Chapter 6

Dalam chapter yang lepas

"Lebih baik kau bagitahu-" belum sempat Alicia menghabis kan kata kata nya ada orang memanggil Rudy.

"Rudy cepat lah!! Kita dah lambat ni!! Nanti kena marah dengan kak zana baru tahu!! " kata.....

Sambungan,

"Rudy cepat lah!! Kita dah lambat ni!! Nanti kena marah dengan kak Zana baru tahu!! " kata Ali.

"Kejap Ali!! Aku tertinggal barang!! " kata Rudy. Dia pun berjaya melepas kan tangan nya dari Jet dan Khai.

Kemudian dia berlari ke arah Ali. Mereka berjalan keluar dari Akedemi dan memasuki kereta Alphard. Di dalam kereta tersebut sudah ada Zana, Zara Azim dan Viktor. Selepas Ali dan Rudy memasuki kereta mereka terus bergerak ke rumah Ali. Mereka merancang untuk membuat sleepover di rumah Ali.

Keesokan hari nya.

Setelah sehari di rumah Ali mereka memutuskan untuk pulang ke Akedemi.

Setiba nya di Akedemi,

"Sedap nya cerita yang kita tengok semalam kan!? " kata Ali.

"Tu lah, nanti-nanti kita tengok lagi. " kata Azim.

"Ala tak best la tengok cerita yang sama. Tak boleh ke kita tengok cerita yang lain nanti? " kata Zara

"Boleh nanti aku beli cerita lain. " kata Ali.

"Weyh Ali, aku lupa nak bagitahu yang kita ada perjumpaan hari ni" kata Rudy.

"Pukul berapa? " tanya Ali.

"Pukul lapan setengah " kata Rudy.

Ali melihat jam nya lalu berkata " ala ada lagi setengah jam kot. Lambat lagi" kata Ali.

"Kita pergi awal la sebelum terlambat. Nanti lambat kena marah dengan ejen leon" kata Rudy.

"Kita takkan terlambat punya. Caya la cakap aku" kata Ali.

"Kita pergi sekarang atau aku bagitahu mak kau yang kau tak tidur malam semalam sebab nak siap kan projek pinggiran  yang ayah kau bagi" kata Rudy mengugut Ali.

"Macam mana kau tahu yang aku tak tidur malam semalam? " kata Ali terkejut.

"Aku nampak kau buat kerja masa aku pergi dapur ambil air" kata Rudy selamba.

"Eh dah lewat ni. Baik kita pergi sebelum kena marah " kata Ali.

"Sebelum kita pergi Ali, apa kata kita bincang pasal ni" kata Zana.

"Kita bincang lepas habis perjumpaan  nanti. " kata Ali mengelak.

"Ok. Tapi kalau kau cuba nak lari, aku bagitahu ejen Aliya. " kata Zara.

"Ye ye Ali tahu" kata Ali.

Mereka pun terus ke arena.

Sesampai nya mereka di arena, mereka melihat semua orang sudah berkumpul di situ.

Ali mengambil tempat di sebelah ketua teras kerana dia super ejen.

"Baik, semua sudah ada. " tanya E. Zain

"Sudah ejen Zain" kata Alicia.

"Kami menyuruh kamu ke sini kerana kami ingin tanya adakah kamu sudah memilih siapa yang kamu ingin menjadi kan ketua ejen muda? " tanya General.

"Belum General. Kami masih belum memilih nya. " kata Alicia.

"Baik lah. Di sebab kan kamu masih belum memilih siapa yang bakal jadi ketua kamu, saya akan menyuruh Ali untuk memilih seorang dari kalangan kamu semua. " kata E. Zain sambil memberi isyarat kepada Ali. Ali hanya mengangguk.

"Sebelum saya tiba di sini, saya sudah membaca fail ejen kamu. Saya mendapati bahawa hanya seorang sahaja yang layak menjadi ketua kamu. Ejen Alicia dari teras neuro. Sila ke depan. " kata Ali dengan dingin.

