BAB 9

Luas juga mata Airis bila di hadapannya sekarang tersegam indah sebuah rumah banglo yang boleh tahan juga besarnya. Ini berapa berapa tingkat ni? Landskap hadapan pun bukan main luas lagi, tu tak tengok dekat belakang. Apatah lagi dalam rumah. Tertelan air liur dia kejap.

"Besar betul rumah laki kau Airis. Bapak kaya," ujar Maryam, dia juga turut terkesima melihat perkara yang dia nampak sekarang.

"Betullah, bapak dia memang kaya. Dia aku tak tahu lah pula, tak pernah tanya," balas Airis selamba sebelum dia melangkah untuk membuka pintu supaya dia dan yang lain dapat melihat bahagian dalam rumah.

KREKK!!!

Perlahan-lahan pintu rumah ditolak. Ketiga-tiga sahabat itu membongkokkan sedikit badan mereka dan memasukkan kepala mereka ke dalam bagi melihat isi dalam rumah tersebut.

"Airis," panggil Aura.

"Hmm," balasnya.

"Rumah ni dah lama tak ada orang duduk kan? Dah lima tahun kan?" Airis hanya mengangguk mendengar soalan Aura serta mengiyakannya
.
"Kalau rumah ni berhantu macam mana?"

"Ish kau. Jangan nak mengarut boleh tak?" terus tegak badan Airis dan tak lupa juga satu pukulan padu dihadiahkan pada Aura.

"Mana ada aku mengarut. Kan orang kata kalau tempat tu ditinggalkan tak berpenghuni selama 40 hari, nanti ada makhluk lain yang duduk," ujar Aura tak kalah. Entah kenapa dia rasa seram sejuk je.

"Banyak lah kau, dah lah jom kita masuk. Banyak barang aku nak kena kemas ni," terus sahaja Airis berjalan masuk ke dalam rumah banglo milik Harraz itu. Tidak lupa juga untuk memberi salam dan membaca ayat Kursi. Ini semua disebabkan ayat Aura yang kurang bijak tadi. Lari terus keberanian dia yang dia tahan dari tadi.

"Kemas je aku tengok dalam rumah ni. Barang semua pun elok je tersusun, dah macam ada orang yang tolong kemaskan," kata-kata Maryam ada betulnya. Rumah ni memang nampak kemas dan tersusun. Mungkin Harraz dah kemas elok-elok sebelum dia ke luar negara. Yela, nak tinggal rumah dalam masa yang lama kan.

"Entah-entah kann..." ayat Aura tergantung, matanya dihalakan ke seluruh rumah bersama air liur yang ditelan kasar.

"Kau jangan eh. Aku hempuk kau nanti apa pun tak dapat. Sudahlah tu, cepat kita kemas apa yang patut. Lepastu kita terus balik," Airis bergerak ke arah kereta semula untuk mengeluarkan barangnya.

"Eh, kau kata nak tidur sini?" soal Maryam. Dia juga turut membantu Airis membawa masuk bagasi ke dalam rumah.

"Tak nak aku, Aura dah potong mood aku nak bermalam dekat sini," balas Airis sambil menjeling ke arah Aura.

"Apa? Betullah apa yang aku cakap," Airis tidak membalas malah teruskan melangkah mencari biliknya.

Kaki dibawa ke tingkat dua, terteleng-teleng kepalanya mencari bilik yang sesuai. Akhirnya dia jumpa satu pintu yang menarik minatnya, terus sahaja pintu bilik itu didekati. Tangannya mencuba untuk memulas tombol pintu itu.
"Tak kunci," ujar Airis perlahan.

Perlahan-lahan dia menolak pintu tersebut. Kepala dimasukkan ke dalam, gelap semacam je bilik tu. Tangan dibawa meraba ke arah dinding, selalunya suis lampu ada berdekatan situ sahaja.

KLAK!

Terus terang benderang bilik itu. Ternganga juga lah mulut Airis dibuatnya.

"Bapak besar bilik ni. Master bedroom ke?" teka Airis. Baru sahaja dia nak melangkah masuk, dia hentikan niat tersebut. Kaki ditarik ke belakang semula.

