Bab 60

"EEAARRGGHHH......"

Jeritan Dhian membuat mereka bertiga senyap di ruang menunggu. Yan, Wadi dan Fattah setia menunggu di luar bilik bersalin. Dhian terpaksa bersalin beberapa minggu awal dari jangkaan doktor.

Hazreen yang baru sampai meluru terus ke arah lelaki yang bernama Haiyan. Mukanya bengis seperti mahu terkam jasad lelaki itu. Pandangan orang sekeliling langsung dia tak hiraukan.

Wadi cuba menghalang laluan Hazreen tapi sepantas kilat Hazreen menolaknya, seseorang perlu kawal dia sekarang. Lelaki itu seperti di luar kawalan. Khai dibelakang penat mengejar langkah besar Hazreen.

Yan tak usah cerita, sudah takut berselindung di belakang Fattah. Dia tahu lelaki itu akan mengamuk. Tiada siapa yang boleh kawal baran Hazreen kalau sudah tiba masanya.

Mata Hazreen menikam tajam muka babyface Haiyan. Baju t-shirt Yan digenggam kuat sebelum dia menghadiahkan satu tumbukan yang padu di pipi kanan Haiyan. Tersungkur Yan di lantai hospital.

Fattah cepat mendapatkan Yan yang terjatuh ke belakang. Yan dapat rasakan ada cecair merah yang mengalir keluar dari hidungnya. Fattah cemas bila darah yang mengalir di hidung Yan tak henti-henti keluar.

Fattah mengeluarkan sapu tangannya dan dihulurkan kepada Yan. Dia pusing melihat Hazreen sudah mengetap rahangnya. Dada lelaki itu turun naik menahan amarah yang lama menggunung disebabkan Yan.

"Patutnya dari dulu lagi aku bagi!." Wadi dan Khai menahan kedua-dua bahu Hazreen. Mereka tak mahu Hazreen melepaskan tumbukan kali kedua. Lagi pula mereka semua di tempat awam.

"Dah la tu Man dekat hospital ni" tegur Khai. Kalau nak ikutkan marah memang sampai ke sudah tak habis.

"Dah apanya Khai?!, bangsat ni memang dari dulu nak kena dengan aku!!." Tempik Hazreen. Wadi dah mengurut dada Hazreen suruh bertenang.

"Aku minta maaf." Yan sudah pun berdiri. Dia akui semuanya berpunca dari dia. Kemalangan itu tadi terjadi dalam sekelip mata.

"Maaf kepala hotak kau maaf!!, Dhian hampir gugur sebabkan kau tahu!!." Wadi dah ceritakan semuanya tentang apa yang terjadi.

Ketika itu Khai dan Hazreen baru lepas cek bagasi masing-masing mereka di lapangan terbang. Dapat pula panggilan tentang isterinya terpaksa dihantarkan ke hospital akibat terjatuh.

Hazreen tak tunggu masa dia terus mengoyakkan tiket flight dia dan berlari menuju ke parking kereta. Dia harus pulang ke kampung dengan kadar segera.

"Bukan aku yang tolak Dhian, perempuan tu yang tolak." Yan cuba membela dirinya. Masing-masing semua tak tahu siapa perempuan itu. Tahu-tahu saje Dhian sudah terjatuh.

"Kalau kau tak menggatal dengan betina tu, dia tak salah faham dengan Dhian lah!!" Hazreen cuba menghampiri Yan tapi dadanya ditahan Wadi.

"Semua berpunca dari kau!!!" Fattah beredar tidak jauh dari mereka. Dia tak suka dengar kawannya bergaduh. Dhian masih lagi di dalam. Fattah cuba mengintai dari luar tapi tak nampak apa-apa.

"Kau tak boleh nak salahkan aku sorang." Yan taknak dia sorang saje yang tanggung semua benda. Waktu itu semua orang tak jaga Dhian betul-betul. Hazreen tak boleh tunding jari dekat dia sahaja.

