𝒄𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 03 .


" Nah "

" Gomawo--- "
Jihyo menyambut aiskrim kon pemberian Felix . Bersinar-sinar mata Jihyo apabila dapat aiskrim kegemarannya itu .
" Erm--- lepas ni kita nak pergi mana ? "
Jihyo menyoal sambil makan aiskrim .

" Balik "
Jawab Felix singkat dan berjalan mendahului Jihyo . Mata Jihyo terbuntang . Dia mengejar Felix dan berdiri di depan lelaki itu .

" Awak kata nak dating .
Tak akanlah dah nak balik .
Dari luar tadi kita dekat pantai ni je . Lepas tu saya makan aiskrim "
Jihyo tunjuk aiskrim di tangannya dengan muka tak puas hati . Dating apanya macam ni . Duduk dekat pantai ni pun tak sampai 15 minit pun lagi .

" Habis tu kau nak pergi ? "

Jihyo hembus nafas kasar .
" Nah--- "
Aiskrim dia berikan kembali kepada Felix .
Felix ambil dengan raut wajah bingung .
" Lebih baik tak payah keluar dating kalau macam ni . . " Jihyo mahu pergi tapi lengannya pantas di pegang oleh Felix .

" Yelah--- kau nak pergi mana aku bawakan ? aku tak tahu nak pergi mana "
Felix cuba memujuk .
Raut wajah Jihyo jelas tampak masam mencuka .
" Tak payah .
Awak nak balik kan .
Kita balik jelah . Tak payah nak dating ke apa . Nanti buat masa awak je kena layan saya ni "

Felix mengeluh seraya garukan kepalanya .
Aduh , mood buah hati tak berapa baik lah pula .

" Okay , aku bawa kau tengok wayang yea .
Kita tengok cerita Monster Hunt .
Kau kan suka Monster kecil tu "
Orang yang tak reti nak memujuk ini sahajalah modal yang ada .
Jihyo jeling geram .



Selesai menonton wayang , Felix dan Jihyo jalan sama-sama untuk balik kerumah .
Disebabkan Jihyo merajuk , Felix telah bawa Jihyo tengok wayang dan bersiar-siar . Keduanya dating seperti pasangan yang lain . Sampailah ke malam keduanya dating .

Merekah senyuman Jihyo . Dia tunduk melihat tangannya yang di pegang oleh tangan Felix . Terasa berbunga-bunga hatinya . Walaupun , Felix seorang yang beku dan sentiasa serius . Tapi kadangkala lelaki itu sweet juga .

" Erm--- awak dah jumpa ke dengan Cikgu Seonghwa ? "
Tanya Jihyo kerana fikir dia , Felix tidak jumpa lagi dengan Cikgu kelasnya itu . Itupun sebab tiada pula dia dengar apa-apa masalah tentang dirinya yang keluar dari mulut Felix .
" Belum lagi .
Esoklah aku jumpa "

" Kenapa ?
Kau takut Cikgu Seonghwa cerita dekat aku kesalahan yang kau buat ? "
Pertanyaan Felix menghentikan langkah Jihyo . Dia dan Felix saling mengadap .
" Aniyo--- saya mana ada buat salah apa-apa " Jihyo menyangkal tanggapan Felix .

" Boleh percaya ke kau ni ? "

Jihyo angguk .
" Saya tak ada buat salah pun .
Cikgu Seonghwa tu je selalu tak puas hati dengan saya . Ada je yang tak kena "
Asyik nak cari kesalahan dia je .

" Yelah--- "
Keduanya sambung jalan dan berhenti di depan rumah Jihyo .

Jihyo berdiri depan Felix .
Dia mengukir senyuman .
" Gomawo tau bawa saya jalan-jalan .
Saya happy sangat hari ni "
Walaupun sempat merajuk tadi .

Felix angguk .
Jihyo jengketkan kaki dan pipi Felix dicium .
" Gomawo , saya masuk dulu "
Jihyo buka pintu pagar dan terus masuk kedalam rumah . Felix tersenyum , dia pusing dan melangkah pergi .

Di dalam bilik , Jihyo tutup pintu bilik dan melangkah ke cermin . Mulutnya di tekup .
" Apa aku buat ni ? "
Jihyo terloncat-loncat kecil dan berbaring diatas katil .
" Why aku kiss dia ?
Aaaa--- gediklah kau ni Jihyo .
Aaaaa--- help ! " Jihyo menjerit malu . Bantal diambil dan tekup mukanya .

TOK ! TOK !

Jihyo kalihkan bantal dari mukanya .

" Jihyo--- kenapa jerit ?
Kamu kenapa ? "
Soalan Puan Song membuatkan Jihyo bingkas bangun .
" Aniyo--- tak ada apa-apa eomma .
Jihyo ternampak lipasΒ  je " dengar jawapan Jihyo membuatkan Puan Song tergeleng-geleng . Puan Song berlalu dari bilik anak sulungnya itu .

" Aish--- pabo la kau Jihyo "
Kepalanya dipukul geram .


