Bab 52

Selesai Opah Som memindahkan lauk ke dalam mangkuk, Dhian pula mengambilnya dan letak di atas meja. Mereka sudah siap untuk makan malam.
Mereka berdua sudah mengambil tempat duduk masing-masing.

"Man mana, Dhian?" soal Opah Som.

"Ada dekat dalam bilik, tengah pakai baju" jawab Dhian. Lepas Asar baru Hazreen balik ke rumah. Punya lah lama dia mintak tolong dengan Khai.

Beberapa minit kemudian, Hazreen munculkan diri dan duduk ditengah-tengah diantara Opah Som dan Dhian. Tuala yang terjuntai di atas kepala dibiarkan, menutup rambutnya yang basah.

"Letak tuala tu ke tepi dulu Man" ujar Opah Som. Hazreen akur lalu menyidaikan tuala itu di tempat penyandar kerusi. Dhian tersenyum sebelum dia mengisi nasi di dalam pinggan.

Hazreen diam melihat saje gerak geri Dhian yang tengah mengisikan lauk ke dalam pinggannya. Sesudah itu, Dhian meletakkan pinggan tadi di depan suaminya.

Habis membaca doa, Dhian dan Opah Som mula menjamah nasi kecuali Hazreen. Dia masih statik memandang nasi di dalam pinggannya.

"Kenyang ke tengok nasi je?" tegur Opah Som. Orang dah makan boleh pulak cucunya tenung tengok nasi tu lama-lama, bukan boleh tukar jadi beras pun.

"Man nak suap.." pinta Hazreen. Mencebik Opah Som dengar permintaan Hazreen. Ada je benda nak bagi dia jealous.

"Mari sini Dhian suapkan." Senyuman manis dilemparkan kepada Hazreen seraya tangannya mencapai pinggan suaminya. Dia menggaul semua lauk tadi dengan nasi. Kemudian dia mengambil sedikit nasi menggunakan tangannya lalu disuakan di mulut Hazreen.

"Opah." Panggil Hazreen.

"Man nak opah suapkan." Tersedak Opah Som dengar permintaan gila Hazreen. Laju dia menghirup air yang berada di sebelahnya.

"Dhian kan ada." Waktu kecik boleh lah disuapkan ni dah besar macam gajah nak suapkan jugak. Melampau. Berubah muka Dhian bila Hazreen menolak tangannya. Walaupun lembut tapi tetap Dhian terasa.

"Nak Opah jugak" rungut Hazreen. Bibirnya memuncung memandang Opah Som.

"Malas." Itu sahaja balasan dari Opah Som.

"Kalau opah taknak suap, Man taknak makan." Dia berura-ura mahu bangun tapi Dhian terlebih dahulu bersuara.

"Nah opah." Dhian menghadiahkan senyuman manis ke arah Opah Som, pinggan Hazreen tadi dihulurkan kepada orang tua itu. Lambat laun Opah Som mencapai juga, dia menjeling ke arah Hazreen. Lelaki itu duduk semula di tempatnya.

Hazreen bangga akhirnya dia dapat juga suapan dari opahnya. Berselera sungguh Hazreen makan. Opah Som pasrah tak pasal dia nak kena suap cucunya yang pura-pura kudung ni.

"Sikit je makan Dhian" tegur Opah Som, dia melihat Dhian sudah berlalu menuju ke sinki. Berapa suap je tadi dia perasan Dhian makan.

"Dhian dah kenyang" balas Dhian. Sebenarnya dia tak mahu berlama di sini, kecewa hati dia saat ingat semula Hazreen menolak tangannya. Pinggan yang diguna tadi dicuci dan diletakkan ke tepi.

Dhian meminta diri untuk ke masuk ke dalam bilik. Hazreen menghantar pemergian isterinya dengan perasaan serba salah. Mulutnya masih mengunyah nasi tadi.

"Adoii...opah..." adu Hazreen apabila dirasakan lengannya dicubit kuat oleh Opah Som.

"Bagus sangat buat isteri macam tu?!." Merajuk Hazreen macam budak-budak. Sakit pulak hati dia.

