BAB 18

Dari malam tadi sehingga lah sekarang Airis masih menghadap notanya. Tepat jam 9 pagi, dia akan menjawab kertas peperiksaan yang pertama. Penuh kereta Harraz dengan nota-nota miliknya. Harraz memakirkan kereta di tempat letak kereta yang telah disediakan.

Menggeleng kepala Harraz melihat keadaan isterinya sekarang.

"Kau dah sedia ke belum?" soal Harraz, dia pandang Airis yang masih sibuk mengingati segala nota yang dicatat pada kertas kecil itu.

"Ingat tak apa aku cakap?" kali ni Airis hanya mengangguk tanpa pandang Harraz, matanya masih fokus pada notanya. Harraz mengeluh sebelum dia menarik laju nota yang berada di tangan Airis membuatkan Airis laju sahaja pusing pandang Harraz.

"Apa awak ni? Saya tengah baca kan," marah Airis. Orang nak mengahafal dia boleh pula pergi rampas nota.

"Sabar, jawab dulu soalan aku. Sebelum kau nak menjawab kejap lagi, kena baca apa?" Airis menjulingkan matanya ke atas, apa ingat dia ni budak-budak ke?

"Rabbi yassir, wala tu'assir, rabbi tammin bil khair," balas Airis. Hampir tiap-tiap hari Harraz akan ingatkannya.

"Maksudnya?"

"Ya ALLAH permudahkanlah, jangan dipersulitkan, dan Kau akhirkanlah dengan kebaikkan," Harraz tersenyum senang mendengar jawapan Airis. Bagus isterinya ini, dengar cakap.

"Boleh saya minta balik nota saya Encik Harraz Irsyad?"

"Nope!" membulat mata Airis tika ini, dia dah lah nak cepat. Tinggal sejam sahaja lagi sebelum peperiksaan bermula.

"Kenapa pula?"

"Kau panggil aku apa tadi?" Airis hairan, berkerut dahinya memandang Harraz.

"Kau panggil aku dengan nama aku tadi kan? Aku tak suka," Harraz membuat gaya seperti mahu membuang nota Airis keluar ttingkap.

"Habistu awak nak saya panggil apa? Jangan main-main lah Harraz, saya nak cepat ni," Harraz buat-buat tak dengar.

"Fine! Boleh saya minta semula nota saya wahai suami ku yang kerek,"

"What?"

Merah muka Harraz tahan marah sekarang dan Airis pula sudah bantai gelak.

"Kau meminta aku buang nota kau ni kan Airis?" terus mati gelak tawa Airis. Dia nampak notanya yang dipegang oleh Harraz di luar tingkap kereta. Angin pada pagi itu bukan main kuat lagi, itu kalau Harraz lepaskan nota-notanya. Memang sampai ke kerajaan langit notanya terbang.

"No, jangan lah..." Airis mencebik. Harraz mengangkat sebelah keningnya ingin mendengar sesuatu dari mulut Airis.

"Abang please... Airis nak nota Airis balik..." terus tersenyum senang Harraz, dia menyerahkan kembali nota itu pada Airis.

"Sudah-sudahlah tu, sekarang dah pukul lapan setengah dah. Kau nak kena masuk dewan lima belas minit awal kan? Tak payah kau nak risau sangat, kau dah buat yang terbaikkan. Kau dah usaha, sekarang ni kau berdoa sahaja supaya ALLAH permudahkan semuanya," ujar Harraz sambil memeriksa alat tulis yang akan digunakan Airis sebentar lagi bagi memastikan semuanya cukup.

"Tapi kalau saya tak lepas jawab macam mana?" Airis melepaskan keluhan berat. Peperikasaan akhir ni memang penting baginya. Sudahlah dia berada di tahun akhir, kalau dia gagal bagaimana? Takkan dia nak kene ulang satu subjek sahaja.

"Kan aku dah cakap tadi, kau dah berusaha Airis. Aku ada sebagai saksi dan aku yakin yang kau boleh jawab. Kita sama-sama doa ya. Tadah tangan kau," serentak itu Airis menadah tangannya.

"Ya ALLAH, yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Kau ampunilah segala dosa Airis Nafeesa, isteriku Ya ALLAH. Kau permudahkanah urusan isteriku untuk menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan tenang Ya ALLAH. Kau bantulah isteriku di saat dia memerlukan pertolongan Mu. Kau kuatkanlah ingatannya pada apa yang telah dia pelajari selama ini Ya ALLAH. Aku mohon semoga isteriku berjaya menjawab dengan jayanya dengan bantuan dari Mu. Aamiin ya rabbal alamin."

Airis mengaminkan doa Hararz, hatinya berasa tenang tika ini. Tersenyum dia pandang Harraz.

"Go, dah pukul berapa dah ni. Aku tunggu kau dekat sini," ujar Harraz, dengan itu Airis salam tangan Harraz dan Harraz tak lupa untuk mencuim dahi isterinya itu.