Alicia pun menuju ke hadapan.

"Dengan ini saya melantik kamu sebagai ketua ejen muda. Saya juga ingin melantik tiga orang yang akan menjadi ketua teras masing-masing. Rudy sebagai ketua teras inviso, Khai tekno dan Iman kombat. Kamu akan di masuk kan ke kelas yang sama. Yang lain kamu juga akan di masuk kan ke kelas yang sama cuma kamu tidak akan sekelas dengan mereka. Saya akan menjadi mentor kamu di sana kerana ini arahan ketua teras dan saya harus ikut. Jangan risau mentor pun akan ada di sana cuma kalau ada masalah saya yang akan memberitahu kepada kamu semua. " kata Ali.

"Saya rasa itu je lah. Saya pergi dulu. " sambung Ali dan cuba mengelak dari di soal oleh Zana.

"Eh sebelum tu Ali, mak kamu telefon. Yang lain boleh bersurai " kata E.Dayang.

Ali memandang ke arah rakan-rakan nya dan menggerak kan kepala nya sebagai soalan. Mereka hanya mengangkat bahu nya kecuali rudy yang menunjuk kan telefon nya ke arah Ali sambil tersenyum sinis.

Ali yang melihat nya terus menunjuk kan jari kelingking ke arah rudy. Rudy yang tahu apa maksud nya hanya menjelir kan lidah ke arah nya lalu keluar bersama ejen yang lain.

Ali hanya pasrah mendengar bebelan dari ibu nya. Setelah beberapa jam, Ali keluar dari bilik tersebut dengan telinga yang merah kerana mendengar bebelan dari ibu nya.

Bersama Ali,

"Tak guna punya Rudy. Dia kata dia taknak bagitahu dekat mak aku. Apa hal dia bagitahu pulak. " kata hati Ali.

Ali pun berjalan mencari Rudy. Semasa dia berjalan, dia terlanggar seseorang.

"Eh sorry sorry. Aku tak sengaja " kata Ali lalu membantu orang tersebut bangun.

"Eh takpe takpe. Sikit je ni. " kata orang tersebut.

"Kau sure? " kata Ali.

"Yes" balas orang tersebut.

"Nama kau apa? Kawan aku tak bagitahu pun siapa yang duduk dalam Akedemi ni. " kata Ali.

"Nama aku jeffrey. Orang panggil aku Jet. " kata Jet.

"Oh Jet. Aku nak tanya kau. Kau nampak tak Rudy. " tanya Ali.

"Nampak dia ada kat training ground. Training kata nya. " kata Jet.

"Ok." kata Ali terus pergi dari situ.

Jet melihat Ali pergi lalu berlari ke arah ruang legar. Dia masuk lalu menjerit...

"OMG!! Ali cakap dengan aku!! " kata Jet.

Untung masa tu hanya ada ejen muda kecuali Rudy dan Iman sebab diorang ada dekat training ground.

(Author: dating la t- aduh!!
Rudyman: tahu pun sakit! Sambung! )

Mereka pun memandang ke arah Jet. Lalu sesorang berkata..

"Kau dah kenapa? Buang tabiat eh? Masuk-masuk tk bagi salam tak bagi apa, tahu-tahu menjerit" kata Moon.

"Assalamualaikum " kata Jet.

"Waalaikumsalam" mereka balas.

"Hah kenapa kau masuk sambil menjerit. " tanya Roza.

"Aku nak bagitahu yng aku cakap dengan Ali. " kata Jet teruja.

"Lah tu je. Aku ingat kan apa la. Kitorang pun cakap dengan dia hari tu " kata Moon.

"Aku cakap dengan dia secara personal korang masa ada orang ramai. " kata Jet.

"Betul tu, tapi kau bukan orang pertama. Rudy orang pertama. " kata Khai.

"Aku tahu. Kau tak payah sebut nama mamat tu pon. Lagi pun dia dah kenal dengan Ali, sedang kan kita Ali lupa. " kata Jet.