"DAH TU KAU NAK SALAHKAN SAPE?!!, ANAK AKU?!!!" geram betul Hazreen dengan Yan. Lelaki itu sudah mencebik apa lagi salah dia, semua tak kena di mata Hazreen.

"Eh kau tak payah buat muka macam tu lah, menyampah betul aku tengok." Dia tengok muka Yan rasa macam mintak penyepak. Hazreen berura-ura untuk melepaskan tumbukan kali kedua tapi badannya di tahan kuat oleh Wadi dan Khai. Payah jugak mereka berdua nak tahan Hazreen ni.

"Encik semua boleh tolong senyap sikit tak?!!. Ini hospital kalau encik semua nak bergaduh sila keluar. Ganggu pesakit lain nanti." Ujar seorang nurse perempuan yang berdiri di belakang mereka.

"Mintak maaf nurse, kawan saya ni risaukan isteri dia dekat dalam. Saya mintak maaf." Khai memohon maaf kepada nurse perempuan itu. Tengok saje Khai menundukkan kepala ke arahnya dia terus beredar dari situ.

"Dah lah Man Dhian dekat dalam tu.." Bahu Hazreen ditepuk Wadi perlahan. Kang kalau tepuk kuat dia jugak yang kena. Tak boleh ubah apa-apa pun, Dhian pun dah selamat sampai dekat hospital.

Hazreen ingin beredar dia perlu jumpa dengan isterinya. Semasa dia melintasi Yan, lelaki itu terima lagi satu tumbukan di pipi kiri. Kembali semula Yan jatuh ke lantai hospital. Khai dan Wadi macam menyesal lepaskan Hazreen tadi kalau tahu dia nak tumbuk lagi.

"Dhian abang ni, bukak pintu sayang!.." Hazreen mengetuk pintu bilik bersalin itu. Dia buat macam rumah pulak panggil macam gitu je. Terjongket-jongket kaki Hazreen mengintai keadaan di dalam bilik itu.

"Selamba badak kau je kan?. Dhian tu tengah bersalin kat dalam, kau panggil pun dia takkan sahut." Khai ingat Hazreen nak jadi bapak budak berubah lah sikit perangai tapi sama. Macam lagi teruk je bebal dia tu.

"Eh sape suruh kau bangun kau baring balik!.." Jari telunjuk Hazreen menghala ke arah Yan yang sudah pun bangun dari terjatuh tadi. Khai menahan Hazreen buat kali ke berapa dia tak tahu, tapi sekarang Hazreen mahu menuju ke arah mereka bertiga. Lagi tepat ke arah Yan.

"Fattah..." Yan berlari berselindung di belakang Fattah. Fattah pula mendepakan tangan melindungi Yan. Pada masa yang sama, pintu bilik bersalin terbuka dari dalam. Seorang doktor perempuan baru keluar dari bilik tersebut.

"Siapa dekat sini suami Puan Dhian?" soal doktor perempuan itu, matanya menghala ke arah lima jejaka tersebut. Kesemuanya berpaling menghadap doktor perempuan itu.

"Saya. Mana isteri saya?, Dhian ok kan?, Dinda saya sihatkan doktor?." Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Hazreen. Satu pun doktor tu tak sempat nak jawab malah mampu tersenyum sahaja.

"Kami pihak hospital terpaksa keluarkan baby awal disebabkan ada berlakunya pertumpahan darah yang sangat banyak."Dia tak kisah pasal baby dia nak tahu isterinya ok ke tak?. Muka doktor pun serius lagi bertambah kerisauan Hazreen.

"Tapi encik jangan risau baby selamat." Tak lega hati Hazreen dengar khabar itu saje. Dia nak tahu pasal Dhian.

"Isteri saya?."

"Tak."

Hampir luruh hati Hazreen dengar khabar tentang isterinya. Air matanya mula bergenang, dia tiada di sisi Dhian saat wanita itu berperang dengan nyawa. Hazreen meraup muka sungguh dia kesal.

