang menyinari, disebabkan rumah Opah Som dihujung kampung.

Dhian sudah menghampiri Hazreen yang masih duduk seraya tangannya bersilang di dada. Perlahan-lahan Dhian mengambil tempat untuk duduk di sebelah suaminya.

"Nah, untuk abang." Hazreen yang perasan akan huluran itu, terus menyambut kopi yang dihulurkan Dhian. Wajah Dhian langsung tidak dipandangnya. Air kopi yang panas itu ditiup lalu dihirup sedikit. Diletaknya cawan kopi itu disebelah kanan.

"Abang marah Dhian lagi?." Tanya Dhian ragu-ragu walaupun dia sudah tahu suaminya diam disebabkan dia.

"Hmm" balas Hazreen ringkas.

"Abang Dhian minta maaf." Lengan kekar Hazreen dipaut erat. Badannya mula mengesot ke tepi mendekatkan lagi jarak kedudukan mereka.

"Apa salah Dhian?" soal Hazreen. Dahi Hazreen sudah berkerut, terjongket sikit keningnya. Sekilas dia pandang Dhian di tepi.

"Sebab Dhian puji Fattah depan abang tadi." Dhian akui salahnya yang puji lelaki lain didepan suami sendiri. Dia menganggap itu satu gurauan tapi Hazreen mengambil serius.

"Dhian rasa abang diam sebab apa?." Soalan yang ditanya Hazreen membuat Dhian berfikir sejenak. Sebab apa lagi kalau diam tak nak bercakap dengan pasangan mesti tak lain tak bukan sebab merajuk.

"Erk...abang merajuk?" teka Dhian. Dia hanya meneka sahaja, selalunya macam itu gaya pasangan bercinta. Kalau pasangannya diam tanda merajuk mesti sebab pasangan lagi satu buat masalah.

"Abang dengar orang tu suka lelaki pendiam" perli Hazreen. Kopi yang berada ditepi diambil semula lalu dihirupnya buat kali kedua. Agak suam dari tadi.

"Tapi Dhian tak suka abang diam. Dhian suka abang usik Dhian, kacau Dhian, bercakap dengan Dhian. Bukan macam ni." Hidungnya digesel-gesel di biceps Hazreen.

"Lepastu orang tu ada cakap tak suka lelaki banyak cakap sakit kepala otak nak melayan." Hazreen mengulangi ayat yang diutarakan Dhian petang tadi. Hazreen mula bimbang tatkala dia mendengar bunyi esakkan seseorang. Jangan pula ada yang malam-malam menangis, sudah la di kampung.

Dia merasakan ada titisan jernih sudah jatuh di belakang tapak tangannya. Hazreen mengeluh tatkala dia sedar dia punca wanita itu menangis. Dagu gadis itu ditolak naikkan ke atas separas dengan mukanya. Tubir mata itu sudah banjir dengan air mata.

"Anything to say my lady?."

"DHIAN...TSK...MINTAK MAAF TSK...HUAARRGHH DHIAN TAHU DHIAN SALAH...DHIAN DOSA DENGAN ABANG TSKK...DHIAN TAK SUKA ABANG LAYAN DHIAN MACAM TU....TSK...TSK DHIAN TAHU SALAH DHIAN HUARRRGH DHIAN NAK MAAF..." Tersenyum lebar Hazreen melihat muka Dhian meraung ingin meminta maaf darinya. Badan kecil itu dibawa ke dakapannya. Diusap perlahan belakang Dhian untuk menenangkan gadis itu. Itu baru sikit dah nangis, tak sampai beberapa jam dia diam dengan Dhian dah jadi begini.

"Shh... abang maafkan sudah jangan nangis." Pipi tembam Dhian yang sudah basah dilapnya lalu sekilas dia mencium dua belah pipi tersebut. Dhian yang malu menangis di depan Hazreen terus membenamkan semula mukanya di dada Hazreen.

"Cantik Dhian pakai baju ni." Puji Hazreen dengan pemakaian Dhian pada malam ini. Baju kedah dan kain batik kelihatan ayu sahaja.

"Opah tsk... bagi ada tsk...tsk... lebih opah jahit." Tangisannya tidak reda lagi tapi sudah berkurangan daripada tadi.

"Cantik nampak ayu, abang suka." Hazreen lebih tertarik dengan perempuan ayu seperti Dhian. Dia lagi suka perempuan zaman dahulu yang bersopan santun baju masih menutupi semua badan. Bukan wanita zaman sekarang, kalau boleh semuanya nak ditayang.

"Shasheh..." Hazreen senyum senget dengar balasan Dhian. Nasib baik dia faham yang Dhian mengucap terima kasih atas pujiannya tadi.

"Abang!."

"Ye."

