BAB 6

Airis melepaskan nafas lega bila dia selesai mengemas kawasan ruang tamu. Dari awal pagi sampai ke petang dia mengemas. Makin tambah lambat bila Puan Aliya menyuruhnya menukar sarung bantal untuk sofa, tidak lupa juga langsir tingkap. Bukannya dia tak nak minta tolong abang-abangnya, cuma kedua-dua abangnya itu sedang sibuk memasang khemah di luar.

"Akak dah siap kemas?" soal Puan Aliya yang baru sahaja keluar dari bilik tidurnya.

"Dah ibu, cuma akak tak sampai nak cuci kipas siling tu je," balas Airis, dia mengambil tempat di sofa. Penat ya bila dari tadi dia berdiri.

"Tak apalah, yang itu nanti ibu suruh adik yang cucikan," Puan Aliya mengambil tempat di sebelah Airis.

"Adik pergi mana ibu?"

"Macam lah akak tak kenal adik tu. Pantang balik dari asrama, kerja nak merayap je. Tambah-tambah pula abah ada tolong dia modified motor dia tu semalam, makin tambah gian lah dia nak meronda satu kampung," ujar Puan Aliya seraya menggelengkan kepalanya, pening dengan anak bongsnya yang satu itu.

"Nak buat macam mana ibu, pemangkin ketua kampung dan bilal masjid lah katakan," tergelak Puan Aliya mendengar balas dari Airis.

Airis pun tak faham dengan adiknya yang sorang itu, bukan main lagi belajar dekat tahfiz, ada masa jadi bilal dekat masjid bila balik dari asrama. Tapi perangai dia yang suka meronda naik motor satu kampung itu, memang tak boleh tinggal. Apa nak jadilah dengan Ariq Najwan anak kesayangan Encik Suhaimi ni.

"Sini ikut ibu kejap, tengok bilik," ajak Puan Aliya, lembut sahaja dia menarik tangan Airis untuk mengikutinya.

Ternganga luas mulut Airis bila dia nampak keadaan biliknya kini. Bukan main cantik lagi, pandai ibunya hias.

"Cantiknya ibu, ibu buat sendiri ke semua ni?" soal Airis tak percaya. Pandangan dilemparkan ke seluruh bilik, tak nak ada tertinggal satu pun.

"Tak ada lah, ibu bukan buat sorang. Kak Su dengan Kak Haura yang tolong ibu tadi,"

"Ouh yeke? Mana diorang?" soal Airis. Tak ada pula dia nampak dua orang kakak iparnya itu sejak dia melangkah masuk ke dalam bilik.

"Dah pergi belakang, tolong yang lain merewang," balas Puan Aliya. Airis pula hanya mengangguk.

"Ibu ada perkara sikit nak bagi tahu dekat akak ni," Ayat yang keluar dari mulut Puan Aliya mebuatkan Airis berdebar. Jangan kata majlis esok tak jadi sudahlah. Ingat senang ke dia nak buat keputusan ni?

Ya, dengan berani mati dia buat keputusan untuk terima perkahwinan yang diaturkan oleh keluarganya ini. Bukan main gembira lagi ibu bila dia bagi tahu yang dia terima pinangan itu dua minggu lepas.

Tapi dia baru dapat berjumpa dengan bakal keluarga mertuanya tiga hari lepas. Itupun sebab bakal keluarga mertuanya perlu menghinap di homestay yang ada di kampungnya.

Tapi tidak pernah pula dia berjumpa dengan bakal suaminya. Bukan sekadar nak jumpa, nama pun dia tak tahu memandangkan semua persiapan pengantin dah siap. Baju dia pun sudah di tempah dan padan dengan badannya semasa dia cuba minggu lepas. Entah bila lah ibu siapakan semua ni.

"Ibu nak cakap apa?" soal Airis risau.

"Ibu nak cakap pasal majlis esok,"

"Kenapa dengan majlis esok ibu?" makin gementar pula dia sekarang. Manalah tahu jadi kes pengantin lelaki lari ke sebab tak pernah dia terserempak. Bakal keluarga mertuanya selalu ke rumah bagi membantu mana-mana persiapan yang masih belum siap, namun tidak pula bakal suaminya.

Dia pun tak mahu lah tanya lebih, nanti kata tak penyabar pula.

"Pasal pengantin lelaki," bertambah kerut dahi Airis.

"Akak perasan kan yang pengantin lelaki tak ada dengan keluarga dia?" Airis mengangguk mendengar soalan dari ibu, ya dia teramatlah perasan akan perkara itu. Kejap, jangan kata yang...

