Kenangan

" nak ke tak nak ni? Ikutkan hati nak, ikutkan keadaan macam taknak. " Fathia cuma banyak temenung sejak kebelakangan ini. Fathia yang merupakan anak bongsu itu memang tidak gemar menceritakan hal-hal perasaan terhadap keluarga sendiri sama ada adik-beradik mahupun ibu ayahnya. Hal ini kerana, ibu dan ayah Fathia sendiri berpewatakan tegas. Jadi, tidak hairan lah anak-anaknya yang lain turut berpewatakan sebegitu. Namun, Fathia beranggapan bahawa adik-beradiknya juga masing-masing pernah melalui perkara yang sama seperti dirinya tetapi mereka lebih bijak menyelesaikannya sendiri.


Fathia sedar bahawa kawan-kawannya sentiasa ada bersamanya malahan keluarganya juga ada walaupun mereka tidak begitu prihatin terhadap anak-anaknya yang sedang meningkat dewasa.


Fathia tersenyum apabila teringat tentang abang-abang dan kakak-kakaknya yang masing-masing mempunyai sifat yang berlainan. Fathia waktu kecil dahulu sangat akrib dengan abang sulungnya sehinggakan abangnya sentiasa membawa Fathia ke rumah kekasihnya yang kini bergelar isterinya. Fathia juga tahu tentang kesungguhan abangnya yang meminati isterinya sejak mereka di bangku sekolah.  Semasa tingkatan 3 abangnya dikenali sebagai pelajar dari kelas ke- 5 daripada 6 buah kelas. Dia telah meminati kekasihnya itu yang merupakan pelajar dari kelas pertama. Atas sebab cinta, abangnya bersungguh-sungguh dalam pelajaran sehinggakan dia telah terpilih untuk memasuki kelas pertama. Cintanya tetap ditolak, namun abangnya masih mengejar cinta kekasihnya sehingga mereka melanjutkan pelajaran ke kolej yang sama. Cintanya diterima kerana abangnya tidak dapat menahan sebak sebab kekasihnya diminati oleh ramai orang.


" hahaha, kesiannya abang aku dulu. Kan best kalau rapat macam dulu. " Fathia teringat tentang abangnya sambil membelek-belek surat-surat lama yang pernah diutuskan oleh abangnya kepada kekasih hatinya dulu.


Lain pula kisah tentang anak kedua Encik Yazeed yang merupakan seorang wanita yang bersederhana. Fathia rapat dengan kakaknya itu sejak abangnya mendirikan rumahtangga. Kakaknya tegas namun dia tidak lupa akan tanggungjawab terhadap keluarganya. Dia juga mempunyai kisahnya tersendiri yang mana dari tingkatan 1, dia telah bersekolah di luar dan menyambung tingkatan 4 di Sekolah Teknik. Dia terpaksa hidup berdikari, dia juga terpaksa pulang ke kampung halamannya menaiki bas kerana waktu itu, ayah Fathia sibuk bekerja di luar bandar. Malah, ibunya hanya merupakan suri rumah sepenuh masa. Kesungguhan kakaknya hidup berdikari membuatkan kehidupannya senang. Walaupun begitu, kakaknya masih tidak gemar membeli-belah. Fathia kagum dengan kakaknya itu yang mempunyai hati yang kental.


" tak guna punya perempuan, kalau tak suka tu cakap jelah awal-awal. "


" haa kenapa ni " Fathia terkejut selepas membaca post yang dimuat naik oleh Rayyan.

Comment