Bab 4

Sudah hampir 2 tahun Naura melawat Hanneef. Naura kini berumur 12 tahun dan Hanneef pula 14 tahun. Masing-masing sudah mahu menginjak ke alam remaja.

Hubungan mereka lebih rapat daripada sebelum ni. Mereka juga kerap berjalan keliling hospital. Setiap sebulan mesti ada beberapa hari dia akan berjumpa dengan Hanneef.

Ada juga mereka buat aktiviti bersama sebagai contoh, melukis, mewarna bermain kad dan makan waffer.

Mereka berdua makin selesa bersama.
Hanneef tidak lagi keseorangan manakala Naura pulak tidak takut pergi ke hospital.

"Abang tahun depan Naura dah kena masuk sekolah menengah, ibu cakap mungkin Naura tak belajar dekat sini." perlahan sahaja suaranya. Naura menundukkan kepalanya dia tak mahu melihat reaksi Hanneef.

Naura mula berasa sedih sebab tidak boleh berjumpa dengan Hanneef lagi. Tapi dia perlu akur dengan keputusan ibunya yang menyuruh sekolah di kawasan rumah makcik saudaranya.

"Takpe la Naura pergi la belajar dekat sana. Lagipun best masuk sekolah menengah banyak kenangan nanti" pujuk Hanneef.

Hanneef hanya mampu cakap sebegitu sahaja. Sejak dia sakit dia jarang pergi ke sekolah jadi dia taktahu apa-apa yang menarik tentang sekolah. Dia hanya mendengar cerita dari abangnya sahaja.

"Tapi nanti kita tak boleh jumpa sama-sama, main kad sama-sama" muncung mulut Naura.

"Takpe la Naura kalau kita tak boleh jumpa sekali pun. Hah! ni, abang ada telefon jadi abang boleh call Naura" dia mengangkat telefonya ke udara untuk menunjukkan Naura yang mereka masih boleh berhubung walaupun tidak berjumpa.

"Nanti Naura rindu Naura call abang tau jangan tak angkat pulak." Naura bagi pesanan sementara tangannya menulis nombor telefon Hanneef di atas kertas.

Hari semakin senja Naura harus pulang ke rumah dengan kadar segera. Naura mengemas barang-barangnya dan berlalu meninggalkan Hanneef keseorangan.

Naura berpatah balik dia lupa nak cakap sesuatu kepada Hanneef. Dia berdiri betul-betul disebelah kanan katil.

Tangan Hanneef dipegang. Terkejut Hanneef melihat tangannya dipegang Naura. Telinganya sudah bertukar warna merah. Pipinya sudah membahang.

'Naura,Naura awak ni tahu dosa pahala tak...' ujar Hanneef di dalam hati.

"Naura sayang abang tau. Naura janji Naura akan datang jumpa abang lagi" tutur Naura sehabis itu dia mencium pipi Hanneef dan berlari keluar. Dia perlu cepat ibunya pasti membebel nanti.

Hanneef tergamam dengan tingkah laku selamba Naura. Mukanya bertambah merah lagi dan lagi. Dah macam tomato. Lambat laun dia tersenyum malu. Dia tutup mulutnya dengan tangan kanan sebelum dia menjerit malu.

'Naura,Naura ubat guna-guna apa kau buat dekat aku ni...!'

———————————————————

Baru sahaja dia ingin keluar dari lif dia terlanggar seseorang. Terjatuh beg plastik orang itu dibuatnya.

"Saya mintak maaf, mintak maaf." Naura hanya memohon maaf sambil tundukkan kepalanya sedikit. Dia melihat jejaka yang dilanggar jeling ke arahnya.

Naura perasan mukanya sama dengan Hanneef tapi kulit jejaka ni nampak gelap sedikit. Mungkin orang lain kot.

Dia berlalu keluar mencari kereta ibunya yang tersedia parking di tempat letak kereta.

———————————————————

"Hoi!."

"Eh...engkau bila sampai?" tanya Hanneef kepada abangnya.

"Baru sampai tapi sempat la tengok kau tertonggeng dekat atas katil tu" jawabnya senada.

Muka merah Hanneef tidak hilang lagi disebabkan Naura ni datang pula kehadiran abang sulungnya melihat aksinya tadi.

"Ni dah kenapa muka kau merah macam duduk menghadap matahari ni?" tanya lelaki itu pelik. Panas sangat ke bilik wad hospital ni. Setahu dia hospital besar ada penghawa dingin.

Hanneef memegang mukanya semula merah sangat ke muka aku tadi. Ni semua sebab Naura la ni. Kulit Hanneef lebih cerah daripada abangnya mungkin disebabkan dia jarang keluar sebab tu kulitnya cerah.

Abangnya pula selalu pergi ke sekolah dan suka bersukan itu yang datang sini gelap terus mukanya.

"Takde la tadi ada perempuan cium pipi aku" jawab Hanneef tersenyum malu sambil tangannya mengibas-ngibas mukanya.

"Oh itu yang kau siap tertonggeng tadi" perli abangnya sambil membuka bekas makanan yang dibawa. Dia menghulurkan bekas makanan itu kepada Hanneef.

"Makan la aku bawak dari kampung, opah masak."

Hanneef laju sahaja mengambil bekas makanan itu daripada tangan abangnya. Mereka berdua mula berkongsi cerita bersama apa yang mereka lalui sepanjang mereka tidak berjumpa.

Abangnya Hanneef akan melawat setiap cuti sekolah sahaja. Itupun abangnya akan kumpul duit untuk membeli tiket kereta api. Mamanya didik mereka berdua sentiasa belajar hidup berdikari.

Comment