"Pengantin lelaki lari ke ibu?" soal Airis.

"Eh kesitu pula. Mana ada pengantin lelaki lari, esok jalan je majlis akad nikahnya. Cumanya..."

"Cuma apa ibu?" Puan Aliya menarik nafas dalam sebelum membalas.

"Pengantin lelaki tak ada dekat sini," ujar Puan Aliya.

"HA?!" terkejut Airis dibuatnya. Apakah?

"Apa maksud ibu? Pengantin lelaki takde? Habis tu macam mana eso-"

"Sabar lah kak, bagi lah ibu explain dulu. Tak menyabor lah dia ni," sampuk Ariq yang entah dari bila berdiri dekat pintu bilik.

"Eh, adik buat apa dekat sini? Bila masa adik balik? Ibu tak dengar bunyi motor adik pun?" soal Puan Aliya bertubi-tubi. Dia juga terkejut dengan kehadiran Si Ariq ni yang tiba-tiba.

"Baru je balik tadi, sempat lah juga dengar akak ngan ibu bergosip pasal Mak Leha hujung kampung sana tu," ujar Aniq. Dia melangkah mendekat Puan Aliya dan Airis.

"Banyak lah kau. Bila masa akak dengan ibu gosip pasal Mak Leha pula?" balas Airis geram sebelum dia memukul bahu adiknya itu. Ariq hanya sengih.

"Hehe, ouh ibu. Angah kata ibu nak minta tolong adik. Nak minta tolong apa?" Ariq menyoal bila dia teringat tujuan asalnya pulang ke rumah bila Aniq Nurhan, angahnya menelefon dirinya ketika dia sedang meronda keliling kampung.

"Ni ibu nak minta tolong adik cucikan kipas siling kat ruang tamu tu. Minta tolong akak tadi, tapi dia tak sampai,"

"Tak sampai? Ish ish ish, pendek ya. Kesian dia," balas Ariq bersama ketawa yang kuat. Airis pula cuba menahan marah.

"Pendek-pendek akak pun, akak tetap tua dari adik tau. Adik jangan bagi akak naik angin eh. Sebelum akak sepak-sepak muka adik, baik adik pergi buat apa yang ibu suruh. Eee, adik tu darjah tiga, hormat sikit akak darjah lima eh. Fikirlah otak. Otak letak kat mana? Kat lutut? Akal? Akal ALLAH dah bagi letak dekat muka bukannya dekat lutut ke, dekat tangan ke. Fikir sikit," ujar Airis, dia berdiri depan Ariq dengan bercekak pinggang.

"Eleh, dah pendek tu pendek jela kak. Kesian suami akak dapat isteri pendek macam akak. Sebab tu la dia tak ada esok," balas Ariq tak nak kalah dan makin kuat pula dia gelak. Naik turun dada Airis menahan marah.

"Sudah-sudahlah tu. Adik pergi buat apa yang ibu kata tadi," Puan Aliya cuba untuk menenangkan keadaan, bukannya dia tak tahu bila dua beradik ni berjumpa. Kerja nak bergaduh aje. Bila masing-masing dah jauh, barulah sibuk nak rindu ke apa.

"Okay ibu. Dah kak tak payah nak marah sangat, nanti tak ada seri esok, susah nanti. Biar tak ada pengantin lelaki tak apa," Terus sahaja Ariq berlari keluar dari bilik itu tanpa belum sempat Airis nak pukul nya.

"Ibu tengok adik tu," ujar Airis sebelum dia melangkah ke arah Puan Aliya dan memeluknya.

"Tak payah layan lah adik tu. Dia saja je tu," pujuk Puan Aliya.

"Betul ke pengantin lelaki tak ada esok sebab akak pendek?" soalan yang keluar dari mulut Airis menyebabkan tawa yang diatahan oleh Puan Aliya sedari tadi terhabur keluar.

"Ibu! Janganlah gelak, akak serius ni!" mucung mulut Airis bersama kedua-dua tangan disilangkan di dada tanda protes.

"Tak ada lah. Apa pula pengantin lelaki tak ada sebab akak pendek? Tak ada kena mengena la akak,"

"Habis tu sebab apa?" Puan Aliya menarik nafas, cuba untuk pulih dari ketawanya tadi.

"Pengantin lelaki sambung belajar dekat luar negara, sebab tu dia tak boleh nak datang eosk," Muka Airis sekarang ni memang susah nak tafsir. Berkerut teruk dah tu dahinya.

