Bab 36

"Ok siap!" ujar Khai yang mencekak pinggang. Dari tadi lagi dia menolong Dhian dan Seroja menghias tempat berkelah mereka di tepi sungai, tak ada apa yang nak dihias sangat ambil tikar bentang lepas itu susunkan beberapa buah kerusi healing. Wadi dan Hazreen pula hanya menunggu di tepi sahaja. Kalau gadis tercinta mereka terkapai-kapai memerlukan bantuan baru mereka menolong.

Pada awalnya, memang mereka merancang untuk mandi sungai sahaja, tetapi Fattah beritahu mereka yang hari jadi Yan sudah dekat jadi mereka berkelah terus, sekali menyambut hari jadi Yan tanpa diketahui lelaki itu.

"Lama lagi ke nak tunggu dorang ni?" tanya Hazreen dia mula kepanasan sedangkan mereka duduk di tempat yang redup.
T-shirtnya dikibaskan-kibaskan ke muka seraya dia bercangkung di sebelah Dhian yang sibuk menyusun makanan. Ada makanan yang dibeli dan ada juga makanan yang dimasak dari rumah.

"Kejap lagi sampai la tu" kata Wadi sambil dia menolong Seroja membuka plastik panjang yang berisi pinggan plastik. Dia mengeluarkan sedikit demi sedikit pinggan plastik itu lalu diberi kepada Seroja.

"Dah macam jamuan sekolah dah aku tengok" sindir Hazreen. Dhian yang mendengar kata Hazreen tadi terus menjeling ke arahnya. Suaminya dari tadi membebel itu tak kena ini tak kena. Tolong sikit-sikit je lepas itu duduk main telefon.

"Awak ni tak baik cakap macam tu!" Hazreen berdecit halus. Dhian kalau dengan kawan dia semuanya 'ok' tak ada masalah apa-apa tapi cuba kalau dia. Dia lihat Dhian teruja sungguh nak menyambut hari jadi Yan yang keberapa tahun tuanya. Dah tua pun nak sambut hari jadi mengalahkan budak-budak.

"Awak jangan nak gaduh dengan Yan hari ni." Pesan Dhian kepada Hazreen. Bukan boleh percaya dua mamat ni asal berjumpa asyik bergaduh.

"Hmm tengok la macam mana." Hazreen tak boleh janji dengan Dhian sebab dia tahu kalau Yan dengan dia akan berperang mulut jugak akhirnya. Itupun kalau Yan tak buat dia sakit hati dulu.

"Shhh...aku dah nampak dorang, senyap"  bisik Khai perlahan. Dia melihat Fattah dan Yan semakin hampir. Kek yag dibeli mereka semua disorok kebelakang.

"Weh korang sorry lambat sampai, ni hah Fattah sembelit" bohong Yan. Fattah sengaja lambat bersiap sebab nak bagi masa untuk mereka hias tempat berkelah. Yan seorang sahaja tak tahu itu daripada sebahagian rancangan. Mereka semua diam dengar temberang Yan, semuanya tunggu masa yang tepat.

"Sekarang!" laung Khai. Semua wajah betukar gembira, Yan sudah tercengang apa yang sekarang?.

"Happy birthday to you, happy birthday to you,
happy birthday to Haiyan...happy birthday to you... Yeayy!!." Pengunjung di situ turut bertepuk tangan apabila terdengar nyanyian 'happy birthday' yang dinyanyikan oleh mereka. Yan terharu melihat kesungguhan kawan-kawannya menyambut hari jadi dia.

"Korang ni cumil je. NAK HUG!!!." Yan mendepakan tangannya lalu meluru ke arah Dhian dan Seroja. Belum sempat dia memeluk dua gadis itu ada dua jejaka menahannya.

"AHH KAU LEBIH-LEBIH PULAK, AKU BAGI KANG!!." Hazreen menghalang pergerakan Yan yang mahu memeluk isterinya. Tangannya sudah dibentukkan penumbuk. Ada yang lemas dalam sungai nanti karang.

