Lucky

Seperti biasa, Fathia hanya berdiam diri kerana memikirkan nasibnya yang sentiasa malang dalam percintaan. " apalah nasib aku ni, dulu bercinta pakwe ada perempuan lain, bila dah bagi peluang lama-lama buat lagi, bosannya. Dahlah lama nak move on " . Danial yang aktif di dalam kelas, segera menegur Fathia kerana risau akan sahabatnya itu. " gusi, aku dengar cerita kau ada apa-apa dengan Rayyan form 5 tu, betul ke? " . " ish kau ni, terkejut aku, mana ada lah aku cuma minat je, tepilah janganlah berdiri sebelah aku, kalau awek kau nampak nanti mati aku " tegas Fathia. " yelah yelah " akur Danial.


" wuish, ramai siot budak beratur " cetus Dania kepada geng Sister Hood yang lain. " korang pergilah cop tempat duduk dulu, nanti aku cop barisan hahaha " arah Laila kepada gengnya. Ketika asik makan, segerombolan senior yang baru keluar kelas menuju ke kantin. " wey Fathia, tu Rayyan hahaha " bisik Dania kepada Fathia sambil ketawa. " haih aku tak suka dia lah. Dia dah ada crush, lagipun nampak je pendiam tapi aku rasa dia kaki perempuan. Member aku Dian 4Diamond tu pun suka Rayyan, cuma Rayyan tak layan dia. " jelas Fathia dengan tegas.


" I have an idea, before final exam, lets do something fun. Each one of you must sing one english song tomorrow. So tonight, you guys must find your favourite english song to perform infront of me " arah Sir Din kepada murid kelas 2Diamond.


Tingkatan 1 hingga 3 dilepaskan keluar dari kelas lebih awal berbanding tingkatan 4 dan 5. Sebelum pulang, mereka yang beragama Islam diwajibkan solat di surau sekolah. " panas betul kantin ni, haih bukaklah kipas dahlah 15minit lagi pintu pagar nak bukak " rungut Hana. " tahu takpe! Eh kejap, diaorang nak duduk meja depan kita ke wey? " tanya Fathia kepada geng Sister Hood yang lain apabila melihat senior silat mereka berjalan kearahnya. " haahlah, tu kan memang " port " diaorang " jelas Hana dan Laila serentak. Selepas itu, Dania dan Laila bangun lalu pergi meninggalkan rakannya. " diaorang nak pergi mana, Syafiqah? " tanya Fathia. " macam biasa, toilet lah apa lagi " jelas Syafiqah.


Tiba-tiba, Fathia terkejut kerana melihat susuk tubuh seseorang yang dikenalinya sedang berjalan ke arahnya sambil memandang tepat ke matanya. Susuk tubuh itu duduk dihadapan kerusi yang diduduki oleh Fathia. " dah kenapa mamat ni? " soal hati Fathia. " hai tyia, balik sekolah ni naik bas ke? " tanya Rayyan. " yelah nak naik apa lagi kan " jelas Fathia sambil tersenyum segan disapa begitu oleh crushnya. " jomlah naik motor dengan Rayyan, kita naik RXZ kuning tu " gurau Rayyan sambil tersenyum. " takpelah, lebih rela naik bas yang panas tu " jawab Fathia sambil ketawa hambar. Rayyan hanya tersenyum melihat tingkah laku Fathia yang agak janggal dengan gurauannya itu. " fuyoo pewittt! " Naufal si mulut kepoh dan Khairul mencelah. Khairul merupakan partner silat Rayyan merangkap kawan baik mereka namun berlainan kelas. " wey, bas dah sampai jomlah blah " ajak Fathia kepada geng Sister Hood. " ehem ehem bukan main sweet nampak " ejek Dania kepada Fathia. Fathia hanya ketawa dan diikuti rakannya yang lain. " bye guys hati-hati balik, jatuh tangga bangun sendiri! " jerit Mariam sambil berjalan menuju ke asrama.


" Thia, kau perasan tak Hafiz asyik pandang kau je tadi, ke mata aku dah rabun ni " tanya Hana kepada Fathia. " mana aku tahu, biar jelah dia kan dah ada awek baru, jangan harap aku nak getback balik, dah cukup derita aku dulu " jelas Fathia. " haih, Hafiz Hafiz, aku pun tak tahu kenapa jiran aku macam tu " hairan Hana.


                               Whatsapp
Danial : kau nyanyi lagu apa nanti Fathia?
Fathia : eh sebok je kau ni
Danial : ala, aku nak tahu je. Aku bawak lagu Lucky
Fathia : seboklah engkau. Tu lagu favourite aku lah!
Danial : sukahati akulah. Aku dah cop dulu.
Fathia : kau dengan Aida macam mana? Okey?
Danial : entahlah penat dah aku kejar dia, dia asyik menggelak dari aku je.
Fathia : ilek ah, dia malulah tu, nasib baik aku malas dah nak bercinta, nanti aku kena macam kau.
Danial : tulah, aku dah putus dengan dia sebenarnya tapi aku still nak dia.
Fathia hanya memberi semangat kepada sahabatnya agar tidak cepat menyerah sambil teringat luahan hati Danial terhadap Fathia dahulu yang pernah menyukai Fathia.

Comment