"Habis tu dah kenapa yang sibuk sangat nak buat awal majlis nikahnya?" soal Airis, masih tak dapat nak tangkap dengan situasi sekarang.

"Tarikh nikah ni memang dah tetap, cumanya tak sangka pula bakal suami akak tu kena masuk awal. Nak tangguh pun dah tak boleh, apatah lagi nak cancel. Bila main dengan orang kaya ni kak, ada lah tu wasiat-wasiatnya. Ibu pun tak pandai nak terangkan," ujar Puan Aliya. Airis pula hanya mampu mengeluh.

"Akak jangan risau, akad tetap jalan. Kita buat online je esok ya. Lagipun akak pernah bagi tahu dekat ibu kan yang akak nak fokus study, dan sekarang bakal suami akak bagi akak fokus study. Dia pun tengah fokus study sekarang, kan sweet tu sama-sama study," sambung Puan Aliya.

"Kalau nak buat akad nikah online, tak payah lah nak buat kenduri semua ni. Membazir jela ibu, pengantin lelaki bukannya ada pun. Nak harapkan akak sorang, memang tak lah ibu. Lepastu, bilik ni. Baik tak payah kemas ibu, alik-alik akak sorang juga yang duduk lepas majlis nanti. Haih..." balas Airis, sempat dia mengeluh di akhir kata-katanya. Puan Aliya perasan akan reaksi kecewa yang diberikan oleh anaknya itu.

Siapa sahaja tak kecewa bila dapat tahu yang pengantin lelaki tak ada masa majlis akd nikah walaupun akad tetap jalan. Hari itu merupakan hari bahagia buat kedua-dua pasangan pengantin. Tapi kalau dah pengantin lelaki tiada. Bagaimana pengantin perempuan nak bahagia.

"Jangan lah cakap macam tu, akak satu-satunya anak perempuan ibu. Memang lah ibu nak buat majlis untuk akak, lagipun kita kena lah beri tahu semua orang tentang perkara ni supaya tak timbul fitnah nanti. Lagi satu, ibu nak semua orang dekat kampung ni tahu yang akak dah ada suami, tak adalah nanti ada yang masuk meminang akak. Kan dah susah dekat situ.," ujar Puan Aliya, dia faham akan perasaaan anaknya itu. Kesian pula dia bila mememikirkan nasib anaknya esok.

"Pasal bilik ni pula, tak payah lah akak kesah sangat. Ibu nak bagi akak rasa feeling feeling bakal pengantin macam tu. Tak ada membazir mana pun akak, akak jangan risau. Ibu dengan abah tak keluar kan duit banyak mana pun, semuanya ditanggung keluarga belah bakal suami akak tau," tambah Puan Aliya lagi. Terkejut juga Airis bila dapat tahu yang semuanya ditanggung oleh keluarga bakal suaminya.

"Ini dikira baik lah sikit, pada awalnya mereka sekeluarga nak buat dekat hotel tau. Tapi ibu rasa macam tak sesuai lah pula. Yela, pengantin lelaki kan tak ada,"

"Serius lah ibu diorang nak buat dekat hotel? Kaya sangat ke diorang ibu? Oh ya satu lagi, sampai sekarang akak tak tahu nama bakal suami akak. Apa nama dia ibu?" soal Airis, dah alang-alang sekarang mereka tengah berbincang topik berkaitan dengan bakal suami nya. Tak salah kalau dia nak ambil tahu namanya kan.

"Itu nanti esok-esok akak tahu lah. Dah lah, akak rehat lah ya. Ibu nak kebelakang, tengok apa yang patut. Aura dan Maryam sampai malam ni kan? Tanya dua orang tu, nak pakai inai sekali ke tak? Kalau nak suruh sampai awal sikit sebelum pukul 10, sebab akak pakai inai lepas isyak kan?" ujar Puan Aliya dan mendapat anggukkan dari Airis.

"Nanti akak bagi tahu diorang," balasnya. Mendengarkan balasan itu, Puan Aliya terus sahaja bangun dan meninggalkan Airis berseorangan di bilik itu.

"Melepas aku nak tahu nama mamat tu. Apa yang misteri sangat pun tak tahu lah. Nama je pun, kedekut nak bagi tahu. Dah lah tak ada esok, banyak cantik muka dia," bebel Airis sebelum dia merebahkan badannya dia atas katil tersebut. Mata pula rasa makin lama makin nak tertutup, penat sangat ni agaknya.

Comment