"HARAM!!!" tempik Wadi, lengannya menahan badan Yan menghampiri dua gadis itu. Suka hati je Yan nak peluk Seroja, dia pun belum pernah peluk gadis itu lagi.

"Ala sikit pun takkan tak boleh..." Dia lemparkan senyuman manis ke arah dua gadis itu. Bukan dia nak sangat peluk tapi lebih ke arah mahu menguji kesabaran kawannya.

"KALAU NAK TENGOK KAKI KAU TEMPANG TRY LA BUAT!!" amaran keras dilontarkan kepada Yan. Cukup sabar Hazreen dengan perangai kawannya sorang ni. Berombak dadanya menahan marah yang sikit lagi nak meletus seperti gunung berapi.

"Abang dah la tu, mari potong kek Yan" ujar Dhian yang sedari tadi tak habis melihat perang mulut antara Yan dan suaminya baru sekejap tadi dia pesan dengan Hazreen jangan bergaduh. Yan tersenyum senget melihat Dhian memanggil namanya untuk memotong kek, bahu Hazreen dilanggar sedikit.

"Mana boleh Dhian abang punya. Abang sorang je boleh peluk Dhian" suaranya dibuat-buat seperti budak berusia lima tahun yang bergaduh dengan kawan supaya tak mahu ibunya diambil orang. Hazreen membuka seliparnya lalu mengambil tempat di sebelah Dhian. Mulutnya memuncung, tangan pula bersilang di dada.

Rakan yang lain memerhati sahaja perangai cemburu Hazreen. Malas nak cakap apa, takut nanti dorang pulak yang kena marah dengan Hazreen. Seroja tersenyum sambil menggelengkan kepala. Nasib baik dia tak kahwin dengan lelaki ini, cemburu mengalahkan gunung everest. Mereka semua sudah mengambil tempat masing-masing.

Fattah sudah menghulurkan pemotong kek kepada Yan, huluran itu disambut oleh Yan dengan gembira. Dia membaca tulisan di atas kek itu sebelum memotongnya.

'Happy Birthday Haiyan'
(budak pendek)

Sejurus itu dia memandang Hazreen lelaki itu elok menggigit kukunya. Pelik semua melihat Yan memandang Hazreen seperti tidak puas hati. Takkan tak habis lagi pasal tadi.

"Apa pandang-pandang?" soal Hazreen pura-pura tak tahu. Yan menghala pemotong kek itu ke muka Hazreen. Semua di situ sudah risau Yan menghala pemotong kek itu ke muka Hazreen walaupun mereka tahu pemotong kek itu plastik.

"Kau yang tuliskan?." Hazreen menggelengkan kepalanya, dahinya dikerutkan lalu dia menutup wajahnya di belakang badan Dhian. Habis itu dia gelak perlahan, bahunya terhinjut-hinjut gelakkan kek Yan yang dirosakkan tadi.

"Tipu, baik kau mengaku sekarang kau yang buatkan!!". Orang baru semangat nak potong kek nampak pulak ayat yang tak patut ada di atas kek.

"Dhian tengok Yan tuduh abang..." tersebek-sebek mukanya seperti mahu menangis apabila Yan menuduhnya. Khai sudah menepuk dahi, agenda apa pulak kali ni.

"Ketara kau yang buat, tengok tulisan atas warna biru, tulisan bawah warna coklat. Lagi satu kau sorang je panggil aku pendek dalam kalangan kita." Jelas Yan biar semua rakan lain tahu punca dia marah dengan Hazreen. Semua mata tertumpu ke arah Hazreen.

"Salah aku hiaskan kek member?" memang dia yang buat tadi senyap-senyap tanpa pengetahuan orang lain. Dia mengambil coki-coki di dalam poketnya lalu ditambahkan ayat dia atas kek itu.