"Tak mungkin saya biarkan isteri encik begitu saje. Dia ada dekat dalam, encik boleh masuk." Dengar saje jawapan positif dari doktor perempuan itu Hazreen terus mengukir senyuman lebar.

Dia sapu air matanya yang bergenang. Nasib baik dia tak menangis, buat malu je kawan-kawannya nampak. Dah lah mereka semua ada di sini. Doktor perempuan itu meminta diri selepas semua jururawat selesai mengemas.

Hazreen menolak pintu bilik itu dengan kasar. Wadi dan yang lain hanya tunggu di luar. Hazreen mencari kelibat isterinya, matanya tertancap ke arah Dhian yang tersenyum manis menjenguk kepalanya di baby cot itu.

Perlahan-lahan Hazreen mengorak langkah mendekati Dhian. Anak kecil mereka sedang lena tidur di dalam baby cot bersebelahan dengan katil Dhian. Kepala Dhian automatik berpaling melihat Hazreen yang sudah ada di depannya sekarang.

"Abang?." Kening Dhian ternaik sedikit bila Hazreen menghampirinya. Sudah pulak tu diam berdiri macam tugu negara. Hazreen diam memerhati Dhian, entah kenapa lidahnya kelu melihat isterinya.

Lututnya terasa lemah lalu terus duduk di birai katil. Hazreen menjatuhkan kepalanya di bahu kiri Dhian. Berkerut dahi Dhian bila dia dapat rasakan baju hospital di bahu kirinya basah.

"Abang kenapa ni?..." Hazreen membawa Dhian dekat dengannya. Tubuh kecil isterinya dipeluk erat seperti enggan dilepas. Pelik Dhian dibuatnya, tiba-tiba sahaja suaminya menangis. Belakang rambut Hazreen diusap lembut.

Dhian cuba menolak badan Hazreen perlahan. Dia mahu lihat dengan jelas muka suaminya. Tapi malangnya Hazreen mengeratkan lagi pelukan mereka.Dhian senyum pasrah, dia biarkan saje Hazreen memeluknya.

"Abang sayang Dhian." Tersedu sedan Hazreen meluahkan perasaan kepada isterinya. Entah kenapa dia berasa sebak. Mungkin sebab wanita didepannya ini sanggup melahirkan zuriatnya.

Dia kembali kepada posisi asal. Hazreen mengelap kelopak matanya. Nangis depan Dhian takpe jangan depan kawannya. Jari runcing Dhian mengenggam erat tangan kasar Hazreen.

"Mana anak kita?." Sejak masuk tadi dia tertumpu dengan isterinya sahaja sampai terlupa tentang anaknya. Dhian menjuihkan bibirnya menghala ke baby cot disebelahnya.

Hazreen bangun pergi ke tempat dimana anaknya berada. Bayi kecil itu diangkat perlahan-lahan sebelum dia memandang pelik ke arah Dhian dan kembali semula ke anaknya.

"Kenapa anak kita kecik je?, waktu mengandung Dhian banyak jugak makan." Dhian terus buat muka. Ada yang kena hempuk jugak Hazreen ni. Lelaki itu ketawa sebelum dia meminta diri untuk azankan anaknya.

----------------------------------------------------------

Wadi baru lepas melawat Dhian. Semua ahli keluarganya masih lagi di dalam, dia meminta diri untuk keluar terlebih dahulu. Wadi mencari susuk tubuh Hazreen tiada pula bersama mereka tadi. Bila dia jumpa rupanya Hazreen sedang mengisi nama anaknya di kaunter.

"Apa yang lama sangat fikir nama anak?." Tak siap lagi Hazreen ni mengisi nama untuk anaknya. Dari mula keluarganya datang tadi sampai sekarang tak selesai lagi.

"Ish aku mana reti. Dhian dah bagi, tinggal aku yang tak fikir lagi." Pen ditangannya dipusing-pusingkan. Haritu Dhian suruh cari tapi dia yang malas. Katanya awal lagi, nah sekarang dah bengap tak tahu nak isi apa.