"Betul tu. Cakap pasal Rudy, kau rasa Rudy tahu tak kat mana rumah ali? " kata Moon.

"Tahu kot. Kalau tak, kenapa Ali panggil dia semalam. " kata Khai.

"Nanti la kita tanya dia. " kata Alicia yang dari tadi hanya senyap.

Bersama Ali,

Selepas dia mendengar bahawa Rudy ada di training ground, dia terus berlari ke sana.

Sesampai nya di sana, dia melihat Rudy sedang bercakap dengan Iman.

"Assalamualaikum " kata Ali mengejut kan mereka sambil berjalan ke arah mereka berdua.

"Waalaikumsalam" kata mereka berdua terkejut.

"Kau dah kenapa terkejut kan kitorang. " kata Rudy.

"Dah kalau aku panggil nama kau banyak kali kau tak dengar. Aku bagi la salam. Untung kau masih lagi ingat ingat tuhan. Kalau tak aku tk tahu nak cakap apa. Btw kau cakap apa dengan awek kau sampai kau tak dengar yang aku panggil kau? " kata Ali.

"First kali dia bukan awek aku. Secondly, kenapa kau dekat sini. Bukan ke kau kena marah dengan mak kau ke" kata Rudy.

"Dan sebab tu la aku ada dekat sini. Umm " kata Ali sambil menunjuk kan ke arah Iman kerana dia tidak tahu nama Iman.

"Iman." kata Iman.

"Hah Iman, boleh tak awak keluar dulu kejap saya ada benda sikit nak bincang dengan landak ni. Jangan risau saya takkan bunuh pun boyfriend awak ni. Dia kuat" kata Ali.

"Hah boleh. " kata Iman lalu keluar dengan muka merah.

"Aku dah cakap tadi aku bukan boyfriend dia kan? Kau ni pahal" kata Rudy.

"Bukan girlfriend kau tapi crush kau kan. " kata Ali.

"Bukan lah! " kata Rudy dengan muka merah.

"Kenapa muka kau merah tu. Betul la kan. Tapi kita tak payah kisah kan yang tu dulu. Sekarang ni aku tak puas hati. Asal kau bagitahu mak aku yang aku tak tidur malam tadi. Sakit telinga aku dengar bebelan dari mak aku kau tahu tak?! " kata Ali.

"Sebab kau lantik aku jadi ketua teras untuk inviso la. Habis aku kena hadap bobby Cina tu kau tahu tak. Dah la tak pandai, ada hati nak jadi mentor untuk inviso. " kata Rudy geram.

"Ye ke. Ke sebab dia try ngorat crush kau. " kata Ali.

"Diam lah. Lagipun yang aku cakap betul apa. Dia tak pandai. Dah la pendek. " kata Rudy.

"Suka hati kau lah. Oh satu lagi. Aku nak bagitahu yang malam ni mak aku jemput korang makan malam dekat restoran Cyberaya. Ayah aku bayar sebab Dato bagi ayah aku bonus. Dia pun ada cakap yang jemput ejen muda lain untuk ikut. Ayah aku pun kata yang makan malam ni untuk sambut kepulangan aku dalam Akedemi MATA. Aku ejen ke dulu? " kata Ali.

"Kau ejen. Tapi yang paling lemah la."  kata Rudy

"Ouh. Tapi aku lemah sangat ke" kata Ali.

"Taklah lemah sangat tapi boleh buat General jerit 'DEY! ' setiap kali kau balik misi. " kata Rudy.

"Ouh" kata Ali.

"Lagi satu kau dah bagitahu kat ejen muda lain ke yang kita akan makan malam dekat luar. " kata Rudy.

"Belum. Aku malu la nak jumpa diorang. Aku tak kenal diorang. Boleh kau bagitahu diorang pasal ni. " kata Ali.

"Hemm ye lah. Aku bagitahu diorang. Tapi kau kena ikut aku. " kata Rudy.