"Dhian buat Man boleh pulak." Jawab Hazreen. Asyik perempuan je merajuk lebih-lebih dia pun nak jugak.

"Tolong lah Man jangan buat perangai macam budak-budak" rayu Opah Som. Penat tahu tak dia tengok Dhian tak habis-habis murung. Mungkin sebab menyesal dengan tindakannya tapi cucunya ditambah-tambah lagi. Asyik mengelak saje dengan isteri.

"Dan opah pun tolong la suap cepat, Man lapar." Bebel je orang tua ni. Dia tahu la apa yang dia buat.

Opah Som menjegilkkan matanya, pinggan yang dipegang tadi diletakkan semula di depan Hazreen.

"Makan sendiri. Tak payah nak mengada sangat." Opah Som menggaulkan nasi di dalam pinggannya semula lalu dibawa masuk ke dalam mulut. Sakit hati borak dengan Hazreen.

Tak lama mereka berdua makan malam, Hazreen pun masuk ke dalam bilik. Tombol pintu dipulas dan terlihat Dhian yang tertunduk sambil duduk di birai katil. Dia masuk baru gadis itu mengangkat muka.

Hazreen menayangkan wajah kosong, dia ingatkan Dhian menangis baru nak pujuk tapi gadis itu biasa sahaja, dia pun sambung balik merajuknya.

Dhian memerhati sahaja Hazreen yang mengambil dua biji bantal. Hazreen sudah melekapkan tangannya di tombol pintu.

"Abang nak buat apa dengan bantal tu?" soal Dhian pelik.

"Tidur" jawab Hazreen.

"Abang nak tidur mana?." Dhian mengangkat punggungnya, berdiri di sebelah Hazreen di depan pintu.

"Luar" jawab Hazreen sepatah. Hazreen rasa lebih baik mereka berdua mengasingkan tempat tidur. Semalam boleh lagi tidur sekali sebab Dhian tidur dahulu dalam masa dia letih. Sekarang awal lagi takut dia bergaduh pula dengan Dhian dalam bilik nanti. Ini salah satu cara je untuk mengelakkan benda itu terjadi.

"Dhian macam mana?." Ini tak bagus sebab nanti Hazreen boleh tidur lena, dia tak boleh.

"Bukak pintu luas-luas nanti kalau ada apa-apa panggil je." Kalau apa-apa jadi senang dia masuk sahaja. Dia takde lah kejam sangat nak biarkan Dhian yang mengandung tidur sorang dalam bilik.

"Abang..." Dhian cuba memaut lengan Hazreen tapi lelaki itu pantas keluar dari bilik. Hazreen menuju ke ruang tamu, tak jauh sangat ruang tamu dengan biliknya. Bantal tadi diletakkan di atas sofa rotan lama itu.

Hazreen duduk seraya tangannya membetulkan bantal sebelum dia rasakan pehanya di duduk seseorang. Siapa lagi kalau bukan Dhian isterinya yang pendek malahkan berat.

"Sana Dhian abang nak baring ni." Pipinya berubah berona merah. Matanya dipejam rapat. Dia tak tahu nak bagi reaksi apa sekarang ini. Dia suka dalam masa sama sakit tapi kena in character.

"Dhian nak tidur dengan abang..." Biar lah dia nampak macam mengada sekarang ni, yang penting dia tidur dengan lena. Semalam lena sebab letih menunggu Hazreen.

"Abang taknak tidur dengan Dhian." Hazreen mula bersandar di kusyen. Jari-jemarinya perlahan memegang sikit hujung baju Dhian, takut-takut kalau Dhian terjatuh.

"Tipu." Ujar Dhian. Sebelum ni opah cerita Hazreen hampir menangis tak dapat tidur dengan dia.

"Ye,abang memang penipu."

"Abang..."

"Dhian abang letih, sana." Tak larat dia nak cakap kuat-kuat. Badannya sakit dari pagi sampai ke petang dia mintak tolong kawan-kawannya. Lepas Asar baru munculkan diri dekat rumah.

"Dhian bagitahu opah." Ugut Dhian. Dhian bangun dari terus duduk di atas peha Hazreen. Kakinya melangkah menuju ke bilik Opah Som.

