Bab 21

"Hanneef aku nak bagitahu kau yang aku suka sorang perempuan ni tau. Nama dia Dhian, aku rasa kan Neef aku dah tangkap cintan la dengan dia. Kau nak tahu aku jumpa dia dekat mana? Kau mesti terkejut punya. Dekat kubur, tadi pun baru aku jumpa dia." Hazreen duduk bersila sambil tangannya bergerak ke hadapan seakan-akan bersembang dengan seseorang. Sedangkan dia dekat sebelah pusara Hanneef.

"Tapi kan dia dah ada boyfriend." Sayu suara Hazreen mengingatkan kembali kenyataan yang tak mampu dia ubah. Dipandang batu nisan itu dengan pandangan redup. Kalau la Hanneef masih hidup dia tak perlu berpura-pura jaga Naura. Dia pula boleh lamar Dhian sekarang.

"Hanneef kalau aku tak tunaikan amanah kau tu kau tak kisah kan?" ternaik sikit keningnya. Tersengih dia seorang diri. Malas betul dia nak tunaikan amanah Hanneef itu. Kenapa dia kena jaga hati gadis yang dia tak cinta. Hanneef yang cintakan Naura bukan dia.

"Aku tahu kau sayang Naura kau suruh aku kahwin, jaga dia. Tapi aku suka Dhian.  Jadi sekarang aku dah buat keputusan yang aku nak lepaskan Naura lepastu aku lamar Dhian. Hati aku lagi penting. Kau nak marah kau marah la!" Kuat suara Hazreen tapi rasanya dia sorang je boleh dengar.

Pak!

Terkejut Hazreen apabila bahunya ditepuk dari belakang. Hampir terjatuh dia yang baru nak bangun daripada posisi duduknya tadi. Nasib baik kakinya sempat ditahan dari terjatuh.

Dia melihat seorang pakcik tua yang berjambang berwarna putih berdiri disebelahnya.

"Anak ni dah lama ke dekat sini?" tanya pakcik itu.

"Haah saya lama dah dekat sini. Ni saya baru nak beransur balik" jawab Hazreen segan silu. Dia teringat tadi yang dia hampir terjatuh. Kalau terjatuh la tadi mesti malu pakcik ni nampak.

"Bagus la kalau macam tu sebab pakcik nak tutup pintu pagar. Takut-takut kalau ada haiwan lain masuk." Terang pakcik itu. Dia ditugaskan untuk menjaga kawasan kubur ini.

"Ouh...faham kalau macam tu saya balik dulu. Assalamualaikum" ucapnya memberi salam sebelum kaki mengorak langkah ingin beredar.

"Kesian, muda lagi dah gila. Rindu sangat la tu dekat arwah" ujar pakcik itu. Dia menggelengkan kepalanya sebaik dia mengingatkan kembali bagaimana dia melihat Hazreen bercakap seorang diri di tepi kubur.

———————————————————

"Sudah la tu Fazril, lebih baik kamu fokus je kerja kamu. Ada jodoh tu nanti, percaya la cakap mak" risau dia melihat anak terunanya itu asyik termenung sahaja. Ditanya soalan sepatah je jawapan yang keluar.

"Fazril cintakan Naura mak."

"Mak tahu tapi apa kamu boleh buat. Dia dah taknak dekat kamu taakan kamu nak paksa dia suruh terima kamu." Mengeluh Puan Sariah di hujung ayat. Dia melihat Fazril sudah melabuhkan diri di atas sofa sambil mendongakkan kepalanya. Matanya dipejamkan rapat.

Puan Sariah mula duduk disebelah kanan Fazril. Dia menepuk perlahan peha anaknya lalu diusap lembut.

"Jangan seksa hati sendiri nak, jangan paksa orang lain untuk terima kita. Memang sakit dan perit yang kita tanggung sekarang. Tapi percaya la sakit ni taakan kita tanggung sampai ke mati kalau kita cuba ikhlaskan dan terima sahaja takdir yang tertulis." pujuk Puan Sariah. Fazril masih mendiamkan diri.

"Ibu, taknak Naura kahwin dengan Fazril sebab terpaksa. DAN KAMU JANGAN NAK BUAT BENDA BUKAN-BUKAN. KALAU KAMU BUAT BENDA TERKUTUK TU UNTUK DAPATKAN NAURA IBU TERAJANG KAMU KELUAR DARI RUMAH NI!!!" pesan Puan Sariah tegas. Dia tahu kalau anaknya ini tak dapat apa yang dia mahukan dia akan buat benda yang bukan-bukan. Kalau dia nak satu benda tu mesti dia cari jalan lain untuk dapatkan jugak.

Fazril yang dengar derapan langkah Puan Sariah sudah ke dapur terus membuka matanya. Dia masih ingat tuhan untuk buat benda terkutuk itu. Kalau dia buat sekalipun memang dia akui dia boleh dapatkan Naura dengan sekelip mata. Tetapi apa guna dia dapatkan jasad Naura sahaja bukan hatinya.

———————————————————

"Ma, kalau Man cakap ni Ma jangan marah tau." Matanya tertumpu kepada Puan Hizarah yang sibuk melayan drama melayu tv3. Langsung mamanya tak menoleh sikit ke arahnya.

"Man, rasa Man nak kahwin la Ma."

"MAMA SETUJU!!."

Terhinjut sikit bahu Hazreen mendengar mamanya yang setuju dengan ayatnya tadi. Awal lagi dah setuju tak menyempat betul. Semangat Puan Hizarah siapa la yang sudah memikat hati anak dia ni.