"Ok" kata Ali.

Mereka pun pergi ruang legar di mana ejen muda yang lain selalu lepak. Ali hanya pasang raut wajah dingin. Rudy pun sama tapi tak sedingin Ali.

Di ruang legar,

Terlihat ejen muda sedang membuat aktiviti yang boleh mengurang kan kebosanan mereka. Seperti Khai, Moon dan Bulat bermain kad UNO. Alicia dan Iman membuat kerja sekolah sambil mendengar muzik. Chris dan Jet bermain ML kata nya nak push rank. Zass hanya tidur memandang kan dia tidak berbuat apa-apa. Mika dan Roza meng-scroll IG bersama-sama.

Mereka melakukan aktiviti mereka dengan aman dan tenteram sehingga lah...

"Assalamualaikum!! " kata Rudy sambil berjalan masuk.

"Waalaikumsalam!! " balas mereka terkejut.

"Kau ni Rudy tak boleh ke bagi salam secara sopan santun. " kata Ali pada Rudy.

"Dah diorang yang tak dengar aku panggil diorang, aku bagi la salam macam tu. " kata Rudy selamba.

Ali hanya pasrah dengan perangai rakan nya.

"Maaf kan saya ye semua. Dia memang tak de adab sikit. " kata Ali sambil menunduk tetapi masih dengan wajah dan suara yang dingin.

"Takpe. Lagipun kami dah terbiasa dengan dia, kami tak ambil hati sangat. " kata Khai.

"Takpe lah kalau macam tu. Mana Alicia? Saya nak bincang sesuatu dengan dia dulu kejap boleh? " kata Ali.

Alicia yang mendengar nama nya di panggil terus menuju ke arah Ali. Ali mengajak nya ke tempat yang jauh sikit dari ejen muda sebab ini hal penting. Alicia hanya turut.

Setelah Ali dan Alicia menjauh dari mereka, mereka terus soal Rudy.

"Kau dah pahal masuk-masuk bagi salam macam orang tak betul. " kata Jet.

"Oh tadi aku panggil korang, korang tak dengar. Jadi aku bagi salam. Untung korang masih lagi ingat Tuhan. Kalau tak mesti korang kena hadap azab api neraka. " kata Rudy selamba.

(Anggap lah mereka semua ni orang Islam )

Mereka mahu marah tapi kena sabar sebab apa? Sebab pangkat Rudy lagi tinggi dari mereka.

"Kenapa kau nak jumpa kitorang? " tanya Roza.

"Ayah Ali ada ajak korang semua makan malam dekat restoran Cyberaya. First sebab dia dapat bonus. Second, sebab Ali balik ke Akedemi. " kata Rudy.

"Oh tu je? Kenapa tak Ali yang bagitahu kitorang? " kata Khai.

"Dia kata dia malu nak cakap dengan korang sebab dia tak kenal korang. " kata Rudy.

"Ouh" kata mereka sebab mereka lupa yang Ali hilang ingatan.

Tepat percakapan mereka dengan Rudy habis, Alicia menuju ke arah mereka seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Korang bincang apa tu? " kata Alicia sambil menuju ke arah mereka.

"Oh tak. Rudy kata yang Ali ajak kita pergi makan malam dekat restoran Cyberaya. " kata Khai.

"Kalau pasal tu aku dah tahu. Ali bagitahu tadi. " kata Alicia dengan
dingin.

"Oh cakap pasal tu. Korang bincang apa tadi. Nampak macam serius je. " kata Moon.

"Oh tadi Ali bagitahu yang hari ni kita ada misi. Dia nak ketua setiap teras pergi misi ni. " kata Alicia dengan selamba.

"Malas nya aku nak pergi misi. Dah la tak cukup tidur semalam. " kata rudy.

"Kau buat apa semalam? " tanya Moon.

"Aku layan movie dengan geng Ali. Kitorang ada sleepover dekat rumah dia. Tu pasal aku takde dekat Akedemi semalam. " kata Rudy tidak sedar dia telah memberitahu rahasia kepada mereka.