"Kalau ni master bedroom, mesti ni bilik Harraz. Malas lah aku nak masuk," terus lampu dimatikan semula dan dia kembali menutup pintu bilik itu.

"Airis kau kat mana? Bilik kau yang mana satu?!" jerit Aura dari bawah. Barulah Airis teringat yang dia ada suruh dua orang kawannya itu mengeluarkan barang dari kereta terlebih dahulu sementara dia nak cari bilik.

"Aku kat atas ni!" sahut Airis. Mata masih lagi mencari mana-mana bilik yang sesuai sebelum dia perasan bilik yang ada betul-betul depan master bedroom tadi. Tanpa cakap banyak dia terus buka pintu bilik tersebut. Senyuman terukir di bibir Airis. Bilik ni tak kecil dan tak besar sangat. Sesuai je dengan dia.

"Korang, bawa barang-barang ringan naik atas. Aku dah jumpa bilik!" jerit Airis.

"Kau ingat kitorang kuli kau?" balas Maryam dari bawah. Dia dan Aura sudah teruk berpeluh dah ni, boleh pula Airis minta diorang bawa barang dia naik ke tingkat pula. Pilih jela bilik dekat bawah ni, nak pilih yang dekat tingkat dua dah kenapa?

"Siapa suruh korang sibuk nak ikut aku datang sini!" balasan dari Airis membuatkan Aura dan Maryam saling berpandangan sebelum kedua-duanya menggeleng lemah. Layankan sahaja budak yang tak cukup kasih sayang suami ni...

***^_^***

Airis kembali lagi kerumah ini setelah hampir tiga hari dia tunda. Bukannya apa, haritu pun dia datang hujung minggu. Hari lain dia sibuk dengan kelas. Memandangkan satu-satunya kelas pada hari ini dibatalkan, dia membuat keputusan untuk datang ke rumah ini semula.

"Sorry eh aku tak dapat nak teman kau. Aku nak jaga Maryam kat wad," ujar Aura dari dalam kereta. Maryam masuk wad semalam sebab keracunan makanan. Tak pasal-pasal Aura kena jadi mak angkat terjun untuk jaga Maryam di hospital.

"Tak apa. Kau pergi lah tengok Si Mar tu, nanti apa-apa kau kasi tahu aku tau," balas Airis, berkerut dahinya menahan panas terik matahari. Aura ni pun satu hal, masa Airis kat dalam kereta tadi tak nak pula dia ajak borak. Ni dah keluar hadap panas, baru sibuk nak buka syariah meja bulat.

"Ha yela, ni kau nak aku ambil kau pukul berapa ni?"

"Emm... aku rasa nak stay sini lah malam ni," itulah yang difikirkan oleh Airis sedari malam tadi. Teringin juga dia nak tinggal dalam rumah ni. Hujung minggu ni Harraz dah balik.

Cakap pasal Harraz, berdebar pula dia rasa. Entah macam manalah rupa lelaki tu. Selama ni dia ada je nampak muka lelaki tu dalam gambar, hesmes. Agak-agak dia okay tak dengan penampilan Airis. Memandangkan Airis ni asal dari kampung jadi dia tak pandai sangat nak berfesyen walalupun kedua-dua kakak iparnya hebat akan hal tersebut.

"Kau dengar tak aku cakap apa ni?" soalan dari Aura membawa Airis ke realiti semula.

"Kau cakap apa?"

"Haihh kau ni. Aku cakap, kalau ada apa-apa masalah call aku terus. Nanti aku datang, faham? Lepastu esok aku datang ambil kau semula untuk pergi kelas ya," ujar Aura. Laju sahaja Airis mengangguk.

"Kalau macam tu aku gerak dulu. Elok-elok duk kat rumah ni sorang-sorang,"

"Ya, kau tu hati-hati bawa kereta," pesan Airis. Aura mengangguk sekali sebelum kereta Mazda miliknya berjalan meninggalkan Airis.