"SIAPA PEREMPUAN TU?. BAWAK MAMA JUMPA DIA. NANTI BOLEH MAMA LAMAR DIA TERUS. CANTIK MACAM MAMA TAK?. DIA SANGGUP KE TERIMA KAMU YANG PEMALAS NI?, MAN JAWAB LA!!." Terloncat mamanya meluru ke arah Hazreen diambil tempat duduk disebelah anak terunanya.

Sakit telinga Hazreen apabila mamanya menjerit kegembiraan dengan ayat yang dikatakan tadi. Tambah pulak digoncangkan tubuh Hazreen seperti inginkan jawapan daripada persoalannya.

"Sabar bagi la Man cakap dengan dia dulu. Nanti kalau dia setuju Man bagitahu mama terus." Dia perlu bincang dengan Dhian dulu. Kalau lamar terus, orangnya tak sudi buat malu je nanti.

"Cepat sikit!. Mama tak sabar." Ditepuk  kedua-dua belah tangannya. Tak sabar dia nak tengok anak dia kahwin.

Sejurus itu, Hazreen terus meminta izin masuk ke bilik nak menunaikan solat Isyak. Beberapa hari ni bayang Dhian selalu bermain difikirannya. Jadi dia berniat untuk berdoa kepada tuhan supaya memberinya petunjuk  betulkah jodohnya bersama Dhian.

"Ya Allah, sesungguhnya hati ini sudah terpaut dengan salah seorang hambamu. Jikalau benar la dia orangnya, engkau permudahkan la urusanku untuk menghalalkannya. Tapi jikalau bukan kau hapuskan la perasaan cinta ini. Amiin..."

Sesudah Hazreen mengaminkan doa dia terus mencapai telefonnya. Dia membuka aplikasi Whatsapp sebelum jarinya terhenti seketika. Adakah betul apa yang dibuat ini tidak melukakan hati gadis itu. Tapi jikalau dia tak teruskan hati sendiri yang akan terluka. Dia menarik nafas dan menghembuskannya semula.

Dia tak sanggup melihat gadis ini terus menerus terseksa dengan lakonannya lagi. Hazreen juga tak mahu hati ini sakit melihat gadis yang disayang bersama orang lain.

"Maafkan aku Hanneef, hati aku lagi penting." ucapnya sebelum ayat yang ditaip sebentar tadi dihantar kepada Naura. Dia sanggup buat apa sahaja untuk menjaga hati sendiri.

———————————————————

"Naura, ibu dengan along nak pergi ni!. Meh sini kunci pintu pagar." Terjerit sikit suara Puan Zatul memanggil anak bongsunya. Naura yang keluar sambil memeluk bantal busuknya. Matanya yang sembab tak dihiraukan lagi.

Sudah 2 bulan selepas dia menerima mesej daripada Hanneef yang mengatakan jejaka itu mahu putuskan hubungan mereka. Kata Hanneef dia sudah sukakan perempuan lain selain Naura. Sejak dari itu matanya tak berhenti mengeluarkan titisan air mata jernih itu.

Dia cuba tutup mata yang sembab itu dengan makeup apabila keluar dari bilik. Tetapi Puan Zatul tetap perasan ada benda yang Naura sembunyikan dari pengetahuannya. Sudah beberapa minggu dia lihat Naura tak lalu nak makan, balik kerja terus masuk ke dalam bilik.  Puan Zatul ingin bertanya tetapi dia memilih untuk diam. Lagi bagus kalau Naura sendiri yang ceritakan kepadanya.

"Jangan sedih sangat. Apa pun jadi Naura tetap ada ibu. Kalau ada apa-apa jadi call ibu terus. Ok?" Tangannya naik mengusap kepala Naura yang ditutupi hoodie.

Naura hanya tersenyum nipis sebelum tangannya menyalami ibunya yang mahu pulang ke kampung. Katanya nak melawat Mak Long sudah lama mereka tak menziarahi Puan Neeta dan juga Abang Wadi sejak majlis tahlil haritu.

Dia melihat sahaja kereta yang dipandu beredar keluar dari kawasan perumahan. Pantas langkahnya dibawa masuk ke dalam rumah selepas dikuncinya pintu pagar.

———————————————————

Hazreen yang duduk di kerusi kayu rumah Wadi melihat kereta lain memasuki perkarangan rumah Wadi. Hazreen melihat ada seorang wanita tua seusia mamanya ditemani dengan seorang lagi wanita dan disebelahnya ada seorang budak perempuan.

"Siapa tu Wadi?" soal Hazreen kepada kawannya yang sedang duduk disebelahnya.

"Itu ibu Dhian, yang sebelah tu cousin aku jugak kakak Dhian, Dalisha Nawara budak kecik tu anak dia Syadatul Dahlia" jelas Wadi sorang demi sorang. Sebelum Hazreen ni tanya siapa dia? siapa dia? lebih baik dia terangkan sekali gus.

"Nawara?. Ulang balik Wadi" pinta Hazreen dia mahu mendengar dengan lebih jelas supaya dia tak silap orang.

"Dalisha Nawara." Dahi Wadi sudah berkerut. Jangan la pulak Si Hazreen ni sukakan isteri orang.

"Dhian?."

"Apa kau ni aku cakap tu DALISHA NAWARA!, MANA DATANG DHIAN PULAK NI!!". Bengang Wadi dengan perangai Hazreen.

"Kalau dia Dalisha Nawara, Dhian pulak?."

"DHIAN NAURA! APA KAU NI MAN PUNYA LA LAMA KAU NAK TRY DIA, NAMA PENUH DIA PUN KAU TAK TAHU KE?!!." Apa la nak ngorat tapi nama penuh Dhian pun tak tahu. Wadi mula beredar masuk ke dalam rumah sebelum dia berpaling semula ke belakang melihat Hazreen yang tersengih bersendirian. Sah gila kawan dia ni.

Comment