Airis keluar dari kereta dan berjalan ke arah dewan utama. Dewan itu tak adalah jauh sangat dari tempat parkir tadi. Baru beberapa langkah, notifikasi telefonnya berbunyi. Ini mesti Aura dam Maryam yang tanya akan keberadaannya. Dan segera membuka sebelum mukanya berubah riak.

'I know you can, Mariposa' -Mystery Man-

Tersenyum Airis baca mesej tersebut. Dia pusing dan ternampak Harraz kenyit mata padanya. Haishh, nak pergi jawab peperiksaan pun hati banyak senang lah.

***^_^***

Habis sahaja menjawab sebentar tadi, Airis kembali semula ke kereta Harraz. Harraz masih setia menunggu Airis walaupun mengambil masa selama tiga jam lebih. Tersenyum sahaja Airis ketika melangkah ke arah Harraz.

"Macam mana tadi? Boleh jawab?" soal Harraz apabila Airis tiba di sebelahnya.

"Boleh, awak tahu tak. Semua yang saya baca dan hafal dari haritu, semuanya masuk. Semua saya boleh jawab, tapi tak tahu lah betul ke tidak," terang Airis. Tenang sahaja dia menjawab kertas peperiksaannya sebentar tadi, kesemua soalan nampak mudah sahaja baginya.

"Alhamdulillah, kan aku dah kata tadi. Kau boleh jawab punya," Harraz terasa lega dengan apa yang diceritakan sebentar tadi. Sepanjang Airis berada di dalam dewan, sepanjang itu dia tak berhenti berdoa. Dua kali dia habis baca yaasin pada hari itu.

"Terima kasih awak sebab doakan saya," Airis senyum manis ke arah Harraz, ini semua atas jasa suaminya juga.

"Kau dah ucap alhamdullilah ke belum?"

"Dah, lepas je saya habis jawab tadi. Terus je saya ucap alhamdulillah. Saya siap dalam 30 minit awal sebelum tamat masa tadi,"

Airis tersenyum bangga. Ini merupakan satu pencapain baru baginya, selama ini dia jarang siap awal. Semua sebab otak sibuk goreng jawapan dengan secukup rasa. Tapi hari ni dia berjaya siap awal, walaupun 30 minit awal je, tetap buat dia rasa bangga.

"Bagus lah kalau macam tu. Ni nak pergi mana ni? Lapar tak?" soal Harraz apabila kereta miliknya dah keluar daripada kawasan Uni Airis.

"Mestilah lapar. Masa dekat dalam dewan tadi, saya tak rasa lapar lagi. Tapi elok je saya melangkah keluar dari dewan, terus perut saya berbunyi," Airis memegang perutnya. Lapar betul dia sekarang, pagi tadi dia memang tak jamah apa-apa pun sebab dia takut nanti dia sakit perut masa menjawab nanti.

"Kau nak makan apa?"

"Emmm... Saya nak makan kueh tiaw tomyam boleh tak?" aduh, sedapnya. Tu baru dengar nama, belum lagi rasa masam dari tomyam tu masuk ke dalam mulut Airis.

"Boleh Airis, tapi kau tak nak makan nasi ke?"

"Tak nak lah, saya nak makan kueh tiaw tomyam je," Harraz mengangguk sebelum dia fokus mencari kedai yang menjual kueh tiaw tomyam.

***^_^***

Pagi petang siang malam dia usaha. Akhirnya habis juga final exam bagi semester terakhirnya. Harap segala usahanya membuahkan hasil. Airis melepaskan lelahnya di sofa. Hari ni Aura yang menghantarnya balik memandangkan Harraz dah mula bekerja. Jadi jadual Harraz sedikit padat sejak kebelakangan ni.

Dia pun dah lama tak duduk bersembang dengan Harraz. Pagi-pagi buta Harraz dah bergerak ke tempat kerjanya, petang bila dia balik terus sahaja masuk ke pejabatnya. Airis hanya dapat peluang untuk berjumpa dengan Harraz hanya pada belah malam bila dia study di pejabat Harraz. Itupun tak adalah mereka berdua bersembang, sebab masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.

Tak mahu lama-lama dekat sofa, Airis terus naik ke bilik untuk bersihkan diri. Hari ni dia bercadang nak buat kek untuk Harraz tapi tak tahu lah sama ada Harraz makan atau tidak. Dia dah siap belikan bahan-bahan dengan Aura tadi.

Selesai bersihkan diri, Airis terus turun ke dapur. Masanya untuk berperang di sini dah tiba. Semua bahan-bahan yang diperlukan dia sukat mengikut resepi yang dia sendiri buat. Selama ni, sepanjang dia buat kek menggunkan resepinya sendiri, tak pernah pula orang kata tak sedap. Ramai yang puji keknya sedap, sebab tu dia nak bagi Harraz rasa.

Comment