Hilang sahaja kelibat kereta Aura, Airis melangkah masuk ke dalam rumah.
Kakinya terus dibawa ke arah dapur bersama dengan barang yang dia bawa tadi. Ya, dia memang rancang nak memasak hari ni. Saja nak cuba dapur baru. Sebelum dia mengemas barang dapur yang dibelinya sebentar tadi, Airis pasang lagu dari telefon dan disambungkan pada speaker yang dia bawa. Lagu bunga dari Ara Johari bergema satu rumah.

"Ha, baru ada semangat nak memasak," ujar Airis. Dia kembali mengeluarkan barang dapur dan meletakkannya di tempat yang telah disediakan. Selesai mengemas, terus sahaja dia memasak sambil melayan lagu yang dimainkan.

Hampir sejam lebih juga dia masak akhirnya siap juga. Api ditutup setelah dia rasa puas dengan masakkannya. Berkali-kali dia mengibas bajunya.

"Patutlah panas, excited sangat nak masak sampai lupa nak cabut tudung," Airis menggeleng memikirkan kecerdikkan sendiri. Dia kemudian bergerak menutup lagu dan melangkah ke arah biliknya. Niat nak sejukkan badan dulu sebelum makan.

Namun sampai sahaja di tingkat dua, dia perasan pintu bilik Harraz terbuka separuh. Perlahan sahaja langkahnya sekarang. Tepat sampai di hadapan bilik Harraz, dia cuba beranikan diri untuk menolak sedikit pintu. Keadaan bilik itu masih gelap.

SHUHHH!

Tergamam Airis bila dia dengar bunyi shower terbuka dari bilik air yang ada dalam bilik itu. Pucat habis dah muka Airis sekarang. Tak sempat nak husnuzon, otak dia dah teringat kata-kata Aura tempoh hari. Dia menelan air liur pahit, rumah ni ada penunggu ke?

Aish, tak boleh jadi ni. Dia manusia, mana boleh dia takut dengan makhluk ghaib itu. Lagipun ni rumahnya. Eh bukan, ni rumah Harraz. Bukan dia yang patut mengundur. Tapi makhluk tu yang patut berundur. Pandangan di halakan ke sekeliling sebelum jatuh pada batang penyapu yang terletak elok di satu sudut.

Terus sahaja dia ambil penyapu tersebut. Dia perlu berani untuk tinggal di sini malam ni, tak mahu menyusahkan Aura untuk datang ambil dia. Dia pernah teringat pada kisah sahabat Rasulluah yang pernah memukul jin. Jadi dia rasa, dia boleh pukul hantu tu sekarang.

Perlahan-lahan sahaja ke dalam bilik itu lepas dia dengar bunyi shower itu telah berhenti. Kaki dibawa ke arah bilik air. Memang dia boleh nampak cahaya yang keluar dari bilik air itu. Kali ini tombol pintu bilik air itu dipulas dari dalam. Batang penyapu di tangan Airis sudahpun di angkat tinggi. Terbuka sahaja pintu bilik air itu, terus sahaja Airis serang bersama mata yang ditutup. Tak sanggup nak tengok muka makhluk itu.

"HIIAARGHH! NYAH KAU DARI SINI MAKHLUK TERKUTUK! JANGAN KAU BERANI NAK KACAU AKU! AKU SOLAT PENUH KAU TAHU TAK? TAK PERNAH TINGGAL BACA AL-QURAN! BERAMBUS KAU DARI SINI!" jerit Airis bersama dengan pukulan batang penyapu yang tak henti. Sampailah dia rasa batang penyapu dah tak boleh bergerak dan seperti di tahan serta tangannya dipegang oleh sesuatu sebelum...

KLAK!

Terang benderang bilik itu bila suis lampu di buka. Terbeliak mata Airis bila apa yang ada dia hadapannya sekarang bukanlah makhluk syaiton nirrajim yang disangkakan, tapi...

"HARRAZ?" ujar Airis terkejut. Harraz yang pada tika itu baru sahaja selesai mandi dan masih lagi bertuala memandang tajam ke arah Airis. Dapat Airis nampak badan Harraz dah merah akibat daripada pukulan batang penyapu olehnya.

"Are you done Mrs. Airis?" soal Harraz dengan pandangan mautnya pada Airis. Tertelan air liur Airis. Alamak...

Comment