Dia tahu letak nama kucing. Wadi mampu menggeleng kepala. Kalau dah namanya pemalas sampai ketua pun pemalas lagi.

Tak lama lepas itu, Puan Zatul dan Puan Neeta keluar dari wad Dhian. Dalisha dan suaminya pun turut ada sekali. Tidak lupa juga anak kecil mereka si comel Dahlia. Mereka semua meminta diri untuk pulang ke rumah.

Lepas habis siap isi nama anaknya, dia berlalu duduk dengan kawan-kawannya. Wadi ikut Hazreen dibelakang. Mereka berlima duduk di luar bilik wad Dhian. Hazreen mengambil tempat duduk disebelah Khai.

"Man, boss kata competition ditangguhkan." Beberapa minit yang lalu Khai menerima satu mesej daripada boss mereka tentang pertandingan mereka akan ditangguhkan.

"Bagus lah tu, aku nak jaga Dhian lagi. Kalau aku tak boleh pergi kau gantikan aku, Khai." Malas dia nak fikir pasal pertandingan, keluarganya lagi penting sekarang. Khai memusingkan badannya menghadap Hazreen.

"Kau percaya aku Man?." Teruja Khai bila dapat tahu Hazreen memberi sepenuh kepercayaan kepada dia. Jarang Hazreen nak bagi dia peluang.

"Aku cakap kalau aku tak boleh pergi." Berdecit Khai, pehanya ditepuk kuat. Melepas peluang dia kali ni untuk beraksi. Dia nak jugak dipandang hebat macam Hazreen, walapun dia selalu menang ditempat kedua.

"Aunty dengan Opah Som bila sampai?" tanya Wadi. Tak nampak pulak bayang Opah Som dan Puan Hizarah.

"Mama sampai malam, petang nanti aku ambik opah." Awal-awal lagi dia dah kena marah dengan mama, sebab mama orang yang paling last tahu Dhian dah bersalin. Naik bernanah telinganya bila mamanya membebel walaupun di dalam telefon.

"Ni asal korang semua ada dekat sini?." Lama betul kawannya ada di sini. Rasanya dah boleh balik.

"Nak tengok anak kau lah.." jawab Khai. Tadi mereka beri laluan ahli keluarga yang melawat dulu.

"Alah, tengok muka aku pun cukup. Muka kitaorang kan sama."

"Tengok muka kau buat apa, bukannya comel pun." Hazreen perhati sahaja Yan yang sedang menyilang kakinya. Geram saje dia melihat Yan.

"Bagi lah Dhian rehat dulu, lagi pun tadi baru je..." Kata-kata Hazreen terhenti bila mereka semua dengar satu bunyi yang aneh datang dari bilik Dhian.

Teeeett.......

"Itu macam bunyi..." ujar Yan sebelum kelima-lima mereka bergegas bangun dan terus serbu masuk ke dalam wad Dhian.

"Dhian!" panggil Hazreen. Bila dia dapati isterinya tengah memegang satu wayar panjang yang bersambung dengan mesin vital. Dhian lihat semua kawan Hazreen sudah ada di dalam biliknya.

"Ye?." Soal Dhian pelik. Dah kenapa semuanya ceroboh masuk bilik dia. Tambah pula muka masing-masing macam risaukan sesuatu. Nasib baik dia masih memakai tudung.

"Apa dinda ni?!!" marah Hazreen punya lah dia risau sampai tendang pintu tadi. Masuk je tengok Dhian sihat je, siap pegang wayar dan di atas pehanya telefon bimbit milik wanita itu.

"Apa?, Dhian nak cas telefon je. Mesin ni je yang bunyi lebih."

Sebenarnya bateri telefonnya sudah habis jadi dia perlu cas segera. Dia tak nampak mana soket melainkan soket yang sudah terpasang dengan mesin vital itu.