++

" Cikgu "

" Haa , Felix mari masuk "
Felix masuk kedalam bilik Cikgu Seonghwa dan duduk di depan meja cikgu itu .
" Kenapa Cikgu nak jumpa saya ? "
Tanya Felix walaupun dia boleh agak Cikgu Seonghwa mahu jumpa dengannya pasti berkaitan dengan Jihyo .

" Macam ni , Felix .
Awak sendiri pun tahu pembelajaran Song Jihyo tu macam mana . Markah exam dia betul-betul tak memuaskan . Dan kedudukan dia pun sangat membimbangkan iaitu kedudukan terakhir dalam tingkatan . Jadi awak sebagai orang paling rapat dengan dia dekat sekolah ni , saya mahu cadangkan sesuatu . . "
Cikgu Seonghwa jeda sejenak .

" Saya panggil awak ni sebab saya tak nak berurusan dengan eomma dia lagi . Sebab saya tahu eomma dia ibu tunggal dan urus cafe pun sendirian . Jadi saya tidak mahu menganggu urusan eomma Song Jihyo "
Sambung Cikgu Seonghwa lagi .

" Apa yang Cikgu nak saya buat ? "

" Okay , macam ni .
Awak pun sebagai pelajar contoh sekolah ni . Saya nak cadangkan awak jadi pengajar Song Jihyo di rumah . Tolong jadi cikgu sementara untuk dia di rumah . Kertas soalan dah saya berikan kepada dia . Saya betul-betul mengharapkan bantuan dari awak . Peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi "

Cadangan Cikgu Seonghwa pernah difikirkan oleh Felix sebelum ini . Dia pun pernah terfikir mahu ajarkan subject yang Jihyo lemah di rumah . Mahu membantu Jihyo semampunya . Jadi dia akan terima cadangan Cikgu Seonghwa jika itu untuk kebaikan Jihyo .


Jihyo menguis-nguis nasi di dalam pinggan . Terasa tidak berselera mahu makan apabila memikirkan tentang markah mathematic nya yang diberikan oleh Cikgu Seonghwa tadi . Dia di kedudukan terakhir dalam kelas dan dalam tingkatan . Segan pula apabila pelajar lain pandangnya dengan pandangan mengejek .

" Jihyo--- dahlah tu .
Janganlah fikirkan sangat . Kau boleh usaha lagi kan nanti "
Yuqi bersuara . Kasihan pula dia tengok Jihyo dia muka sedih tu .

" Aku tahu semua orang ejek aku . Mengata dekat aku . Pandang aku macam aku buat kesalahan besar . Aku tahulah aku tak pandai macam dorang "

" Tahu pula kau tak pandai macam kitorang . Jadi tak payahlah nak berlagak "
Tiba-tiba muncul Mijoo dengan kata-kata tidak sedap di dengar .
" Dahlah , Mijoo .
Jihyo tak kacau kau kan .
Tak payahlah nak cari pasal dengan dia "
Balas Yuqi tidak senang dengan kehadiran Mijoo yang ada sahaja benda tak puas hati dengan Jihyo .

" Aku tak bercakap dengan kau kan .
Jadi tak payah nak masuk campur "
Mijoo tunjuk Yuqi dengan raut wajah menyampah .

Jihyo berdiri sambil pegang dulang makanannya .
" Yuqi aku masuk kelas dulu "

" Alaa, Jihyo kau tak payahlah kisah si Mijoo ni "

Jihyo tidak hiraukan kata-kata Yuqi .
Dia mahu cepat-cepat pergi . Tapi baru sahaja dia jalan mahu ke tempat letak bekas makanan , tiba-tiba seseorang tolak bekas makanan yang dia pegang hingga jatuh ke lantai .

" Opps ! kesiannya-- "
Mijoo tekup mulut buat-buat kasihan apabila Eric tolak bekas makanan Jihyo hingga jatuh .
" Yaa ! kenapa buat macam tu ? "
Yuqi meluru kearah Jihyo .

" Jihyo--- "

Jihyo diam sahaja sambil tunduk tengok bekas makanannya . Sedaya upaya dia tahan dari menangis . Kedengaran pelajar lain mengejeknya dan gelak-gelak .
Eric buat-buat tak tahu dan menonong pergi . Mijoo juga sudah melangkah pergi dari kantin .

" Jihyo-- "

" Aku okay "
Balas Jihyo dengan nada tertahan . Jihyo duduk mencangkung . Mangkuk dia ambil .
Baru sahaja Jihyo mahu ambil gelas yang pecah , tiba-tiba ada tangan pegang lengannya dan dia ditarik berdiri .
Terkejut Jihyo dengan kehadiran Felix .

Pelajar lain juga terkejut dengan kehadiran Felix .

" Kau duduk sini "
Felix mendudukan Jihyo diatas kerusi . Dia duduk mencangkung kutip bekas makanan Jihyo dan diletakkan di dalam sebuah besen besar yang disediakan oleh pihak kantin .

Selepas itu , Felix menghampiri Jihyo .
" Jom--- "
Lengan Jihyo dia pegang dan bawa Jihyo keluar dari kantin .

++

BERSAMBUNG .

Comment