"Potong je la kek tu Yan" kata Seroja. Tak ada apa-apa pun yang nak digaduhkan, cuma tambah ayat sahaja. Wadi di sebelah mengangguk kepala setuju dengan kata Seroja.

"Ok, apa-apa pun kek blueberry my favorite..." Kek itu dipotongnya, lepas itu kek dipusingkan ke arah Dhian supaya gadis itu memotong kek menjadi potongan kecil. Biar perempuan buat nampak cantik sikit. Dhian mencapai pemotong kek dari Yan lalu memotong lagi satu bahagian jadikan sepotong kek.

Pinggan yang dihulur Seroja dicapai lalu diletakkan sepotong kek itu tadi diatasnya. Setiap orang mendapat rasa kek blueberry Yan. Mereka semua berselera makan juadah yang lain dengan berlatar belakangkan air sungai yang tenang.

"Wadi!" laung seseorang memanggil Wadi, terpusing kepala Wadi mencari empunya suara. Apabila dia dapat mengesan siapa, Wadi berlalu pergi ke arah mereka. Kelihatan seorang wanita tua dan seorang gadis disebelahnya.

"Di sini kau ye, buat apa ni berkelah?" sapa Makcik Esah kawan maknya. Wadi mengangguk perlahan seraya tersenyum ke arah dua wanita itu. Malu anak gadis makcik Esah apabila jejaka yang diidam selama ini tersenyum manis ke arahnya.

"Hai..a..bang Wadi...hehehe" tegur Puspa malu. Lama dia tak berjumpa dengan Wadi kerana dia sibuk belajar di KL, lagi pula dia jarang balik ke kampung.

Wadi merupakan senior zaman sekolahnya. Wadi,Hazreen, Khai dan Yan adalah senior yang paling hensem dan diminati para pelajar. Rata-rata semua nama mereka menjadi topik bualan, mungkin disebabkan Hazreen dan Wadi pengawas sekolah manakala Khai pula olahragawan, dan Yan pula ketua pengawas pusat sumber. Dia terpaut hati buat pertama kali Wadi membaca doa waktu perhimpunan.

Hazreen dan Wadi selalu ditugaskan menjaga pintu pagar belakang sekolah dan tahan pelajar yang lewat, itu pun kalau mereka rajin kalau tidak mereka lari masuk ke kelas tinggalkan tanggungjawab mereka. Puspa jarang melihat Wadi di perhimpunan, jadi itu pertama kali dia berjumpa dan jatuh cinta dengan Wadi.

"Hai Puspa." Balas Wadi matanya terkalih semula ke arah Makcik Esah, kenapa pula wanita ini menegurnya. Puan Neeta ada sahaja di rumah.

"Makcik saje tegur kamu, makcik tengok dari jauh macam kenal itu yang tegur tu. Makcik pun berkelah dekat hujung sana" jari telunjuk Makcik Esah dihalakan ke arah beberapa orang warga tua dan anak kecil yang riang ria ketawa bersama mereka. Wadi mengangguk kecil.

"Abang Wadi, nah air yang abang mintak tadi." Dhian menghampiri mereka bertiga. Dari tadi lagi Wadi meminta Dhian menuangkan air tapi bila dah dituang Wadi hilang dari pandangannya, rupanya berborak dengan orang lain. Wadi menyambut cawan plastik dari tangan Dhian.

"Ini ke isteri kamu Wadi?" soal Makcik Esah, dia dapat tahu ada perkahwinan yang berlangsung di rumah Wadi dulu, tapi dia tak tahu siapa yang berkahwin. Waktu itu, Makcik Esah menghadiri majlis graduasi anaknya di KL.

"Eh bukan ni Dhian Naura, sepupu saya isterinya si Man." Dhian hanya senyum manis ke arah mereka berdua, tak kenal tapi senyum je la. Hazreen sudah datang ke arah mereka.