Kalau cara macam tu tak jalan dia kena guna cara lain bagi Hazreen ni dengar cakap. Selalunya Hazreen akan takut dengan Puan Hizarah dan Opah Som sahaja.

"Pergi lah." Tubuh badannya dibaringkan. Kelakar Dhian mengadu dekat opah, apa je orang tua tu boleh buat. Dipejamkan matanya, penat nak tidur.

"Mana dia?, mana?..." Opah Som mengikat kain batiknya bagi kemas sebelum dia keluar dari bilik. Dhian mengadu dekat Opah Som yang Hazreen tak mahu tidur dengannya.

"Tu, tu opah" Jari telunjuk Dhian dihalakan dekat satu susuk tubuh yang tegap sedang baring di atas sofa rotan. Seronok Dhian bila Opah Som sudah hampir dekat dengan Hazreen.

Opah Som sudah berdiri di depan Hazreen yang elok baring pejamkan mata. Giginya diketap kuat sambil tangannya pula mengambil bantal yang ada dicelah kangkang Hazreen. Tanpa menunggu masa, lantas bantal itu dihempuknya di muka Hazreen.

"Ni makan dia!!, hambik kau, nah rasakan!!!." Ujar Opah Som tatkala bantal yang dipegang itu terkena badan Hazreen berkali-kali. Geram hati dia melihat perangai Hazreen macam budak kecik.

Hazreen melindungi diri menggunakan tangannya manakala Dhian di belakang orang tua itu hanya mentertawakan suaminya kena pukul dengan opah. Buat lagi perangai, padan muka.

"Opah..." rayu Hazreen. Tangannya masih bersilang melindungi diri.

"APA?!!!" jawab Opah Som garang. Dia berhenti memukul Hazreen. Dadanya naik turun menahan amarah yang menggunung dengan cucunya.

"Isshh, sakit tahu tak?.." Dia duduk dari pembaringan, di depannya sekarang terlihat Opah Som yang mencekak pinggang dengan tangannya sebelah memegang bantal. Muka Opah Som bengis, bebola mata menikam tepat ke arah Hazreen.

"Padan lah muka siapa suruh kamu taknak tidur dengan Dhian!!. Hah!!, bagus sangat lah tu suami isteri asing tempat tidur!" tengking Opah Som dengan suaranya yang nyaring. Biar kalau boleh satu rumah ni dengar suara dia.

Dhian di belakang sudah diam membatu, melihat bawah. Badannya dipusingkan ke kiri dan ke kanan. Biarkan sahaja Hazreen kena marah dengan opah, takde sikit pun rasa kesian.

"Penjarakan sosial kan? Covid ada lagi." Getus Hazreen sebelum badannya dihempuk lagi sekali dengan bantal.

"KEPALA HOTAK KAMU COVID!!." Bengang pulak Opah Som. Cucunya memang bodoh sejak azali, dari dulu lagi bagi alasan tak munasabah. Ada lagi ke musim Covid sekarang ni?.

"Opah ni, Man baru nak me time." Digarunya belakang rambutnya. Matanya mengerling seketika ke arah Dhian yang sedari tadi berdiri tegak sahaja.

"Kau ingat aku peduli dengan 'me time' kamu tu. Bangun tidur dalam bilik, buat sepah ruang tamu je nanti" arah Opah Som. Bahu Hazreen dicuit kasar.

"Tapi Man nak tengok MU pukul 3 pagi nanti" kata Hazreen. Memang dia bercadang nak tunggu perlawanan bola sepak. Alang-alang merajuk dengan Dhian tidur sekali dekat luar terus.

"Masuk teman Dhian tidur." Dhian di belakang sudah menjengketkan sikit kakinya. Dia tersenyum gembira dengan suruhan dari Opah Som itu.

"Tapi..."

"Masuk aku kata!." Tak sempat Hazreen memberi alasan, Opah Som terlebih dahulu memotong.

"Opah..." tersebek-sebek muka Hazreen tak dapat tengok bola.