Mereka yang dengar pun terkejut.

"Korang dah kenapa terkejut? " kata Rudy. Lepastu baru dia ingat apa yang dia baru bagitahu diorang. "Ouh" hanya perkataan yang keluar dari mulut Rudy.

"F*ck my life. Bakpe aku ni b*d* sangat nak bagitahu diorang pasal semalam. " kata Rudy dalam hati sambil memasang raut wajah senyum ke arah mereka.

"Kau tahu kat mana lokasi rumah Ali!! " kata mereka.

"A-aku t-tak tahu pun m-mana rumah Ali. M-maksud aku rumah Viktor. " kata Rudy gagap.

"Kau tipu. Kau takkan jadi gagap macam ni kalau kau bagitahu perkara sebenar. " kata Jet.

"T-tak! B-betul aku tak tahu k-kat mana rumah dia. " kata Rudy.

Tapi malang nya mereka tak percaya.

"Kau tipu kitorang. Baik kau bagitahu sebelum-" kata-kata Moon terhenti kerana sesuatu suara.

"APA MAKSUD KAU TAK JADI!!? AKU TAK TIDUR TAU BUAT PROJEK NI!? " jerit Ali dalam telefon.

Mereka pun terus berpaling ke arah suara Ali yang kuat. Mereka sedang melihat Ali yang memarahi orang yang ada di dalam telefon nya.

"AH! AKU TAK KIRA! KALAU KAU TAK BAGITAHU DATO UNTUK APPROVE PROJEK, AKU SENDIRI YANG AKAN KE SYARIKAT DATO DAN MINTAK DIA APPROVE PROJEK NI!! KAU BUAT SEKARANG ATAU AKU PECAT KAU LEPAS AKU JUMPA DATO!! " kata Ali. Dia terus meletak panggilan tersebut lalu duduk di situ sambil memandang siling Akedemi.

Kemudian dia merasa seperti ada cecair yang keluar dari hidung nya. Dia menyentuh hidung nya lalu melihat cecair tersebut. Dia tersenyum melihat cecair tersebut kerana ia merupakan darah nya. Dia pun memanggil Rudy yang berdekatan dengan nya.

"Rudy! Tolong ambil ubat aku dalam beg galas aku! " kata Ali kerana beg galas nya berada di sofa ruang legar.

Rudy pun mengambil ubat Ali lalu memberi kan kepada Ali bersama dengan sebotol air mineral untuk di minum sambil memakan ubat nya. Ali pun mengambil ubat nya lalu mengucap kan terima kasih kepada Rudy.

Ali kemudian nya memakan ubat nya. Rudy yang berada di situ hanya memandang Ali sambil mengelap darah yang ada di hidung Ali.

Rudy yang risau akan kawan nya lalu bertanya " Ali kau ok tak? Kalau tak ok aku bawak kau pergi bilik rawatan"

"Aku ok. Terima kasih Rudy" kata Ali.

Keadaan menjadi senyap. Rudy tahu apa yang akan terjadi waktu Ali stress.