"Oh Makcik Esah, apa khabar sihat?" sapa baik Hazreen. Biasa la orang kampung kena saling bertegur sapa kalau tak dikatakan sombong.

"Sihat Man. Siapa nama panjang bini kamu tadi an, an?" tanya balik Makcik Esah soalan yang sama. Mengeluh dua jejaka itu tadi, rasanya Wadi dah sebutkan tadi tapi kena sebutkan semula disebabkan Makcik Esah ada masalah pendengaran.

"Nama panjang isteri saya...berakit-rakit ke hulu, berenang-berenang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemu.."

"Dhian!" sambung kawannya yang lain. Cukup sampai yang belakang sahaja Makcik Esah tahu, yang depan itu tadi saja jadi pembuka kata.

"Oh ye Dhian, dah la tu makcik pergi dulu sambung la berkelah kamu semua. Assalamualaikum" selepas menjawab salam tadi mereka bertiga terus duduk balik di atas tikar. Hazreen mengambil sandwich yang dibawa Khai lalu terus bawa ke mulutnya.

"Penat la..." keluh Yan. Batu yang berada ditangannya dicampak ke dalam sungai. Mukanya murung mengenangkan hari esok akan tiba.

"Dah kenapa pulak?..." tanya Hazreen hairan separuh sandwich lagi disuapkan ke dalam mulutnya.

"Esok lusa dah hari isnin" jawab Yan perlahan, wajahnya ditundukkan.

"Dah tu?" Khai pula yang hairan, kenapa dengan hari isnin.

"Ada perhimpunan rasmi leceh weh..." rungut Yan, dia merupakan guru pratikal sekolah rendah yang terletak di pekan sana. Dia malas mahu mendengar laporan mingguan, kalau dia cikgu tak mahu nak dengar, inikan pulak pelajar yang lain.

"Itu je..." balas Hazreen, perhimpunan rasmi je bukan pergi berperang. Kecoh betul Yan ni, dah habis makan sandwich dia capai pula bomboloni coklat.

"Senang la korang cakap, kerja korang berdua merempit. Masuk game, race, tahu-tahu dapat duit banyak nama pun terkenal, satu Malaysia bangga" terang Yan, mudah kawannya cakap dia yang kena hadap ucapan pengetua yang panjang berjela itu nanti.

"Eh kau ingat kitaorang nak sangat ke nama terkenal satu Malaysia. Tanggungjawab besar tau, lagi-lagi bawa nama negara, kalau menang orang puji melambung tinggi dan kaaaalau kalah kena hina." Jelas Khai, ditarik sikit seluar ke atas, kakinya sudah direndamkan ke dalam sungai.

"Kitaorang kerja sebab minat, bukan sebab nama semata-mata" sambung Hazreen. Wadi dan yang lain mendengar sahaja topik perbualan mereka.

"Makin ramai orang kenal, makin banyak orang dengki. Orang luar tahu nama, tak tahu kisah kita. Jadi tak payah berangan nak jadi famous, musuh ramai" pesan Hazreen sambil mengunyah lagi bomboloni itu. Tangan kanannya ingin mencapai lagi satu, tapi malangnya Seroja ambil terlebih dahulu bomboloni yang terakhir.

"Dah pergi mandi sungai sana, kawan kau dah tunggu tu Yan" arah Hazreen kecewa bila tak dapat makan bomboloni coklat tadi.

"Siapa?" terpinga-pinga Yan dengar ayat Hazreen tadi. Jangan macam-macam seberang sungai sana hutan, rasanya kawan dia semua ada di sini.

"Buaya, kau kan plaboy sejati!" tertawa Hazreen dihujung ayat. Yan yang bengang mengambil terus seliparnya lalu dibaling ke arah Hazreen. Mengadu Hazreen sakit tatkala selipar Yan sudah terkena pada badannya.

