BAB 17

"Welcome to the other Nation, Mariposa," ujar Harraz. Airis yang masih tergamam itu memandang ke arah Harraz.

"Other Nation?" soal Airis.

"Yup, other Nation,"

Dahi Airis berkerut.

"Maksudnya?"

"Other nation means imagination," Harraz tersenyum sinis. Sekarang barulah Airis faham maksud Harraz. Dia kembali memandang ke sekeliling bilik itu. Bukan main banyak lagi buku yang tersusun cantik di setiap rak. Ada juga rak yang ditutup oleh gelas kaca. Di satu sudut terdapat piano yang terletak elok sahaja di situ. Tak sangka pula dia ada perpustakaan mini dalam almari. Dah macam Chronicles of Narnia pun ada.

"Library ni awak punya ke?" soal Airis. Boleh tahan besar juga perpustakaan mini milik Harraz ni.

"Yup, tapi itu dulu," terus sahaja Airis pusing pandang Harraz yang sedang bersandar di pintu. Airis pula dah ketengah tanpa dia sendiri sedar.

"Kenapa sekarang tak?" Harraz melangkah mendekati Airis.

"Sebab sekarang library ni dah jatuh hak sepenuhnya pada kau sejak kau melangkah masuk dalam library ni," balas Harraz bersama satu senyuman yang cukup manis pernah Airis tengok.

"Awak bagi library ni dekat saya ke?" soal Airis tak percaya. Memang gila lah kalau Harraz kata ya. Dah lama dia menginginkan perpustakaan mini miliknya sendiri.

"Kenapa? Kau tak nak?" laju Airis menggeleng.

"Bukan, tapi..."

"Lepas ni aku sibuk, jadi aku jarang masuk dalam bilik. Sebab tu aku bagi dekat kau. Kau nak tak?" kali ni laju pula Airis mengangguk. Gila nak tolak, rezeki ni. Tersenyum lebar Airis dibuatnya.

"Marah aku lagi?" soal Harraz masih mencari kemaafan dari Airis.

"Tak dah," balas Airis. Takkan lah dia nak marah lagi, Harraz dah hadiahkan dia perputakaan mini kut.

"Baguslah," Harraz senyum sebelum dia mencium dahi Airis.

Airis dah tak terkejut macam dulu sebab dah biasa. Setiap pagi sebelum dia pergi kelas, Harraz akan mencium dahinya. Tambah pula sekarang mereka dah tidur sebilik, Harraz akan mencuim dahinya setiap kali habis solat berjemaah serta sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

"Tu piano awak ke?" Harraz mengangguk.

"Wah, awak pandai main piano?"

"Kenapa? Tak percaya?"

Airis seakan berfikir sekejap. Dia percaya je kalau Harraz kata dia pandai main piano.

"Cuba awak try main, saya nak dengar. Boleh?" dengar sahaja permintaan daripada Airis. Harraz segera bergerak ke arah pianonya. Berhabuk habis dah pianonya ini. Sudah lama dia tak main. Harraz menarik nafas dalam sebelum dia memainkan irama River Flow in You dari Yiruma.

Habis sahaja Harraz memainkan irama tersebut. Laju Airis menepuk tangannya, bangga dengan kelebihan Harraz yang satu itu.

"Wow, matap lah awak," puji Airis, dia mendekati Harraz.

"Terima kasih awak," Airis senyum ke arah Harraz. Sekali lagi Harraz mencium dahinya.

"My pleasure, Mariposa," Airis pandang Harraz pelik.

"Mariposa?"

Harraz tersenyum sinis.

"Mariposa means butterfly, sayang," bisik Harraz di telinga Airis sebelum dia terus melangkah keluar meinggalkan Airis yang tergamam.

***^_^***

Airis terpaksa membatalkan dahulu hajatnya untuk bertapa dalam perpustakaan mininya kerana ada banyak assignment yang dia kena submit, dan dalam masa yang sama dia kena study. Harraz pula kunci almari tersebut sebab dia nak Airis fokus. Setiap masa Harraz akan temankan Airis siapkan assignment dan study. Risau kalau-kalau Airis curi masa baca novel.
Sekarang ni dah hampir tiga jam lebih dia menghadap nota-notanya. Otak dah beku dah, langsung tak boleh nak sumbat lagi. Airis mengeluh dan alih pandangan pandang ke arah Harraz yang sedang duduk di meja kerjanya.

"Haih..." keluh Airis kuat, sengaja nak bagi Harraz perasan yang dia dah bosan. Tapi Harraz sikit pun tak pandang ke arah dia.

"Haih..." sekali lagi Airis mencuba nasib, dan keputusannya masih masa. Disebabkan Harraz masih tak perasan, tak sengaja Airis mendecit dan menghempas bukunya. Dengan itu, laju sahaja Harraz angkat kepala pandang Airis.

"Kenapa?" soal Harraz bersama sebelah kening yang terangkat.

"Saya bosan lah, otak dah tak boleh nak masuk dah ni," adu Airis. Nak muntah dah dia tengok nota-notanya sekarang.

"Then?"

"Kalau saya nak baca novel boleh?" Airis melaga-lagakan kedua-dua jari telunjuknya.

"Nope, kalau kau baca novel nanti kau ralik. Lepastu kau tak nak study,"

Mucung mulut Airis mendengar balasan daripada Harraz.