"Dhian nak tanya sikit boleh?." Hazreen hanya mengangguk kecil. Senyuman manis ditayang kepada Hazreen.

"Sejak bila abang jadi pemain motogp?." Dhian tahu yang suaminya minat sukan bermotor tapi umur berapa dia sudah menjadi pemain motogp negara.

"Abang tak ingat sangat, tapi boleh dikatakan usia remaja. Waktu dah nak SPM ke lepas?. Entah dah lama sangat." Bahu tegap itu diangkat bererti dia tidak ingat sudah lama benda itu berlalu banyak sangat perkara yang terjadi dalam hidupnya.

"Ouh, gaji pemain motogp berapa bang?." Rasanya Hazreen hanya ada satu pekerjaan sahaja tak ada pulak dia lihat Hazreen bekerja di tempat lain.

"Kenapa tanya?" soalan dibalas dengan soalan. Tangan Dhian diusapnya dengan penuh kasih sayang.

"Saje nak tahu sebab Dhian tengok abang takde kerja lain, main motor je lepastu tiba-tiba dapat beli kereta mahal sebijik. Itu yang Dhian tertanya." Pelik dia Hazreen hanya turun training itu pun bukan setiap hari. Kerja suaminya bukan macam kerja pejabat yang pergi pagi balik petang tetapi dapat beli kereta Range Rover. Atau Hazreen ada dua kerja tetapi satu kerja dirahsiakan darinya.

"Cuba Dhian kira kalau 1 juta euro tukar kepada duit Malaysia." Main kira-kita tengah malam baru nampak cerdik.

"Ok banyak" Bukannya dia kira tapi dia fikir secara logik mesti duit Malaysia lagi mahal disebabkan kejatuhan nilai ringgit Malaysia.

"Kalau pemain itu dapat tempat pertama gaji dia akan bertambah lagi tinggi daripada pemain yang lain." terang Hazreen. Dia lihat muka Dhian seakan nak percaya sahaja cerita dia.

"Ok, then?."

"Setiap kali abang turun game mesti abang menang jadinya duit ga..."

"BERLAGAK GILA!" tak sempat Hazreen menerangkan lagi ayatnya sudah dipotong Dhian. Tersengih Dhian bila tersedar dia sudah terlepas cakap. Ingat nak cakap perlahan terkuat pulak. Hazreen sudah buat muka pasrah lalu dia sambung balik ayatnya.

"Jadi gaji abang boleh makan sampai berpuluh juta sebab abang pemain motogp yang terkenal diseluruh negara dan selalu menang setiap pertandingan. Understand." Ternganga mulut Dhian apabila dengar berpuluh juta yang suaminya dapat kalau menang setiap pertandingan. Mulut Dhian yang ternganga ditutup Hazreen menggunakan tangannya.

"Haritu yang mat salleh itu apa nama dia?" ujar Dhian yang masih ingat lagi peristiwa dimana dia ditegur oleh Kian.

"Kian Hudson dia musuh abang." Jelas Hazreen cawan kopi itu diambil, dihirup lagi saki baki yang tinggal.

"Kenapa boleh bermusuh?" tanya Dhian sambil dahinya sudah berkerut pelik. Apa yang terjadi antara suaminya dengan Kian sampai boleh bermusuhan.

"Kian juara terunggul satu tika dulu tapi bila abang ada, status juaranya berpindah dekat abang. Dia bencikan abang sebab dia kata abang ambik hak dia. Kian pernah tuduh abang main tipu dalam satu pertandingan dulu. Dia cuba jatuhkan abang waktu game macam tolak motor abang, nak bagi abang jatuh. Tapi semuanya yang dia buat semua tak berhasil." panjang lebar Hazreen menceritakan kepada Dhian.

"Abang Khai tahu?."

"Khai tahu tapi dia buat tak nak ambik tahu. Khai cakap Kian macam budak kecik tak boleh terima kekalahan. Dia tak suka cakap dengan orang yang berperangai tak matang kecuali Yan." Tergelak Hazreen dihujung ayat. Macam mana dia boleh kawan dengan Yan yang tak matang itu.

Pak

"Abang banyak nyamuk la dekat sini..." Kaki betisnya digaru. Hazreen hanya memandang sepi sahaja Dhian yang sedang menggaru betis.

"Nyamuk kecik je tu. Abang pernah jumpa nyamuk lagi besar" kata Hazreen sambil mendepakan tangannya nak menunjukkan besar mana yang dimaksudkan.

"Dekat mana?." Ada ke nyamuk besar setahu dia nyamuk semua kecil.

"Tak payah nak tahu sangat, nanti dia gigit Dhian bahaya." Matanya meliar kiri kanan takut ada nyamuk yang mahu menggigitnya pula.

"Bahaya macam boleh demam denggi ke bang?." Sungguh dia nak tahu tentang nyamuk itu. Macam mana rupanya kalau dah besar mesti ada dekat luar negara.