"Rudy kau tahu tak? Aku terfikir tau macam mana dengan kehidupan aku yang lepas. Aku nak tahu apa yang berlaku sebelum aku hilang ingatan. Siapa kawan aku. Aku ada ramai kawan ke. Dan macam-macam lagi lah. Yang aku dengar dari mak aku adalah punca aku kena kanser otak. Mak aku kata aku ada kanser otak sebab tekanan dan pembulian dulu. Pada mula nya aku tak percaya sehingga lah aku kembali ke rumah lama aku. Aku tengok satu-satu markah ujian aku. Semua nya rendah. Sekarang aku faham kenapa dulu aku takde ramai kawan. Rupa nya sebab aku tak pandai. Siapa je nak kawan dengan aku. Nama je anak peneraju tapi tak pandai. " kata Ali sambil tergelak pada akhir ayat nya. Ejen muda yang lain hanya dengar dari jauh. "Aku terfikir tau. Kenapa masa aku buat pembedahan tu, aku tak mati je terus? Senang hidup aku. Aku tak perlu hadap semua benda ni. Aku tak perlu kerja dengan ayah aku. Aku tak perlu berlatih bersungguh- sungguh untuk jadi ejen yang hebat. Aku tak perlu pura-pura yang aku ni kuat. Kan senang kalau macam tu. Tapi aku sedar yang Tuhan nak aku hidup lagi lama untuk aku bukti kan pada dunia yang aku pun boleh jadi hebat macam orang lain. Aku nak sangat kawan dengan ejen muda yang lain. Tapi kau tahu kan yang aku ada trauma dengan orang. Huh aku harap yang aku dapat keluar dari dunia ni. Kan senang. Tak perlu pura-pura, tak perlu jadi kuat, tak perlu jadi pandai.
Hidup aku jadi senang. Pergi sekolah macam budak biasa. Bermain macam budak biasa. Luang kan masa dengan  keluarga macam budak biasa. Bukan macam ni. Jadi ejen pada masa yang sama jadi peneraju. Latih ejen-ejen yang lain. Pergi ke luar negara untuk meeting dengan orang luar. " sambung Ali.

Kemudian dia menangis sambil berkata " aku hiks penat dengan semua ni hiks Rudy. Aku nak mati. "

"Ali kau tahu kan yang Allah takkan uji umat nya kalau ujian itu sangat sukar. Allah menguji kita berdasar kan kemampuan kita. Allah menguji kau macam ni sebab Allah tahu yang kau kuat untuk menghadapi semua ini. So please jangan sebut pasal benda ni lagi. Aku tahu kau kuat. Mak dan ayah kau tahu yang kau kuat. Geng-geng kita tahu yang kau kuat. Satu dunia tahu yang kau kuat. Jadi tolong, hadapi semua ni untuk kitorang. Untuk mak dan ayah kau. Untuk kawan kau. " kata Rudy sambil memeluk Ali dan memberi kan kata-kata semangat untuk nya.

"Tapi Rudy, aku tak kuat. Aku lemah sangat. Aku ada macam-macam penyakit. Trauma. Aku trauma dengan orang. Aku trauma dengan bunyi bising. Aku trauma dengan kehilangan orang yang aku sayang. Tak lupa jugak yang aku ni sakit. Tak boleh stress. Tak boleh jadi penat. Sesak nafas. Dan macam-macam lagi lah. Aku tak kuat Rudy. Tak kuat" kata Ali sambil menangis dalam pelukan Rudy.

"Tak Ali. Kau kuat. Kau hebat. Takde orang yang mampu bertahan sampai sekarang kalau mereka ada di tempat kau. Aku pun tak boleh bertahan kalau aku ada dekat tempat kau. Ejen² muda yang lain pun tak kan mampu bertahan sampai sekarang. Tapi kau, kau lain. Kau boleh hadapi ujian ni seorang diri. Kau kuat sangat sebab mampu melindungi orang lain walau pun diri kau sendiri yang sakit. Yang cedera. So please jadi kuat untuk kitorang. Tolong kitorang sampai akhir hayat kau. Lindungi kitorang macam janji kau yang kau buat tiga tahun lepas. " kata Rudy sambil mengimbas kenangan lama.

Flashback,

"Ali kau dah makin kuat eh? " kata Rudy letih.

"Of course la. Aku dah berjanji dengan diri aku yang aku nak jadi kuat dan tolong orang lain. Sampai akhir hayat aku. Aku akan lindungi korang. " kata Ali, juga letih.

"Heh ye lah tu. Last-last kau yang kalah dulu" kata Azim.

"Aku takkan kalah punya. " kata Ali.

"Aku tak percaya lah" kata Azim.

"Eee kau ni!! " kata Ali sambil mengejar Azim.

Azim pun berlari daripada Ali. Mereka pun bermain kejar-kejar.