"HAZREEN LUQMAN!!" jerkah Opah Som. Terhinjut bahu Dhian sikit mendengar nama panjang Hazreen disebut Opah Som. Sungguh menyeramkan, kalini betul-betul Opah Som tegas dengan Hazreen.

"Ye la.." kata Hazreen sebelum dia membawa diri masuk ke dalam bilik. Dhian mengikut langkah Hazreen dibelakang. Wajah Hazreen kelihatan muram manakala wajah Dhian ceria. Yeaaayy dapat tidur lena!!.

"Tapi opah Man peminat MU sejati, jadi..."

BAM!

Terkejut Hazreen apabila pintu di depannya dihempas kuat oleh Opah Som dari luar bilik. Baru beberapa saat mereka berdua masuk Opah Som sudah mengurung mereka di dalam dengan mengunci pintu bilik mereka.

"Kamu berdua duduk dalam bilik ni, subuh nanti baru aku bukak" kata Opah Som.

"Opah, kalau Man nak terkencing macam mana?" soal Hazreen. Sudah lah dia setiap malam memang ke bilik air melepaskan hajat.

"Cari botol." Jawab Opah Som. Sudah selesai dia mengunci pintu bilik mereka, dia pun masuk balik ke kamarnya. Ganggu saje dia nak berehat. Dhian di belakang Hazreen seronok mentertawakan suaminya.

Hazreen pusing ke belakang melihat gerangan isterinya yang sudah menutup mulut menggunakan tangan. Tersenyum-senyum Dhian bila ingatkan balik Hazreen kena marah macam budak-budak.

"Suka tengok abang kena marah dengan opah?." Mati terus senyuman Dhian, mata lelaki itu menikam anak matanya. Hazreen berlalu pergi ke arah katil dan duduk di birai katil.

Bantal yang tinggal satu dibawa ke tengah-tengah katil. Apa la nasib bantal tadi tertinggal di luar. Dia membetulkan bantal itu jadikan empuk. Dhian menghampiri katil dan duduk sambil badannya disandarkan di kepala katil.

"Kongsi bantal harini" ujar Hazreen sebelum dia baring membelakangi Dhian. Dhian pun turut baring bersebelahan dengan Hazreen. Dia perhati sahaja bidang badan lelaki itu dari belakang.

"Abang..." panggil Dhian. Baju t-shirt lelaki itu ditarik sikit.

"Tidur Dhian" potong Hazreen. Dia sudah memejamkan matanya. Dhian di belakang dia buat tak endah saje.

"Nak selimut?." Soal Dhian baik. Dia nampak Hazreen memeluk tubuhnya mungkin menahan diri dari kesejukan.

"Hmm" balas Hazreen.

Terus Dhian menyelimutkan tubuh kekar itu, panjang selimut itu tidak boleh menutupi dua orang. Jadi dia bagi sahaja selimut itu kepada Hazreen. Badan suaminya sudah lah besar memang cukup untuk dia sorang saje.

Dhian memusing membelakangi Hazreen. Tak tahu kenapa dia tiba-tiba mahu menangis. Mungkin layanan Hazreen dengan dia sekarang berbeza. Dhian pura-pura batuk untuk sembunyikan bunyi hidungnya yang tersumbat akibat menangis.

Kelopak matanya perlahan-lahan terkatup rapat sebelum dia merasakan selimut tadi menyelimuti badannya, kemudian ada tangan besar yang melingkar di pinggangnya.

Tertoleh sikit kepalanya melihat wajah Hazreen disembamkan di leher jinjangnya. Deruan nafas lelaki itu kuat menyentuh kulit putihnya.

"Abang?" panggil Dhian lagi sekali dengan wajah yang pelik. Kenapa pulak suaminya, tadi marah sangat.

"Ssshh...tidur je." Hazreen merapatkan lagi jurang jarak mereka. Tak sampai hati dia mendengar Dhian menangis. Lagi pula disebabkan dia. Beberapa minit lepas itu, mereka berdua dibuai mimpi bersama.





















Take note semua ✍🏻: Kalau gaduh suami isteri, tidur sebantal dan seselimut. Nanti kahwin try ye Cik Adik🕊️🌹

Comment