"Eh bukan setakat demam denggi, demam urat, sakit belakang, lutut, muntah-muntah pun ye jugak" temberang Hazreen. Kelakar sungguh kalau isterinya percaya. Hampir tergelak dia melihat wajah polos Dhian mempercayai kata-katanya tadi.

Dhian yang sudah faham akan maksud ayat suaminya terus memandang tajam ke arah Hazreen yang sudah menutup mulut menahan gelak. Nampak sangat Hazreen menipunya.

"Banyak la abang." Dhian sudah mengangkat punggungnya ingin beredar. Kalau dia ada disini lagi makin sakan Hazreen mentertawakannya disebabkan dia hampir percaya kata-kata suaminya tadi.

"Dhian nak pergi mana?" soal Hazreen yang lihat Dhian ingin meninggalkannya. Haih dia baru nak bersembang dengan Dhian lagi pasal nyamuk.

"Nak masuk, Dhian nak jinakkan nyamuk tu. Abang nak teman?" Dhian mengukir senyuman nakal. Hazreen yang berhenti ketawa sudah tercengang pelik jadi bodoh sekejap.

"Taknak?." Ternganga luas Hazreen fikirkan ayat Dhian tadi. Isterinya tahu ke maksud nyamuk besar yang dia tipu tadi atau pura-pura tahu. Apa yang taknak?, apa yang nak dijinakkan?.

"Abang masuk teman Dhian tidur boleh?." Kakinya menghala semula ke arah Hazreen yang tercengang. Lambat betul suaminya berfikir, dia sudah berdiri betul-betul depan Hazreen. Dhian membongkokkan sedikit badannya. Hidung mereka hampir berlaga, mata bundar Dhian memandang tepat mata hitam pekat Hazreen.

"Taknak jugak?. Jom la teman Dhian tidur nanti abang boleh dapat hadiah..." Bisik Dhian sambil suaranya dibuatkan menggoda ditelinga Hazreen. Hazreen sudah menelan air liur apa yang dimaksudkan Dhian 'hadiah'.

"Ha..hadiah?, Hadiah apa?." Dia sudah cuak dengan pandangan Dhian seakan memberi seribu satu makna. Air liur yang tersekat ditelan perlahan.

"Masuk dulu baru tahu cik abang sayang..." Bibir Hazreen disentuh lembut dengan jari runcingnya. Hazreen diam memerhati sahaja Dhian di depan mata, dia tak mengalihkan pandangan langsung dari melihat wajah isterinya. Lelaki itu seperti terpukau dengan tindakannya tadi.

"Jangan nak goda abang Dhian" amaran keras dilontarkan Hazreen. Matanya sudah terkatup rapat tak mahu memandang mata gadis itu. Dia sudah beristighfar banyak kali di dalam hati.

"Okay, peluang hanya sekali." Dhian beredar meninggalkan Hazreen yang masih duduk di pondok kayu. Niat di hati nak melaksanakan tanggungjawab dia sebagai isteri tapi kalau suaminya tak mahu nak buat macam mana. Mungkin Hazreen tak bersedia lagi.

Hazreen menghembuskan nafasnya tanda lega Dhian sudah beredar. Dia tak percaya yang Dhian berani menggodanya di luar rumah. Ini kalau orang nampak buat malu je. Dia mahu tapi dia malu dengan Dhian.

Dhian yang sudah sampai ditangga baru sahaja menanggalkan selipar dia dapat rasakan dirinya terapung di udara. Terjerit kecil, dia tatkala melihat Hazreen sudah mencempungnya untuk menaiki tangga. Buat terkejut orang, kalau dia terjerit kuat tadi buat bising orang semua nak tidur.

"Orang tua kata rezeki jangan ditolak, orang dah bagi kita kena ambik." Dhian menepuk dada Hazreen ada saje nak membuat pipinya merah. Hazreen membawa Dhian masuk ke dalam bilik mereka lalu diletakkanya perlahan tubuh kecil itu di atas katil. Dia berlalu menutup pintu rumah dan masuk semula ke bilik dan mengunci pintu bilik.

Hazreen lihat Dhian sudah baring di atas katil, lalu dia membawa diri untuk baring di sebelah Dhian. Mata bundar itu tertutup tatkala bibir Hazreen mencium ubun-ubun dahinya.

"Dhian abang punya, selamanya abang punya." Bibir munggil dicium sekilas lalu tangannya mencapai selimut dan membawa ke atas sehingga menutupi badan mereka. Beradu mereka membina cinta sejati di malam hari...

Part gaji motogp saya faham yang tu sahaja. Kalau betul-betul gaji pemain motogp di Malaysia saya tak pasti. Ok sekian terima kasih.🕊🌹

Comment