Yang lain hanya tergelak melihat kerenah mereka berdua.

End flashback

Rudy tergelak kecil. Dia pun melihat ke arah Ali yang tidur di peha nya kerana terlampau penat dan kerana dia menangis.

Dia pun mengangkat Ali untuk tidur di sofa kerana dia tahu yang tidur dia atas lantai boleh menyebabkan sakit belakang.

Rudy meletak kan Ali di atas sofa lalu mengeluar kan dua bantal kecil dan satu selimut. Kemudian dia meletak kan bantal tersebut di kepala Ali dan menyelimut kan Ali supaya Ali tidak sejuk.

Dia pun memandang ke arah ejen muda dan menyuruh mereka senyap. Mereka hanya mengangguk tanda mereka faham.

Mereka semua duduk di situ dengan senyap.

Selepas beberapa minit, rakan-rakan Ali yang lain pun tiba.

"Assalamualaikum" kata mereka.

"Waalaikumsalam" balas ejen-ejen muda.

"So macam mana dengan Ali rudy? Dia ok tak? " kata Zana.

"Ok tapi macam biasa. " kata Rudy.

Mereka hanya mengangguk kerana mereka tahu apa yang terjadi.

"Masih lagi sebut pasal tu. " kata Azim.

"Ha'ah. Dia tak boleh nak lepas kan benda tu dari kepala dia. " kata Rudy.

"Haih Ali, Ali. Cuba kau fikir pasal orang lain jugak. Kalau kau asyik fikir  pasal kejadian tu, kau takkan dapat pulih dari trauma tu" kata Viktor sambil menggeleng kan kepala nya.

"Dah la korang pulak yang tengok kan dia. Aku dan ejen-ejen muda yang lain pergi kantin dulu. Kitorang tak makan tengah hari lagi. " kata Rudy sambil bangun dari duduk nya.

Mereka hanya menggangguk.

"Jom guys" kata Rudy memanggil ejen muda untuk mengikuti nya.

Mereka hanya ikut. Ye walaupun Alicia ketua mereka semua, tapi Rudy juga sama hebat seperti Alicia.

Mereka pergi ke kantin dalam keadaan yang senyap.

Selepas beberapa minit, mereka pun tiba di kantin. Mereka mengambil makanan mereka yang telah di sedia kan oleh robot.

Mereka makan dengan senyap sehingga Moon memecah kan kesunyian.

"Rudy kau tak jawab lagi soalan tadi" kata Moon.

"Soalan apa? " kata Rudy.

"Yang pasal kau tahu kat mana rumah Ali. " kata Moon. Satu meja memandang ke arah Rudy kerana mereka ingin tahu jawapan dari nya.

Rudy tahu yang mereka takkan berhenti menyoal nya sehingga mereka dapat jawapan yang boleh memuaskan mereka.

"Sama macam jawapan dari geng Ali dan ketua teras. Aku tak boleh bagitahu. " kata Rudy.

Mereka sudah tahu jawapan itu yang akan keluar dari mulut Rudy. Mereka pun sambung makan dengan senyap. Mereka makan dengan sunyi tanpa suara sehingga kan Khai bertanya.

"Rudy aku nak tanya" kata Khai.

"Tanya lah " kata Rudy sambil meminum air.

"Apa maksud Ali yang dia trauma dengan kehilangan orang yang dia sayang? Dan apa maksud korang pasal kejadian ' tu ' ? " kata Khai.

Rudy tersedak. Chris yang berada di sebelah dia segera menepuk belakang nya.

"Mana korang tahu pasal ni? " kata Rudy.

"Kitorang dengar perbualan korang tadi" kata Khai.

Rudy tahu yang dia tak patut simpan perkara dengan lama. Dia patut memberitahu mereka hal yang sebenar.

"Haih, sebenarnya-"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ha nak tahu apa cerita di sebalik nya?

Tunggu lah episod seterusnya.

Bye bye. Assalamualaikum.

Comment