Jadi dia ambik keputusan untuk cabut wayar mesin itu dan gantikan dengan wayar telefon bimbitnya. Dhian terpaksa mencabutkan wayar itu perlahan-lahan. Tak tahu pulak mesin itu berbunyi kuat.

"Ni Puan Dhian Naura, atas kepala awak tu ada tempat soket, sibuk nak cabut benda alah ni." Jelas Hazreen. Benda senang ada dekat atas nak jugak cabut yang bawah.

"Nanti terjuntai phone Dhian tinggi sangat." Dia mana tahu ada soket di atas kepalanya.

Hazreen mengambil wayar telefon Dhian lalu dimasukkan ke dalam soket bahagian atas. Dhian tersengih-sengih apabila Hazreen memandangnya tajam. Wayar phone tu panjang boleh je sampai.

Wadi menghembuskan nafas lega, nasib baik tak jadi apa-apa. Fattah menggelengkan kepalanya sambil bibirnya mengukirkan senyuman.

"Nasib baik aku tak kahwin dengan dia" bisik Yan ditelinga Khai. Khai mengangguk tanda setuju. Tak sangka pula Hazreen dapat isteri lembab.

Saat itu Wadi memusingkan kepalanya sikit melihat dua kawannya itu. Dia dengar mereka berkata sesuatu tentang sepupunya.

"Takde pape, takde pape." Kecut perut dua ekor ni bila Wadi memandang mereka macam nak makan. Sayang betul dia dengan Dhian.

Hazreen panggil Yan suruh berdiri di sebelahnya. Takut-takut Yan bila Hazreen panggil dia. Mata Hazreen memberi isyarat kepada Yan.

"Dhian, aku mintak maaf pasal..." belum sempat Yan memohon maaf Dhian mencelah.

"Takpe, bukan salah Yan pun. Perempuan tu yang salah faham." Lebih baik dia habiskan drama tak berbayar ini segera. Malas dia nak panjangkan lagi isu ini. Yan tersenyum nipis, sebelum dia menjenguk sikit anak mereka yang di dalam baby cot.

"Comel anak kau, macam muka..." Yan sengaja lambatkan, hujung matanya melirik ke arah Hazreen sebelum dia melarikan matanya semula ke wajah Dhian.

"Macam muka kau jugak." Yan menerima satu tamparan di bahu kanannya. Ingat Hazreen bodoh tak tahu Yan perli dia.

Fattah membuat bahasa isyarat meminta izin untuk mendukung anak kecil itu. Dhian membenarkan Fattah mendukung anaknya yang lena tidur.

Perlahan-lahan Fattah membawa tubuh kecil itu rapat ke dada bidangnya. Geli dia bila badan itu masih lembik. Dia membawa anak itu ke tepi. Wadi, Khai dan Yan mula berkerumun mengelilingi Fattah. Mereka nak jugak tengok baby Hazreen secara dekat.

"Apa nama anak kita?" tanya Dhian. Dia tak tahu lagi nama yang Hazreen letak untuk anak mereka. Hazreen memandang tepat ke dalam anak mata Dhian, sebelum dia usap kepala Dhian.

"Dhaneeq Hirzan." Nama anak sulung mereka dari gabungan huruf depan nama Dhian dan nama Hazreen. Lama jugak dia fikir nama tadi. Hazreen membongkok sikit badannya, mukanya dirapatkan dengan muka isterinya. Pipi Dhian dikucup perlahan.

"Terima Kasih" ucap Hazreen perlahan di telinga Dhian.

"Sebab?."

"Sanggup lahirkan anak abang." Tak tahu bagaimana dia nak balas lagi. Cukup besar pengorbanan seorang ibu dan isteri.

"Sakit tahu tak!." Bagai nak putus nyawanya melahirkan anak mereka. Tergelak Hazreen dengan kecomelan Dhian. Kepala Dhian diusapnya lagi.






















Cik Adik jangan lah risau, kan saya dah janji cerita ni happy ending.🕊️🌹

Comment