"Jom Fattah mandi sungai!" ajak Yan. Fattah sudah pun berdiri di sebelah Yan, mereka berdua sudah mahu membuka baju tapi ditahan oleh Hazreen.

"Pakai baju kalau nak mandi, bukan kita je ada dekat sini tu tak nampak Dhian dengan Seroja pun ada" kata Hazreen separa berbisik tak mahu bagi dua gadis itu dengar. Yan dan Fattah mula berpaling ke belakang melihat Dhian dan Seroja rancak berbual.

"Cemburu cakap" mencebik Yan sambil matanya menjeling ke arah Hazreen. Dia baru nak tayang badan sasanya, susah penat dia pergi gym bina badan mesti dia nak tunjukkan hasilnya.

Mereka berdua sudah berendam ke dalam sungai. Air sungai yang sejuk boleh buat siapa yang mandi menggigil kesejukan. Beberapa minit kemudian baru Khai dan Wadi ikut mereka berdua mandi bersama.

Dhian teruja mendengar kocakan air yang datang dari keempat jejaka tersebut. Dhian sudah membuka seliparnya untuk masuk ke dalam sungai. Separuh seluarnya sudah basah dia baru bercadang untuk masukkan seluruh badannya tapi ada satu tangan kekar menarik pinggangnya dari arah belakang.

"Tak payah mengada nak mandi sungai." Dahi Dhian sudah berkerut hebat. Dia bukan budak kecik kena ada orang tua pantau mandi sungai.

"Kenapa pulak? dah sampai sini mesti mandi sungai!" marah Dhian. Dia dah lama tak mandi sungai takkan dah sampai tengok sahaja air sungai itu mengalir.

"Baju awak tu nanti melekap dekat badan, orang ramai dekat sini. Dengar cakap abang, duduk teman Seroja dekat tepi" risau Hazreen kalau ada mata-mata yang memandang lekuk tubuh badan isterinya, tambah pula ramai kawannya di sini. Dhian memuncungkan bibirnya lalu beredar pergi ke arah Seroja.

Seroja mendengar rungutan dari Dhian mampu memujuk gadis itu supaya bersabar sahaja. Dikalihkan pandangan ke arah mereka yang bermandi-manda sebelum mata dia bertembung dengan anak mata Wadi. Lama mereka berpandangan sehingga Wadi sendiri yang mengalihkan matanya ke tempat lain. Belakang lehernya diusap perlahan, senyuman nipis terlakar di bibir Wadi.

"Janganlah, oh, jangan sayang, kau cuba pandang-pandang..." nyanyi Hazreen kuat yang dari tadi perasan Wadi malu selepas memandang Seroja. Semua pengunjung di situ mencari suara yang menyanyi.

"Jika hatiku sudah sayang, bimbang aku tak pulang..." sambung Khai. Dia tak tahu apa-apa main masuk sahaja.

"Da,di,da,di,di,da. Da,di,da,di,di,da" nyanyi semua pengunjung di situ. Suka mereka ada anak muda yang bernyanyikan lagu lama. Berjoget Hazreen,Yan dan Khai ditengah-tengah sungai. Tangan mereka ke depan dan kebelakang seperti penari zapin. Fattah menepuk tangan mengikut rentak lagu. Wadi dah menutup muka menahan malu kenapa dia boleh berkawan dengan tiga mamat ni.

"Angguk kepala ewa-ewanya....Amboi, dia berjoget semakin rancak" nyanyi Yan sambil terpejamkan mata, asyik sungguh menyanyi.

"Tepuklah tangan, goyangkan badanmu..." ketiga mereka menyanyikan serentak sambil menggoncangkan badan Wadi lalu menyelamkan lelaki itu ke dalam sungai. Semua pengunjung bertepuk gemuruh dengan nyanyian para jejaka itu tadi, ada juga yang gelakkan Wadi yang sudah basah habis ditenggelami air. Seroja dan Dhian tersenyum melihat gelagat mereka.

Comment