𝒄𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 08 .

Jihyo merebahkan badan diatas katil . Dia meniarap , bantal dibuat lapik kepala . Raut wajah itu benar-benar sugul . Dengar sahaja perbualan Felix dan cikgu Paul , Jihyo berubah sedih . Dia tidak mahu jadi manusia yang pentingkan diri sendiri tapi jauh disudut hati Jihyo tidak mahu Felix pergi .

Jika Felix menerima tawaran dan pergi ke Yonsei University pasti keduanya akan jarang berjumpa dan kemungkinan tidak akan berjumpa untuk masa yang lama . Itu yang membuatkan Jihyo berat hati membiarkan Felix pergi .

Lagipula , kalau apa-apa terjadi kepadanya sudah tiada sesiapa mahu membela dan melindungi dirinya seperti Felix . Apalagi tentang Mijoo yang sentiasa tidak puas hati dengannya . Tidak ditambah lagi dengan Eric yang juga selalu tidak berpuas hati dengan dia dan Felix .

Walaupun , Eric sekarang berada di kampung kerana ada urusan keluarga , pasti nanti Eric kembali ke sekolah akan cari gaduh dengannya lagi . Bagaimana Jihyo mahu membela diri andai tiada Felix ? sedangkan Felix lah yang selalu ada bersama jika dia ada dalam kesusahan .

Jihyo sebek .
" Aku ni pentingkan diri sendiri ke ? " tanya Jihyo kepada diri sendiri . Bunyi pintu bilik dibuka dari luar membuatkan dia mengalihkan pandangan kearah itu . Terpancul muka Yuqi dengan senyuman melebar .


" Chu cakap lepas balik sekolah kau terus berkurung dalam bilik .
Kenapa ? " Yuqi masuk kedalam dan melabuhkan duduk dibirai katil sebelah Jihyo . Jihyo pandang Yuqi dengan muka sebek .

" Kenapa ?
Kau gaduh dengan Felix ke ? " tanya Yuqi prihatin . Dia duduk bersila mengadap Jihyo . " Ani--- kitorang tak gaduh " Jihyo geleng seraya bangun dan turut bersila .

" Habis tu kenapa ? "

Jihyo peluk bantal dengan muka sedih .
" Tadi aku dengar perbualan Felix dengan Cikgu Paul . Diorang bincang pasal Felix kena pindah pergi Yonsei " jawapan Jihyo membuatkan Yuqi mulai faham kenapa mood rakannya itu berubah .

" Jihyo--- aku faham perasaan kau .
Kalau aku dekat tempat kau pun pasti aku sedih juga . Kau sabar ya . Nak buat macam mana . Itu dah macam tanggugjawab Felix untuk sekolah "

" Tapi aku tak nak dia pergi--- "
balas Jihyo dengan suara merengek sedih . " Jihyo--- " Yuqi memegang lengan Jihyo . Kesian pula dia tengok Jihyo sekarang ini .

" Aku pun kalau boleh tak nak dia pergi sebab aku tak nak tengok kau sedih . Kau janganlah macam ni . Jihyo--- " berkaca mata Yuqi apabila Jihyo mulai menangis .

Jihyo kesat airmata .
" Kadang-kadang aku kesal kenapa Felix pandai main bola . Hiks--- jahat kan fikiran aku " ujar Jihyo . Semakin laju airmatanya mengalir . " Jihyo--- janganlah nangis " Yuqi memeluk Jihyo erat . Cuba memujuk Jihyo supaya tidak menangis .














" Dia luahkan dekat aku yang dia sedih bila dengan kau nak pindah " ujar Haruto Felix disebelah . Keduanya sedang duduk di tepi gelanggang futsal . Baru habis bermain futsal . " Entah , aku serba salah . Tak pergi kan nama aku dah ada dekat sana . Kalau pergi Jihyo pula aku serba salah nak tinggal " balas Felix sambil menghela nafas berat .

" Cikgu Paul pun dah suruh aku bersiap beli apa yang patut untuk aku punya keperluan dekat sana "


" Aku rasa kau jumpalah dia .
Pujuk dia .
Mesti dia tengah sedih sekarang .
Bagi aku , aku tak tahu nak cakap macam mana . Tak bagi kau pergi tapi tu dah impian kau . Lagipun nama kau dah ada dekat sana . Dan nak suruh kau pergi aku serba salah pula dengan Jihyo . Bagi aku kau fikirlah betul-betul . Buat keputusan sebaiknya " ujar Haruto menasihati sebagai seorang kawan .

" Tapi kalau betul-betul aku pergi nanti . Aku harap sangat kau boleh jagakan Jihyo untuk aku . Kau je aku boleh harapkan " rasa risau Felix begitu menebal untuk meninggalkan Jihyo . " Aku boleh jagakan dia , Felix . Bukannya tak boleh . Tapi tulah Jihyo nak kau je "











" Unnie--- Felix oppa datang ! "
Laung Chu dari tingkat bawah .

Jihyo keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah . Dilirik sekilas eomma nya di dapur sedang memasak . Jihyo keluar dari rumah . Sweater yang dipakai dia rapatkan ke tubuh . Terasa sejuk pula malam-malam ni .

Pintu pagar Jihyo buka .
Berpandangan dengan Felix yang sedang bersandar di dinding pagar .


Felix berdiri tegak dan mendekati Jihyo . Raut wajah Jihyo bertukar sedih apabila melihat Felix . " Awak buat apa dekat sini ? "Β  tanya Jihyo . " Kenapa luah rasa sedih kau dekat Haru ? kenapa tak bagitahu je dekat aku ? " soalan Felix membuatkan mata Jihyo berkaca .

" Saya tak nak jadi penghalang awak pergi sana " ujar Jihyo .

" Siapa kata kau penghalang ? kalau sedih bagitahu aku . Kalau ada masalah luahkan dekat aku . Kau ada aku kan "

Jihyo tunduk .
Tangisan kecil mulai kedengaran .
Felix membawa Jihyo kedalam pelukannya . " Aku nak pesan . Kalau aku pergi kau jaga diri . Dengar cakap Haru sebab dia akan jagakan kau untuk aku nanti . Aku mungkin akan busy dan kita akan jarang jumpa . Tapi kau kena tahu yang hati aku hanya ada kau "Β  pesanan Felix benar-benar memilukan hati Jihyo .

" Hiks--- "
Jihyo memeluk erat pinggang Felix dan menghamburkan tangisan di dalam pelukan itu . Felix membiarkan . Biarlah Jihyo menangis semahunya .

...

BERSAMBUNG .

Comment