"Jom," Harraz bangun dan mengemas mejanya.

"Nak pergi mana?" soal Airis, walaupun di tertanya-tanya, dia tetap mengemas mejanya juga.

"Kita pergi pantai, nak?" Airis tersenyum sambil mengangguk laju.

"Nak, saya pergi bersiap kejap," terus dia tinggal meja yang masih belum siap kemas. Berlari dia masuk ke dalam bilik untuk bersiap. Harraz hanya tersenyum sahaja, dan bergerak ke arah meja Airis untuk mengemas nota-nota isterinya yang berterabur.

***^_^***

"Wahh, segarnya!" Airis mendepakan tangannya. Bersama mata yang terpejam, dia menarik nafas dalam. Angin pantai yang menampar-nampar halus pipinya itu membuatkan dia berasa tenang. Harraz hanya memerhati sahaja Airis dari sisi sambil berpeluk tubuh. Kesian isterinya itu penat mengulang kaji pelajaran.

"Terima kasih awak bawa saya datang sini," ujar Airis, dia hampir lupa yang dia datang dengan Harraz.

"Seronok?"

Harraz pusing menghadap Airis. Laju sahaja budak Airis tu mengangguk.

"Seronok lah, tenang je rasa. Hilang semua masalah," Airis tersenyum, pandangan di halakan ke arah air laut yang biru berkilau akibat daripada sinaran matrahari. Sejujurnya, dia sebenatnya takut laut. Tapi kalau sekadar duduk tepi pantai ni, dia boleh lagi. Dia cuma takutkan laut dalam sahaja.

"So, aku dah bawa kau ke sini. Apa hadiah aku?" laju Airis pusing ke arah Harraz.

"Awak nak hadiah ke?"

Harraz mengangguk.

"Hadiah apa?"

Harraz menundukkan wajahnya agar separa dengan wajah Airis. Dia kemudian menunjuk ke arah bibir Airis.

"Aku nak ni..."

Kini jarinya di bawa kedua-dua belah pipinya.

"Dekat sini," ujar Harraz bersama satu senyuman yang membawa beribu makna.

"No!" Laju sahaja Airis membantah, gila ke dia nak cium Harraz dekat tengah-tengah orang ramai.

"Kenapa pula tak boleh? Aku dah bawa kau datang sini tau?" Harraz bercekak pinggang, tak puas hati dengan balasan Airis.

"Saya tak minta pun awak bawa saya datang sini," Airis silangkan tangannya di dada bersama dengan muka yang tak bersalah.

"Ooo... Okay, tak apa. Jom kita balik," Harraz terus tarik tangan Airis, mengheret isterinya itu ke kereta.

"Eh, kita baru sampaikan. Kenapa dah nak balik," Airis cuba untuk menarik semula tangannya. Tapi tak berdaya bila Harraz pegang dengan kuat.

"Kau tak nak kiss aku, kita balik" balas Harraz tanpa memandang ke arah Airis.

"Apa awak ni? Takkan saya nak kiss awak dekat tempat awam macam ni?" Airis dah berkerut dahi melihat perangai Harraz yang sekarang. Harraz berhenti dan terus pusing pandang Airis dengan muka garangnya.

"Biar je la. Biar semua orang dekat sini tahu yang kau tu isteri aku, jadi tak payah sibuk nak usya isteri aku,"

"Pula?"

Dari awal mereka sampai lagi Harraz perasan ada beberapa orang yang asyik pandang Airis. Ada juga sekumpulan budak lelaki yang sedang mengundi siapa yang akan meminta nombor Airis. Dia bukannya nak fitnah, tapi dia dengar apa yang lelaki-lelaki itu katakan. Membara panas hati dia dibuatnya.

"Asal? Kau suka lelaki-lelaki tu pandang kau? Nak try kau? Macam tu?"

"Awak jealous, eh?"

Jari telunjuk di halakan ke arah Harraz bersama senyuman penuh kemenangan. Harraz tunduk sehingga mukanya sama aras dengan Airis. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Bukannya jealous Airis, tapi aku nak diorang tahu yang kau ni isteri orang. Kalau dah kemaruk sangat nak ada girlfriend pergi lah cari yang single, sibuk nak ambil yang dah berpunya kenapa? And lagi satu, diorang bukan lawan aku Airis. They must be talented to steal what doesn't belong to them, but it's just a shame that fighting isn't one of their skills. If they take you from me, I'm going to reclaim what's rightfully mine. Once you're mine, forever mine. Mark that in your brain and of course in your heart. Permanently, Mariposa,"

CUP!

Harraz cium Airis sekilas. Cuma kali ini bukan di dahi, tapi di bibir Airis. Kejung terus Airis dibuatnya. Harraz angkat kepala dan alihkan pandangannya sekilas ke arah sekumpulan lelaki yang tak habis-habis mengusya Airis bersama satu senyuman sinis.

"Aku nak pergi beli air, jom," Harraz kembali menarik tangan Airis ke arah gerai yang terdapat di situ. Airis hanya diam dan tidak meronta seperti tadi, terkebil-kebil dia ikut langka Harraz. Dunianya seakan terhenti apabila Harraz mencuimnya tadi. Nasib baik dia tak pengsan dekat situ, bahaya sungguh Harraz ni sekarang.

Comment